Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/784434
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorEmma Mohamad, Dr.en_US
dc.contributor.advisorArina Anis Azlan, Dr.en_US
dc.contributor.authorAndi Muhammad Tri Saktien_US
dc.date.accessioned2026-08-14T08:59:58Z-
dc.date.available2026-08-14T08:59:58Z-
dc.date.issued2025-05-26-
dc.identifier.otherP108203en_US
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/784434-
dc.description.abstractKomunikasi yang tidak selaras dan kurang memberi penekanan kepada kepercayaan kesihatan dikenal pasti sebagai faktor yang membangkitkan kebimbangan terhadap risiko jangkitan COVID-19. Ketika pembukaan semula sekolah secara fizikal diumumkan di Malaysia, komunikasi maklumat yang tidak dirancang bersesuaian dengan keperluan krisis telah mencetuskan kepelbagaian pandangan dan emosi. Ketidakpastian mengenai pelaksanaan pembukaan semula sekolah, kebimbangan mengenai risiko jangkitan COVID-19, dan kerisauan tentang ketidakcapaian hasil pembelajaran adalah antara topik yang telah menyemarak sentimen masyarakat. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis kepercayaan kesihatan dan cabaran pembukaan semula sekolah dalam kalangan pemegang taruh sekolah rendah di negeri Selangor berasaskan Model Kepercayaan Kesihatan. Secara khusus, kajian ini mengenal pasti faktor yang mempengaruhi tingkah laku pencegahan COVID-19 guru dan ibu bapa serta cabaran komunikasi semasa pembukaan semula sekolah. Bagi memberi gambaran yang lebih holistik, kajian ini melibatkan empat kelompok pemegang taruh dalam ekosistem sekolah yang dikenalpasti menerusi andaian Model Ekologi Sosial. Kajian ini menggunakan metodologi penyelidikan campuran. Data kuantitatif dikumpulkan daripada enam sekolah terpilih di negeri Selangor melibatkan 514 ibu bapa, 232 guru, dan 403 murid, serta dianalisis menggunakan teknik statistik deskriptif dan inferensial. Dapatan mengenai halangan dalam pembukaan semula sekolah daripada temu bual mendalam dengan 18 orang guru pula dianalisis menggunakan ATLAS.ti versi 24. Kajian mendapati tingkah laku pencegahan COVID-19 guru dipengaruhi oleh persepsi keterukan, persepsi faedah dan isyarat untuk bertindak. Bagi ibu bapa pula, persepsi halangan, persepsi faedah, dan efikasi kendiri adalah signifikan kepada tingkah laku yang memudahkan amalan pencegahan COVID-19 anak-anak mereka. Beberapa cabaran yang dihadapi semasa pembukaan semula sekolah telah dikenal pasti menerusi analisis tematik, iaitu kesukaran mengawal pematuhan prosedur operasi standard dalam kalangan murid, cabaran adaptasi pembelajaran hibrid, pertambahan jam dan beban kerja yang signifikan, serta kerumitan dalam menyeimbangkan antara kehidupan peribadi dan profesional. Analisis cabaran komunikasi yang dihadapi pemegang taruh sekolah menunjukkan kelompongan dalam garis panduan pembukaan semula sekolah dan pelan pengurusan krisis yang dirangka oleh Kementerian Kesihatan. Bagi menambah baik pelan pengurusan krisis kesihatan masa hadapan, kajian ini mencadangkan penekanan dimensi kepercayaan kesihatan bersepadu pada tahap individu dan interpersonal dalam lapisan model sosio-ekologi.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Bangien_US
dc.relationSocial Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaanen_US
dc.subjectCOVID-19 (Disease) -- Social aspects -- Malaysia -- Selangoren_US
dc.subjectCOVID-19 (Disease) -- Prevention -- Malaysia -- Selangoren_US
dc.subjectCOVID-19 Pandemic, 2020-2023 -- Psychological aspects -- Malaysia -- Selangoren_US
dc.subjectSchools -- Malaysia -- Safety measuresen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titleAnalisis cabaran dan pengaruh kepercayaan kesihatan ibu bapa dan guru terhadap tingkah laku pencegahan COVID-19 di sekolah rendah negeri Selangoren_US
dc.typeThesesen_US
dc.rights.holderUKMen_US
dc.format.pages361en_US
dc.identifier.callnoRA644.C67A5339 2025 tesisen_US
dc.identifier.barcode007919en_US
dc.format.degreePh.D.en_US
dc.description.categoryofthesesAccess Terbuka/Open Accessen_US
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan



Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.