Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/784431
Title: Pembangunan modul penulisan karangan Bahasa Melayu berasaskan pendekatan tematik bagi murid etnik Iban sekolah rendah di Sarawak
Authors: Edmund anak Austrus
Supervisor: Zamri Mahamod, Prof. Dr. Hj.
Nor Hafizah Adnan, Dr.
Keywords: Malay language -- Composition and exercises
Malay language -- Study and teaching (Elementary)
Thematic teaching -- Malaysia
Iban (Bornean people) -- Education
Elementary school students -- Sarawak
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 21-Aug-2025
Abstract: Kajian ini dijalankan untuk membangunkan modul penulisan karangan berasaskan pendekatan tematik bagi murid etnik Iban di sekolah rendah dengan berasaskan kepada Teori Konstruktivisme Vygotsky, Teori Pemerolehan Bahasa Krashen, Model Penulisan Awang Sariyan, Model Mengarang Flower & Hayes serta Model Integrasi Fogarty. Kajian ini menggunakan pendekatan Design and Development Research (DDR) yang meliputi tiga fasa utama iaitu (i) Fasa Analisis Keperluan, (ii) Fasa Reka Bentuk dan Pembangunan, dan (iii) Fasa Penilaian Kebolehgunaan. Fasa Analisis Keperluan melibatkan lapan orang guru Bahasa Melayu sekolah rendah sebagai peserta kajian melalui kaedah temu bual. Dapatan menunjukkan permasalahan yang timbul dalam penulisan karangan dan keperluan pedagogi seperti strategi, bahan, dan aktiviti seterusnya cadangan membangunkan modul penulisan karangan berasaskan pendekatan tematik. Fasa Reka Bentuk dan Pembangunan menggunakan kaedah Fuzzy Delphi (FDM) melibatkan 15 orang pakar bagi mendapatkan kesepakatan terhadap komponen isi kandungan, strategi, bahan, aktiviti pembelajaran dan cara persembahan modul yang dicadangkan. Dapatan kajian menunjukkan pakar bersetuju dan mencapai kesepakatan terhadap komponen tersebut. Manakala Fasa Pembangunan, modul disahkan oleh 10 orang pakar bagi proses kesahan kandungan menggunakan borang soal selidik. Dapatan menunjukkan pakar bersetuju dengan kesesuaian isi kandungan modul iaitu melebih 70% berdasarkan Percentage Calculated Method (PCM). Seterusnya dalam Fasa Penilaian Kebolehgunaan melibatkan 12 orang murid tahun lima etnik Iban dan tiga orang guru Bahasa Melayu melalui kaedah triangulasi yang meliputi temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen. Analisis tematik menunjukkan terdapat tiga konstruk kebolehgunaan berdasarkan Model CUE iaitu kebergunaan (usefulness), kemudahgunaan (ease of use) dan kepuasan penggunaan (satisfaction) modul bagi pembelajaran penulisan karangan. Kesimpulannya, modul penulisan karangan yang dibangunkan sesuai digunakan dalam pembelajaran penulisan karangan murid etnik Iban selari dengan hasrat KPM dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) untuk memartabatkan pendidikan Bahasa Melayu.
Pages: 507
Call Number: LB1028.5.E36 2025 tesis
Publisher: UKM, Bangi
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/784431
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Pembangunan modul penulisan karangan Bahasa Melayu berasaskan pendekatan tematik bagi murid etnik Iban sekolah rendah di Sarawak.pdf
  Restricted Access
Full-text13.85 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.