Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/784426
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorSalleh Amat, Prof. Madya Dr.en_US
dc.contributor.advisorMohd Izwan Mahmud, Prof. Madya Dr.en_US
dc.contributor.advisorZuria Mahmud, Prof. Dr. Hjhen_US
dc.contributor.advisorDharatun Nissa Fuad Mohd Karim, Dr.en_US
dc.contributor.authorNurul Hidayah Anuaren_US
dc.date.accessioned2026-08-14T08:34:33Z-
dc.date.available2026-08-14T08:34:33Z-
dc.date.issued2025-08-08-
dc.identifier.otherP80386en_US
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/784426-
dc.description.abstractMalaysia bakal mencapai status negara tua lebih awal menjelang tahun 2030 disebabkan oleh dua faktor utama iaitu penurunan kadar kesuburan yang ketara serta jangka hayat penduduk yang semakin meningkat. Justeru, terdapat pelbagai isu berkaitan beban penjagaan warga emas dan konflik peranan yang boleh menyumbang terhadap kesejahteraan kehidupan anak dewasa sebagai penjaga. Sistem sokongan profesional seperti perkhidmatan kaunseling boleh diperluas dan dipertingkatkan bagi membantu golongan penjaga ini. Namun begitu, kajian yang meneliti secara serentak kedua-dua perspektif berkaitan pengalaman anak dewasa sebagai penjaga dan pandangan kaunselor terhadap keperluan intervensi profesional masih kurang dijalankan. Oleh itu, kajian ini dilaksanakan untuk meneroka secara mendalam pengalaman anak dewasa dalam penjagaan ibu bapa warga emas dan keperluan perkhidmatan kaunseling. Pendekatan kajian secara kualitatif menggunakan reka bentuk fenomenologi dengan lima objektif iaitu (i) meneroka makna menjadi penjaga ibu bapa warga emas berdasarkan pengalaman anak dewasa, (ii) meneroka cabaran anak dewasa dalam memberikan penjagaan kepada ibu bapa warga emas, (iii) meneroka cara anak dewasa menguruskan diri mereka sebagai penjaga ibu bapa warga emas dalam kehidupan harian, (iv) meneroka keperluan perkhidmatan kaunseling dalam kalangan anak dewasa yang memberikan penjagaan kepada ibu bapa warga emas serta (v) meneroka pengalaman dan pandangan kaunselor terhadap keperluan perkhidmatan kaunseling bagi anak dewasa yang memberikan penjagaan kepada ibu bapa warga emas. Seramai 18 peserta telah dipilih secara persampelan bertujuan, terdiri daripada 13 orang anak dewasa dan lima orang kaunselor berdaftar. Data diperoleh melalui kaedah temu bual separa berstruktur, analisis dokumen dan pemerhatian. Semua data dianalisis menggunakan perisian komputer ATLAS.ti versi 24 mengikut kaedah analisis tematik di mana sebanyak 18 tema dan lapan puluh subtema telah dikenal pasti. Secara khususnya, 3 tema serta dua puluh satu subtema dihasilkan berkaitan makna menjadi penjaga ibu bapa warga emas, 2 tema serta empat belas subtema berkaitan cabaran anak dewasa dalam memberikan penjagaan, 6 tema dan tiga puluh subtema berkaitan cara anak dewasa menguruskan diri mereka sebagai penjaga, 3 tema serta tujuh subtema berkaitan keperluan perkhidmatan kaunseling dalam kalangan anak dewasa dan 4 tema serta lapan subtema berkaitan pengalaman dan pandangan kaunselor terhadap keperluan perkhidmatan kaunseling bagi anak dewasa. Dapatan ini membuktikan bahawa pemahaman mendalam tentang pengalaman anak dewasa dalam penjagaan ibu bapa warga emas serta penerokaan terhadap keperluan sokongan profesional perkhidmatan kaunseling boleh membantu banyak pihak termasuklah kerajaan, institusi swasta, pembuat polisi, para kaunselor, anak dewasa dan ahli keluarga lain. Mereka dapat memahami realiti kehidupan dan pengalaman sebenar berkaitan fenomena ini secara lebih mendalam supaya persediaan lebih baik boleh dilakukan bagi menghadapi cabaran status negara tua yang bakal dialami oleh negara Malaysia kelak. Sumbangan utama kajian ini adalah pembentukan kerangka panduan amalan penjagaan kendiri sebagai penjaga ibu bapa warga emas, yang berpotensi meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan kompetensi kaunselor dalam menangani isu penjagaan warga emas. Kajian pada masa akan datang dicadangkan agar melibatkan kumpulan etnik lain seperti Cina dan India bagi memperluas kefahaman secara menyeluruh terhadap fenomena ini.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Bangien_US
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikanen_US
dc.rightsTerhad/Restricteden_US
dc.subjectAdult children of aging parentsen_US
dc.subjectCaregiversen_US
dc.subjectOlder people -- Careen_US
dc.subjectFamily caregivingen_US
dc.subjectCounseling servicesen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titlePengalaman anak dewasa dalam penjagaan ibu bapa warga emas dan kaunselor terhadap keperluan perkhidmatan kaunselingen_US
dc.typeThesesen_US
dc.rights.holderUKMen_US
dc.format.pages387en_US
dc.identifier.callnoHQ1064.N87 2025 tesisen_US
dc.identifier.barcode007923en_US
dc.format.degreePh.D.en_US
dc.description.categoryofthesesTerhad/Restricteden_US
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Pengalaman anak dewasa dalam penjagaan ibu bapa warga emas dan kaunselor terhadap keperluan perkhidmatan kaunseling.pdf
  Restricted Access
Partial879.44 kBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.