Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/784340
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMohd Rozi Umor, Prof. Madya Dr.en_US
dc.contributor.authorAzhar Ahmad Nazri (P97915)en_US
dc.date.accessioned2026-08-10T05:02:29Z-
dc.date.available2026-08-10T05:02:29Z-
dc.date.issued2025-01-01-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/784340-
dc.description.abstractKawasan kajian terletak di Kg. Ulu Bendol, Daerah Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Tumpuan kajian adalah untuk menentukan kewujudan sesar utama atau zon sesar dengan menggunakan kaedah keberintangan elektrik. Kajian terdahulu menamakan garis sesar tafsiran ini sebagai Sesar Ulu Bendol atau Zon Sesar Kuala Pilah bercorak hampir timur-barat. Rekod aktiviti seismik melaporkan berlaku kejadian gempa kecil berlaku di empat lokasi berhampiran dengan jalan utama Seremban-Kuala Pilah dan hampir selari dengan garis Sesar Ulu Bendol. Kaedah Keberintangan Elektrik telah digunakan untuk kajian di sepanjang laluan sesar tersebut. Geologi utama seluruh kawasan kajian adalah batuan granit yang dominan. Sejumlah 14 garis survei dijalankan di kesemua 14 lokasi yang ditetapkan. Berdasarkan pengamatan profail keberintangan yang didapati dari 14 garis survei profail keberintangan akan digunakan untuk pencarian sesar, jenis retakan dan kehadiran zon tepu air subpermukaan. Keputusan menunjukkan, terdapat 4 julat nilai keberintangan yang boleh disenaraikan bagi menentukan geologi, kehadiran sesar utama, sesar kecil dan retakan batuan. Nilai keberintangan yang melebihi 1,000 Ωm adalah ditafsirkan sebagai batuan dasar granit dan kurang terluluhawa dan hadir secara masif. Nilai keberintangan elektrik antara 500 Ωm sehingga ke 1000 Ωm ditafsir sebagai batuan granit dengan retakan yang tinggi, sangat terpecah dengan keamatan retakan yang tinggi. Nilai keberintangan elektrik antara 100 Ωm hingga kurang dari 500 Ωm adalah ditafsir sebagai pembentukan tanah granit tebal mengalami luluhawa tinggi dan retakan batuan tinggi. Nilai keberintangan ekektrik kurang dari 100 Ωm mewakili zon tanah tepu air terhimpun di celah batuan granit dengan retakan sangat tinggi. Hasil kajian menunjukkan kedudukan sesar-sesar yang terbentuk menunjukkan sesar-sesar dalam zon sesar berada di kawasan tapak yang sangat rata dengan nilai keberintangan antara 100 Ωm hingga 500 Ωm. Kewujudan banyak garis sesar segmen yang membentuk zon sesar yang melebar bermula dari kawasan hutan simpan Ulu Bendol sehingga ke Kg. Mampas, Seri Menanti dianggarkan sepanjang 10 km. Analisis petrografi ke atas 12 sampel batuan tersesar terpilih menunjukkan kesemua batuan telah mengalami canggaan rapuh akibat penyesaran yang kuat disebabkan pergerakan tektonik. Sempadan sesar Ulu Bendol atau Zon Sesar Kuala Pilah telah dibuktikan kewujudannya di dalam zon sesar yang mempunyai kelebaran antara 50 meter hingga 280 meter yang mempunyai banyak sesar segmen disebabkan oleh pergerakan sesar mendatar yang berulang dengan menggunakan kaedah Keberintangan Elektriken_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Bangien_US
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologien_US
dc.subjectFault zones -- Malaysia -- Negeri Sembilanen_US
dc.subjectFaults (Geology) -- Malaysiaen_US
dc.subjectGeophysics -- Malaysiaen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titlePenentuan kewujudan zon sesar menggunakan kaedah keberintangan elektrik dan kajian mikrostruktur batuan tersesar di Ulu Bendol, Kuala Pilah, Negeri Sembilanen_US
dc.typeThesesen_US
dc.description.notesTesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah”en_US
dc.format.pages124en_US
dc.identifier.callnoQE606.5.M4.A994 2025 tesisen_US
dc.identifier.barcode007868en_US
dc.format.degreeSarjana Sainsen_US
dc.description.categoryofthesesTerhad/Restricteden_US
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi



Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.