Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/784299Full metadata record
| DC Field | Value | Language |
|---|---|---|
| dc.rights.license | UKM | en_US |
| dc.contributor.advisor | Norshita Mat Nayan, Dr. | en_US |
| dc.contributor.advisor | Ely Salwana Mat Surin, Dr. | en_US |
| dc.contributor.author | Teh Faradilla Abdul Rahman | en_US |
| dc.date.accessioned | 2026-08-03T08:09:05Z | - |
| dc.date.available | 2026-08-03T08:09:05Z | - |
| dc.date.issued | 2023-10-06 | - |
| dc.identifier.other | P105513 | en_US |
| dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/784299 | - |
| dc.description | Full-text | en_US |
| dc.description.abstract | Kekaburan proses membina pesanan teks untuk terapi masalah kesihatan mental, kekurangan sumber panduan dan keterbatasan ilmu ahli kesihatan mental dalam pembinaan pesanan teks yang bersandarkan teori menjadi motivasi utama untuk menjalankan kajian ini. Kajian ini bertujuan untuk mereka bentuk dan membangunkan Model Pembinaan Pesanan Teks untuk Terapi Masalah Kesihatan Mental (PESAN). Ia bertujuan untuk mewujudkan satu panduan pembinaan pesanan teks yang berasaskan teori – teori psikologi, model Transtheoretical dan Pemodelan Topik untuk terapi kemurungan, keresahan dan penyalahgunaan alkohol. Kajian ini menggunakan metodologi Penyelidikan Reka Bentuk dan Pembangunan iaitu Design and Development Research (DDR). Fasa Analisis Keperluan melibatkan tinjauan literatur, soal selidik tahap kesihatan mental masyarakat Malaysia dan soal selidik keperluan pembangunan model. Fasa Reka Bentuk dan Pembangunan model terbahagi kepada dua subfasa iaitu Fasa II (A) mengenal pasti topik dan perkataan dengan menggunakan kaedah pemodelan topik teks ringkas dan temu bual, manakala Fasa II (B) adalah pembangunan model yang menggunakan kaedah temu bual. Fasa Penilaian Kebolehgunaan menggunakan kaedah Fuzzy Deplhi untuk menganalisis kesepakatan sekumpulan pakar bidang kesihatan mental tentang kesesuaian dan kebolehgunaan model yang dibangunkan. Dapatan dari tinjauan literatur menunjukkan terdapat kelompongan pada panduan pembinaan pesanan teks bagi terapi masalah kesihatan mental. Selain itu, statistik individu yang mengalami masalah kesihatan mental di peringkat dunia dan kebangsaan, serta dapatan soal selidik tahap kesihatan mental menunjukkan bahawa kajian ini wajar dilaksanakan dengan menumpukan kepada kemurungan, keresahan dan penyalahgunaan alkohol. Dapatan dari soal selidik menunjukkan 96% pakar kesihatan mental bersetuju bahawa terdapat keperluan untuk membangunkan model pembinaan pesanan teks untuk terapi masalah kesihatan mental. Uji kaji pemodelan topik berjaya mengeluarkan topik dan perkataan yang bersesuaian untuk digunakan semasa membina kandungan pesanan teks. Hasil dari temu bual, satu model PESAN dibangunkan. Seterusnya, 89% – 94% pakar mencapai kesepakatan dalam mengesahkan kebolehgunaan keseluruhan model PESAN yang telah dibangunkan. Kajian ini menyumbang kepada pembangunan model pembinaan pesanan teks untuk terapi masalah kesihatan mental serta menjadi satu sumbangan ilmu dari segi kaedah penyelidikan kepada bidang terapi masalah kesihatan mental berasaskan teks dan perlombongan teks. Selain dari keselarian elemen – elemen model dengan teori – teori, prinsip CBT dan model Transtheoretical, kajian ini diharapkan dapat dijadikan rujukan yang bermanfaat. | en_US |
| dc.language.iso | may | en_US |
| dc.publisher | UKM, Bangi | en_US |
| dc.relation | Institute of IR4.0 / Institut IR4.0 (IIR4.0) | en_US |
| dc.rights | Akses Terbuka/Open Access | en_US |
| dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | en_US |
| dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | en_US |
| dc.subject | Text Messages Construction Model | en_US |
| dc.subject | Mental Health Therapy (PESAN) | en_US |
| dc.title | Model pembinaan pesanan teks untuk terapi masalah kesihatan mental menggunakan pemodelan topik | en_US |
| dc.type | Theses | en_US |
| dc.description.notes | CD tesis UKM | en_US |
| dc.format.pages | 335 | en_US |
| dc.identifier.barcode | 006066(2021)(PL2) | en_US |
| dc.format.degree | Ph.D | en_US |
| Appears in Collections: | Institute of Visual Informatics/ Institut Informatik Visual (IVI) | |
Files in This Item:
| File | Description | Size | Format | |
|---|---|---|---|---|
| Model pembinaan pesanan teks untuk terapi masalah kesihatan mental menggunakan pemodelan topik.pdf | full-text | 3.04 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.