Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/784295
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.rights.licenseUKMen_US
dc.contributor.advisorMohammad Nazir Ahmad @ Sharif, Prof. Madya Dr.en_US
dc.contributor.authorMohd Yazid Bajuri, Prof. Dr.en_US
dc.date.accessioned2026-08-03T07:36:32Z-
dc.date.available2026-08-03T07:36:32Z-
dc.date.issued2024-07-22-
dc.identifier.otherP94461en_US
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/784295-
dc.descriptionFull-texten_US
dc.description.abstractPerubahan teknologi terkini telah merevolusikan banyak perubahna dalam aspek kehidupan manusia. Salah satu revolusi ini adalah teknologi realiti maya, yang telah menarik minat dalam banyak aplikasi seperti pendidikan, hiburan, dan penjagaan kesihatan, termasuk bagaimana pakar bedah menjalankan latihan pembedahan. Walau bagaimanapun, penilaian yang tidak berkesan terhadap mana-mana program latihan pembedahan realiti maya (virtual reality training) boleh menyebabkan pakar bedah dilatih dengan alat yang tidak berkesan atau tidak boleh digunapakai. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk membangunkan ontologi yang lengkap serta bersesuaian dengan menggunakan penggantian buku lali (total ankle replacement) sebagai kajian kes, yang boleh digunakan untuk meningkatkan penilaian kandungan latihan pembedahan maya (virtual realiti) dari perspektif pemahaman domain. Ontologi ini mampu menggabungkan konsep-konsep yang dikongsi dari pelbagai domain, termasuk anatomi, fisiologi, biomekanik, dan terminologi perubatan. Ontologi ini digunakan sebagai kaedah untuk menilai kandungan latihan realiti maya, yang dibandingkan dengan kaedah penilaian realiti maya(VR) konvensional. Kaedah penilaian berasaskan OntoAnkle menggabungkan ontologi untuk menilai pengetahuan dan kemahiran pakar bedah dan pelatih berkaitan anatomi buku lali, biomekanik, dan teknik pembedahan. Kaedah penilaian ini merangkumi ukuran objektif dan subjektif, yang disampaikan melalui soal selidik penilaian diri. Hasil kaedah penilaian berasaskan OntoAnkle dibandingkan dengan hasil kaedah penilaian konvensional, yang tidak menggabungkan ontologi domain (OntoAnkle). Hasil kajian menunjukkan kepuasan keseluruhan yang sangat tinggi bagi kedua-dua pelajar (92.27%) dan pakar bedah ortopedik (86.67%). Kajian ini menunjukkan bahawa kaedah penilaian berasaskan OntoAnkle adalah cara yang lebih sistematik dan formal dalam menilai pengetahuan dan kemahiran pakar bedah dan pelatih berkaitan anatomi buku lali, biomekanik, dan teknik pembedahan. Kaedah penilaian berasaskan OntoAnkle juga menyediakan maklum balas yang lebih terperinci dan spesifik, yang boleh membantu pembangun VR dalam melaksanakan penambahbaikan VRT yang relevan. Kajian ini mencadangkan penggunaan penilaian berasaskan OntoAnkle untuk program pendidikan lain dalam domain perubatan, yang boleh mendapat manfaat daripada kaedah penilaian berasaskan ontologi yang mencukupi. OntoAnkle mempunyai potensi untuk memperbaiki penilaian program latihan pembedahan VR secara signifikan, dengan menyediakan ontologi yang mencukupi sebagai metamodel atau rujukan untuk menilai VR yang dicadangkan. Kajian ini juga mempunyai implikasi yang lebih luas untuk pembangunan ontologi dan kaedah penilaian dalam domain perubatan lain. Akhirnya, berasaskan Metodologi Penyelidikan Sains Reka Bentuk (DSRM) sepanjang tesis ini, demonstrasi kaedah penilaian berasaskan OntoAnkle untuk pembedahan buku lali VR yang dibentangkan dalam tesis ini telah menyumbang secara signifikan kepada literatur domain umum dalam kaedah penilaian VR, yang terutamanya yang berkaitan dalam segmentasi kaedah penilaian VR yang berasaskan ontologi.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Bangien_US
dc.relationInstitute of IR4.0 / Institut IR4.0 (IIR4.0)en_US
dc.rightsAkses Terbuka/Open Accessen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.subjectVirtual Reality (VR)en_US
dc.subjectAnkle surgeryen_US
dc.titlePendekatan penilaian kandungan realiti maya (VR) berasaskan ontologi: sebuah kajian kes dalam pembedahan buku lali realiti mayaen_US
dc.typeThesesen_US
dc.description.notesCD tesis UKMen_US
dc.format.pages227en_US
dc.identifier.barcode006070(2021)(PL2)en_US
dc.format.degreePh.Den_US
Appears in Collections:Institute of Visual Informatics/ Institut Informatik Visual (IVI)



Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.