Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/784290
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorDeborah Chew Chia Hsin, Dr.en_US
dc.contributor.advisorKhairul Najmi Muhammad Nawawi, Dr.en_US
dc.contributor.authorNor Hamizah Shafieeen_US
dc.date.accessioned2026-07-31T03:36:38Z-
dc.date.available2026-07-31T03:36:38Z-
dc.date.issued2026-06-30-
dc.identifier.otherP103505en_US
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/784290-
dc.description.abstractRisiko kanser kolorektal (CRC) dikaitkan dengan corak pemakanan pro-radang, namun penilaian terhadap kualiti diet dalam populasi Malaysia masih terhad. Kajian ini menilai perkaitan antara Indeks Keradangan Diet Diselaraskan Tenaga (E-DII) dan Indeks Pemakanan Sihat Malaysia (M-HEI) dengan risiko CRC, status pemakanan, serta kualiti hidup berkaitan kesihatan (HRQoL), merentas kategori individu dengan dan tanpa obesiti. Kajian kes-kawalan berasaskan hospital melibatkan 129 kes CRC disahkan histopatologi, 95 kes polip kolon, dan 163 kawalan sihat dari Pusat Perubatan UKM dan Hospital USM. Peserta dikategorikan berdasarkan BMI (<25 kg/m2 dan >25 kg/m2), dinilai pada kajian awal serta susulan satu tahun. Penilaian susulan dijalankan untuk menilai perubahan status pemakanan dan HRQoL, tanpa menilai semula risiko CRC. Status pemakanan dinilai melalui antropometri, data biokimia, saringan risiko pemakanan (NRS-2002), dan soal selidik kekerapan makanan (FFQ) 142-item divalidasi. Skor E-DII dan M-HEI dikira dan dikategorikan mengikut kuartil. HRQoL dinilai menggunakan instrumen QLQ-C30 dan QLQ-CR29. Analisis regresi logistik terlaras (umur, jantina, status merokok, BMI, dan pengambilan tenaga) digunakan untuk menganggar nisbah odds (OR) bersama selang keyakinan 95%. Peserta obesiti dalam kuartil tertinggi E-DII menunjukkan perkaitan dengan risiko CRC lebih tinggi (OR = 1.40; 95% CI = 1.35-1.90), terutamanya individu ≥50 tahun, perokok, serta mereka dengan lilitan pinggang, nisbah pinggang-pinggul, dan peratusan lemak tubuh tinggi. Sebaliknya, peserta obesiti dalam kuartil tertinggi M-HEI menunjukkan perkaitan dengan risiko CRC lebih rendah sebanyak 52% (OR = 0.48; 95% CI =0.25-0.90). Skor purata M-HEI (60.89 ± 10.7) mencerminkan kualiti diet tidak memuaskan, dengan lebih separuh peserta obesiti tidak memenuhi saranan pengambilan sayur-sayuran, buah- buahan, kekacang, dan produk tenusu. Skor purata NRS-2002 menurun daripada 3.23 ±0.84 kepada 2.70±0.91, dengan penurunan lebih ketara dalam kalangan peserta tanpa obesiti. Peserta CRC tanpa obesiti mencatatkan HRQoL lebih baik, manakala peserta obesiti mengalami beban simptom lebih tinggi. Faktor sosiodemografi, klinikal dan pemakanan dikenal pasti sebagai peramal signifikan terhadap HRQoL. Kajian ini menekankan diet pro-radang berkait dengan risiko CRC lebih tinggi dalam kalangan individu dengan obesiti, manakala corak diet berkualiti sihat berkait dengan risiko lebih rendah. Strategi pemakanan mengikut status obesiti, khususnya diet anti-radang, mungkin berkaitan beban CRC lebih rendah dan HRQoL baik.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Kuala Lumpuren_US
dc.relationFaculty of Medicine / Fakulti Perubatanen_US
dc.rightsAkses Terbuka/Open Accessen_US
dc.subjectColorectal Neoplasmsen_US
dc.subjectDiet -- adverse effectsen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titleHubungkait antara potensi keradangan diet dengan risiko kanser kolorektalen_US
dc.typeThesesen_US
dc.rights.holderUKMen_US
dc.format.pages315en_US
Appears in Collections:Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan



Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.