Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/784152
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorNurul 'Ain Abd Jalil, Dr.en_US
dc.contributor.advisorChia Chin Hua, Prof. Ts. Dr.en_US
dc.contributor.advisorIrfana Kabir Ahmad, Dr.en_US
dc.contributor.advisorMuhammad Jani, Dr.en_US
dc.contributor.advisorMahanim, Dr.en_US
dc.contributor.authorNur Asyikin Mokhtaruddin (P112559)en_US
dc.date.accessioned2026-07-15T08:20:18Z-
dc.date.available2026-07-15T08:20:18Z-
dc.date.issued2024-09-12-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/784152-
dc.description.abstractBriket merupakan bahan bakar alternatif yang diperbuat dari sisa berketumpatan rendah yang dipadatkan melalui proses pemampatan. Briket tersebut diaplikasikan sebagai alternatif arang batu dan kayu bakar untuk pelbagai kegunaan termasuk memasak dan sebagai alat pemanasan. Dalam kajian ini sisa pertanian dan plastik pelitup muka digunakan. Sisa pertanian yang dipilih untuk kajian ini ialah Imperata cylindrica dan kulit mangga. Sisa plastik yang digunakan ialah pelitup muka yang diperbuat sebanyak 70 % dari bahan polipropilena (PP) bagi meningkatkan sifat briket. Sisa pertanian dan sisa plastik dapat menyumbang kepada peningkatan pengeluaran gas rumah hijau dan ini mengakibatkan kesan negatif terhadap alam sekitar, hidupan akuatik dan kesihatan manusia. Analisis proksimat dijalankan untuk mengukur kandungan kelembapan, kandungan abu, kandungan bahan meruap dan kandungan karbon tetap, manakala analisis ultimat dijalankan untuk mengukur nilai karbon, hidrogen, nitrogen dan sulfur (CHNS). Gas pelepasan yang dikeluarkan semasa pembakaran briket iaitu karbon monoksida, (CO), nitrogen dioksida (NO2) dan sulfur dioksida (SO2) diukur dengan menggunakan AiRBOX Sense. Berdasarkan keputusan, didapati bahawa briket yang dihasilkan daripada gabungan Imperata cylindrica dan plastik pelitup muka menghasilkan briket yang optimum berbanding gabungan bahan yang lain, di mana kandungan lembapan adalah 2.2 %, bahan meruap 67 %, kandungan abu 4.5 %, dan karbon tetap 26.3 %. Kandungan karbon mencatat nilai sebanyak 63.0 % manakala kandungan nitrogen, sulfur, dan hidrogen masing-masing adalah 0.54 %, 0.57 %, dan 8.03 %. Nilai tenaga yang diperolehi adalah 24.9 MJkg-1 manakala kandungan kelembapan mencatat nilai yang kurang daripada 10 %. Analisis pelepasan gas menunjukkan kandungan NO2 bagi Imperata cylindrica dan plastik pelitup muka ialah 0.052 ppm, kandungan SO2 ialah 6.053 ppm, purata kandungan CO adalah 6.890 ppm. Secara kesimpulannya, penghasilan briket dari Imperata cylindrica, sisa kulit mangga dan plastik pelitup muka (polipropilena) berpotensi untuk digunakan sebagai bahan bakar alternatif kerana tidak memberikan kesan terhadap alam sekitar serta dapat mengekalkan kelestarian alam sekitar.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Bangien_US
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologien_US
dc.subjectBriquetsen_US
dc.subjectAgricultural wastesen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titlePenghasilan briket alternatif menggunakan sisa pertanian dan plastik pelitup mukaen_US
dc.typeThesesen_US
dc.format.pages151en_US
dc.identifier.callnoTP156.B7.N837 2024 tesisen_US
dc.identifier.barcode007820en_US
dc.format.degreeSarjana Sainsen_US
dc.description.categoryofthesesAccess Terbuka/Open Accessen_US
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Penghasilan briket alternatif menggunakan sisa pertanian dan plastik pelitup muka.pdfFull-text50.34 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.