Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/784151
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorNurulhikma Md Isa, Dr.en_US
dc.contributor.advisorLam Su Datt, Dr.en_US
dc.contributor.authorNur Aminah Mohd Hazbir (P103429)en_US
dc.date.accessioned2026-07-15T08:19:13Z-
dc.date.available2026-07-15T08:19:13Z-
dc.date.issued2024-08-29-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/784151-
dc.description.abstractCuaca yang ekstrim disebabkan oleh perubahan iklim telah menimbulkan masalah tekanan abiotik terhadap perkembangan dan produktiviti tumbuhan. Padi (Oryza sativa) merupakan makanan ruji hampir kesemua penduduk Asia turut mengalami masalah yang sama. Kajian terdahulu telah mengenalpasti gen Oryza sativa Stress Associated Protein (OsSAP) yang memainkan peranan penting semasa tekanan abiotik. Dalam kajian ini, analisis in silico corak pengekspressan untuk kesemua 18 gen Oryza sativa Stress Associated Protein (OsSAP) merekodkan peningkatan kadar pengekspressan. OsSAP8 dan OsSAP4 merekodkan jumlah peningkatan pengekspressan tertinggi sewaktu tekanan kemasinan dan kemarau. RT-PCR telah dijalankan untuk melihat corak pengekspresan OsSAP8 dan OsSAP4 dan hasil kajian menunjukkan semasa tekanan kemasinan pengekspresan OsSAP8 lebih tinggi pada varieti padi Pokkali manakala semasa tekanan kemarau OsSAP8 menunjukkan pengekspresan yang tinggi pada varieti OsABP57. Ini menunjukkan corak pengekspresan gen OsSAP turut dipengaruhi oleh varieti padi yang berbeza semasa tekanan abiotik, iaitu padi pokkali variety rintang kemasinan dan padi OsABP57 adalah padi transgenik rintang kemarau. Analisis pengawalaturan promoter menggunakan penandaan gus telah dilakukan pada dua saiz jujukan promoter OsSAP4 yang mengandungi jumlah faktor transkripsi ERF yang berbeza telah dijalankan. Kesannya, terdapat pebezaan yang dapat dilihat pada aktiviti penandaan gus pOsSAP4(1524 pb)::GUS berbanding pOsSAP4(460 pb)::GUS .pOsSAP4(1524 pb)::GUS mengisyaratkan aktiviti penandaan gus yang lebih tinggi berbanding pOsSAP4(460 pb)::GUS Perbezaan analisis penandaan gus dapat dilihat pada peringkat anak benih dan juga peringkat vegetatif pada bahagian daun, silik dan juga pembungaan. Pengisyaratan ini menunjukkan terdapat banyak lagi faktor transkripsi yang mempengaruhi corak pengekspressan gen OsSAP4 sewaktu tekanan abiotik. Sebagai cadangan untuk mengesahkan adanya pengikatan dan pengawalaturan faktor transkripsi ERF terhadap promoter OsSAP4, kajian lanjut menggunakan kaedah Electrophoretic mobility shift assay (EMSA) boleh digunakan. Hal ini kerana, kaedah ini dapat memberikan maklumat samada terdapat interaksi antara protein DNA ataupun tidak. Selain itu, faktor transkripsi selain daripada ERF yang turut ada dalam promoter tersebut juga perlu dianalis. Hal ini untuk memastikan samada ianya juga memainkan peranan yang penting terhadap corak pengekspressan gen OsSAP4 semasa tekanan abiotik.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Bangien_US
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologien_US
dc.subjectGene expressionen_US
dc.subjectRiceen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titleKajian pengawalaturan gen dan promoter OsSAP4 sewaktu tekanan abiotiken_US
dc.typeThesesen_US
dc.format.pages136en_US
dc.identifier.callnoQH450.N837 2024 tesisen_US
dc.identifier.barcode007819en_US
dc.format.degreeSarjana Sainsen_US
dc.description.categoryofthesesAccess Terbuka/Open Accessen_US
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Kajian pengawalaturan gen dan promoter OsSAP4 sewaktu tekanan abiotik.pdfFull-text2.86 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.