Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/784147| Title: | Kajian tanah runtuh pendam lama di kawasan Bukit Fraser, Raub, Pahang |
| Authors: | Nur Syarienna Razmi (P115934) |
| Supervisor: | Mohd Hariri Arifin, Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Rozi Umor, Prof. Madya Dr. |
| Keywords: | Landslides -- Malaysia Slopes (Soil mechanics) -- Stability Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
| Issue Date: | 15-Mar-2025 |
| Abstract: | Kejadian tanah runtuh semakin kerap terjadi di kawasan Bukit Fraser terutama pada musim hujan. Tanah runtuh pendam lama telah teraktif semula akibat aktiviti guna tanah di muka cerun yang memberi kesan kepada peningkatan kadar penyusupan air dan kadar ketepuan tanah dimana tanah menjadi longgar dan sensitif. Perubahan morfologi muka cerun telah mengakibatkan satah gelongsor tanah runtuh pendam lama teraktif semula akibat pertambahan beban yang disebabkan oleh aktiviti eksplorasi yang seterusnya meningkatkan tekanan di dalam tanah cerun tersebut. Kajian ini melibatkan kajian geologi sejarah, geomorfologi, litologi, ujian makmal dan geofizik. Analisis foto udara turut digunakan untuk menghasilkan peta inventori tanah runtuh yang kemudiannya dianalisis dan diintegrasikan dengan Sistem Maklumat Geografi (GIS). Kawasan kajian ini terdiri dari satu formasi utama iaitu Granit Banjaran Besar. Tujuan kajian ini adalah untuk memetakan profil subpermukaan dan corak lapisan tanah menggunakan kaedah keberintangan geoelektrik dan pengutuban teraruh (IP) terhadap pola taburan tanah runtuh. Kemudian, untuk mengenalpasti kehadiran kesan tanah runtuh pendam lama dan perkaitan dengan tanah runtuh semasa serta dapat menghasilkan peta ramalan tanah runtuh dan zon bahaya pembangunan di kawasan Bukit Fraser. Lima garis survei keberintangan geoelektrik dan pengutuban teraruh yang telah dijalankan di kawasan kajian. Garis survei FH1, FH2 dan FH3 menggunakan susun atur Schlumberger serta garis survei FH4 dan FH5 menggunakan susun atur dwikutub - dwikutub. Profil subpermukaan menggunakan kaedah keberintangan geoelektrik menunjukkan nilai keberintangan zon tanah runtuh adalah pada julat 1 Ωm – 100 Ωm, batuan dasar adalah 1000 Ωm – 5000 Ωm, lodak dan lempung adalah 1 Ωm – 200 Ωm serta zon tepu air adalah 1 Ωm – 100 Ωm. Kaedah pengutuban teraruh pula menunjukkan profil subpermukaan nilai julat kebolehcasan bagi air dan pasir lodak adalah masing - masing 1 ms – 4 ms dan 15 ms – 50 ms. Setiap garis survei menunjukan keadaan subpermukaan yang berbeza dan memberi maklumat yang baharu berkenaan kawasan kajian. Tujuh sampel batuan dan tiga sampel tanah yang diambil ketika kerja lapangan dijalankan. Sampel – sampel ini telah digunakan bagi analisis petrografi dan analisis pengelasan jenis tanah. Analisis petrografi telah dijalankan dan mendapati terdapat kesan canggaan pada batuan di beberapa lokaliti contohnya kuarza menjadi bentuk lebih halus dan leper. Mineral seperti serisit wujud akibat proses luluhawa dimana ianya melalui proses perubahan daripada mineral plagioklas. Klorit dan muskovit juga mempunyai kesan proses hidroterma. Kemudian analisis saiz butiran dan had - had Atterberg juga turut dilakukan bagi mengelaskan jenis tanah di Bukit Fraser sebagai pasir bergred baik dengan sedikit kehadiran butir halus dengan keplastikan rendah dan sederhana. Akhir sekali, zon tanah runtuh pendam lama yang dianalisis membantu dalam menghasilkan peta kerentanan tanah runtuh dan memahami tahap kerentanan tanah runtuh. Peta kerentanan tanah runtuh yang dihasilkan dari kajian ini menunjukkan nilai Area Under the Curve (AUC) iaitu 0.657 yang merupakan nilai yang baik dan boleh diterima sebagai panduan untuk mengurangkan risiko tanah runtuh di masa hadapan. |
| Pages: | 202 |
| Call Number: | QE599.A2.N837 2025 tesis |
| Publisher: | UKM, Bangi |
| URI: | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/784147 |
| Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
| File | Description | Size | Format | |
|---|---|---|---|---|
| Kajian tanah runtuh pendam lama di kawasan Bukit Fraser Raub Pahang.pdf Restricted Access | Full-text | 78.89 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.