Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/784146
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorFarah Diba Abu Bakar, Prof. Madya Dr.en_US
dc.contributor.advisorMunir Abdul Murad, Prof. Madya Dr.en_US
dc.contributor.advisorShazilah Kamaruddin, Dr.en_US
dc.contributor.authorGoh, Andrew Boon Huat (P103558)en_US
dc.date.accessioned2026-07-15T08:10:59Z-
dc.date.available2026-07-15T08:10:59Z-
dc.date.issued2024-07-06-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/784146-
dc.description.abstractTeknologi hijau seperti penggunaan enzim dalam penghasilan bahan kimia secara mampan semakin diberi perhatian agar matlamat global untuk pembangunan mampan melalui inisiatif Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) boleh dicapai. Keadaan ini menggalakkan penemuan dan pembangunan enzim baharu seperti asid karboksilik reduktase (CAR) untuk mensintesis bahan sintetik. CAR merupakan enzim yang memangkin penurunan asid karboksilik kepada aldehid dalam keadaan sederhana. Oleh itu, matlamat yang ingin dicapai dalam penyelidikan ini adalah penemuan dan pengekspresan enzim CAR baharu daripada kulat askomisit, Trichoderma virens. Lima gen putatif yang mengekod CAR dikenal pasti melalui kaedah perlombongan genom, diklon dan diekspres. Walau bagaimanapun, hanya Tvircar2 (1049 a.a.) berjaya diekspres dengan baik dan dipilih untuk dicirikan selanjutnya. Analisis pengkomputeran melalui pangkalan data AntiSMASH menunjukkan bahawa Tvircar2 merupakan sebahagian daripada kelompok gen yang menghasilkan terpenoid. Kelompok gen ini mempunyai persamaan dengan kelompok gen ilicicolina B daripada Stachybotrys bisbyi dan kelompok gen askoklorina daripada Acremonium egyptiacium. Tvircar2 juga dikenal pasti mengekod enzim CAR dengan indeks hidrofobik yang tinggi melalui pengiraan program Grand Average Hydropathicity (GRAVY). TvirCAR2 berjaya diekspres dengan banyak dalam bentuk protein larut dan protein tidak larut menggunakan hos pengekspresan Escherichia coli BL21 STAR (DE3). Gliserol ditambah dalam penimbal untuk meningkatkan keterlarutan TvirCAR semasa proses penulenan dan asai enzim. TvirCAR2 ditulenkan melalui kaedah penulenan Kromatografi Afiniti Ion Logam Tidak Bergerak (IMAC) dan Kromatografi Penyisihan Saiz (SEC). Protein TvirCAR2 yang ditulenkan, dengan berat molekul sekitar 130 kDa, disahkan melalui kaedah analisis SDS-PAGE. Saringan substrat dilakukan melalui kaedah pengedokan molekul ke atas model struktur TvirCAR2 yang diramal dan kaedah biotransformasi ke atas kulat Trichoderma virens. Saringan biotransformasi T. virens menunjukkan asid vanilik dan asid ferulik diturunkan kepada aldehid masing-masing. Pengedokan molekul menggunakan struktur yang diramal oleh AlphaFold2 dan disahkan menggunakan plot Ramachandran menunjukkan asid benzoik sesuai digunakan dalam asai enzim TvirCAR2. Walau bagaimanapun, aktiviti enzim untuk TvirCAR2 menggunakan asai penyusutan NADPH adalah rendah, iaitu 0.02 µmol/min/mg pada keadaan optimum. Kajian lanjut seperti pengekspresan Tvircar2 bersama gen lain dalam kelompok gen yang sama dicadangkan untuk meningkatkan kecekapan protein tersebut.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Bangien_US
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologien_US
dc.rightsAkses Terbuka/Open Access-
dc.subjectCarboxylic acidsen_US
dc.subjectEnzymesen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titlePengeklonan, pengekspresan dan pencirian enzim asid karboksilik reduktase (CAR) daripada kulat Trichoderma virensen_US
dc.typeThesesen_US
dc.format.pages169en_US
dc.identifier.callnoQD305.A2.A533 2025 tesisen_US
dc.identifier.barcode007814en_US
dc.format.degreeSarjana Sainsen_US
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Pengeklonan pengekspresan dan pencirian enzim asid karboksilik reduktase CAR daripada kulat Trichoderma virens.pdf
  Restricted Access
Full-text3.07 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.