Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/784144
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorKalaivani Nadarajah, Prof Dr.en_US
dc.contributor.authorNur Sabrina Natasha Abdul Rahman (P112504)en_US
dc.date.accessioned2026-07-15T08:07:37Z-
dc.date.available2026-07-15T08:07:37Z-
dc.date.issued2025-01-20-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/784144-
dc.description.abstractKejadian perubahan iklim seperti kemarau telah memberi kesan kepada bekalan beras (Oryza sativa) di negara kita. Untuk meningkatkan produktiviti padi dan memastikan bekalan yang stabil, amalan pertanian mesra ekologi, seperti penggunaan mikrob tanah merupakan penyelesaian yang berpotensi memberi kesan positif kepada kesuburan tanah dan kesihatan tanaman. Justeru itu, penyelidikan ini diusulkan bertujuan untuk menyiasat populasi mikrob tanah dibawah tekanan kemarau yang berpotensi untuk dijadikan mikrob bermanfaat untuk pokok padi. Kajian ini dijalankan dalam dua amalan pertanian berbeza dengan menggunakan dua genotip padi berbeza dibawah kawalan dan tekanan kemarau. Pendekatan projek ini melibatkan penanaman, pensampelan, pembinaan perpustakaan metagenom daripada sampel tanah, pengenalpastian komposisi spesies mikrob dan penentuan gen berfungsi dalam persekitaran kawalan dan tertekan. Dalam kajian ini, Sphingomonas spp. dilihat sebagai mikrob yang paling dominan dalam keseluruhan sampel. Selain itu, dapat diperhatikan bahawa Sphingomonas, Bradyrhizobium, Lysobacter, Altererythrobacter dan Nocardiodes spp. menunjukkan kelimpahan relatif yang lebih tinggi dalam tanah tekanan kemarau daripada tanah tanpa tekanan. Perbezaan komuniti mikrob juga dapat diperhatikan pada perbandingan antara kaedah penanaman dan genotip yang berbeza. Analisis kepelbagaian alfa menggunakan indeks Shannon mendedahkan bahawa di bawah tekanan kemarau, kepelbagaian mikrob tanah adalah lebih tinggi dalam kaedah penanaman konvensional, manakala kepelbagaian beta lebih dipengaruhi oleh kaedah penanaman daripada genotip padi. Tambahan pula, analisis gen berfungsi KEGG, yang digambarkan melalui pata haba, telah mengenal pasti empat gen berfungsi dominan: K02004 (pengangkut ABC), K12132 (serine/treonine-protein kinase), K02014 (protein reseptor membran luar kompleks besi) dan K01768 (adenilat siklase). Analisis ini juga menunjukkan bahawa tapak jalan metabolisme (karbon, nitrogen, lipid, besi), biosintesis metabolit sekunder dan pengangkut ABC merupakan tapak jalan penting semasa tekanan kemarau. Kesimpulannya, kajian ini mengenal pasti kumpulan mikrob yang menjadi calon dalam menangani tekanan kemarau serta gambaran tentang fungsi penting gen dan tapak jalan khusus yang terlibat dalam meningkatkan toleransi padi terhadap tekanan.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Bangien_US
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologien_US
dc.rightsAkses Terbuka/Open Access-
dc.subjectSoil microbiologyen_US
dc.subjectSoil chemistryen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titleKesan kemarau terhadap fizikomia dan kepelbagaian mikrob tanah padi terhadap amalan pertanian dan genotip padi yang berbezaen_US
dc.typeThesesen_US
dc.format.pages171en_US
dc.identifier.callnoQR111.N837 2025 tesisen_US
dc.identifier.barcode007812en_US
dc.format.degreeSarjana Sainsen_US
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Kesan kemarau terhadap fizikokimia dan kepelbagaian mikrob tanah padi terhadap amalan pertanian dan genotip padi yang berbeza.pdf
  Restricted Access
Full-text1.62 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.