Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/784141
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorZaidi Che Cob, Prof. Dr.en_US
dc.contributor.advisorShahriman Mohd Ghazali, Dr.en_US
dc.contributor.authorNur Adawiah Mohamad Rodzi (P119711)en_US
dc.date.accessioned2026-07-15T07:24:49Z-
dc.date.available2026-07-15T07:24:49Z-
dc.date.issued2024-02-12-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/784141-
dc.description.abstractSebagai sebahagian daripada Segitiga Karang, Malaysia adalah salah satu negara yang kaya dengan biodiversiti terumbu karang yang mempunyai lebih daripada 75% spesies karang dunia. Walau bagaimanapun ia juga merupakan ekosistem yang paling terdedah dan terkesan di bawah krisis pemanasan global. Krisis ini menyebabkan kemerosotan serius dalam kesihatan bagi kebanyakan terumbu karang Malaysia. Oleh itu pendekatan pengurusan yang berkesan amat diperlukan untuk memupuk daya tahan dalam menghadapi tekanan pemanasan global yang semakin meningkat. Penilaian peranan berfungsi ikan herbivor dalam meningkatkan daya tahan terumbu karang adalah komponen penting dalam membangunkan pengurusan berasaskan daya tahan yang mampan. Oleh itu, tujuan penyelidikan ini adalah untuk menyiasat peranan berfungsi ikan herbivor dalam ekosistem terumbu karang, yang mungkin mempunyai pengaruh dalam meningkatkan daya tahan terumbu karang. Persampelan dan pemerhatian lapangan telah dijalankan di Pulau Tioman di mana enam kawasan terumbu karang telah dipilih, termasuk Dataran Tiong, Tekek, Pulau Renggis, Teluk Benuang, Teluk Juara dan Teluk Ruit. Kaedah transek video karang (Coral Video Transect, CVT) digunakan bagi persampelan terumbu karang dan video bawah air berumpan (Baited Remote Underwater Video, BRUV) dan pemerhatian in-situ digunakan untuk persampelan komuniti ikan herbivor. Keputusan menunjukkan bahawa Teluk Benuang mencatat peratusan tertinggi karang hidup (58.15% ± 4.22%). Sebanyak 14 spesies terdiri daripada lima famili ikan herbivor dikenalpasti di perairan Pulau Tioman manakala Pulau Renggis mencatatkan biojisim tertinggi spesies ikan herbivor (5.21 g/m2 ± 1.85 g/m2). Dari segi biojisim ikan herbivor, 'pengikis' adalah kumpulan berfungsi yang paling dominan di semua stesen. Tambahan pula, habitat yang didominasi karang di setiap tapak mencatatkan biojisim ikan herbivor yang lebih tinggi, dengan nilai min 3.41 g/m2 ± 0.88 g/m2. Semua tingkah laku ikan herbivor seperti 'pembersih celah', 'penyingkiran sedimen', 'penyingkiran alga turf', 'penyingkiran makroalga' dan 'biohakisan' adalah dominan dalam habitat yang didominasi oleh karang. Analisis statistik mendedahkan hubungan linear berkadar langsung (y = 1.060 + 0.084x, r2= 0.208) di antara biojisim ikan herbivor dan kesihatan terumbu karang, yang menunjukkan peranan positif ikan herbivor dalam meningkatkan daya tahan karang. Memandangkan terumbu karang menghadapi dilema pemanasan global yang sukar, kajian lanjut dan usaha pemuliharaan mesti dijalankan untuk membantu pihak berkuasa dan agensi dalam memulihara habitat terumbu yang sangat berharga.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Bangien_US
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologien_US
dc.rightsTerhad/Restricted-
dc.subjectIndicators (Biology)en_US
dc.subjectResilience (Ecology)en_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titleEkologi dan peranan berfungsi ikan herbivor sebagai penunjuk daya tahan terumbu karangen_US
dc.typeThesesen_US
dc.description.notesTesis ini tidak ada "Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah"en_US
dc.format.pages89en_US
dc.identifier.callnoQH541.15.I5.N837 2024 tesisen_US
dc.identifier.barcode007858en_US
dc.format.degreeSarjana Sainsen_US
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Ekologi dan peranan berfungsi ikan herbivor sebagai penunjuk daya tahan terumbu karang.pdf
  Restricted Access
Partial809.74 kBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.