Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/784140
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMuhammad Azmi Abdul Hamid, Prof. Madya Dr.en_US
dc.contributor.advisorLim Kar Keng, Dr.en_US
dc.contributor.advisorNaif H. Al-Hardan, Dr.en_US
dc.contributor.authorAin Zafirah Kamaruddin (P115075)en_US
dc.date.accessioned2026-07-15T07:23:39Z-
dc.date.available2026-07-15T07:23:39Z-
dc.date.issued2024-09-10-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/784140-
dc.description.abstractPelbagai usaha penyelidikan telah dijalankan untuk meningkatkan sensitiviti dan kestabilan semikonduktor oksida logam apabila digunakan sebagai membran penderiaan pH. Penderiaan pH adalah proses asas dalam analisis kimia dan pembangunan penderia yang memerlukan ketepatan dan kebolehpercayaan yang tinggi. Penyelidikan ini mengkaji dengan lebih terperinci mengenai sintesis dan pencirian ZnO dan ZnO terdop Al (AZO) sebagai penderia pH potensiometrik. Penyelidikan ini juga mempunyai kepentingan tertentu, kerana penderiaan pH memainkan peranan penting dalam pelbagai bidang, daripada pemantauan alam sekitar kepada diagnostik perubatan. Teknik hidroterma digunakan untuk menumbuhkan nanostruktur filem nipis ZnO dan AZO, dengan kepekatan dopan aluminium (Al) 1 at%, 3 at%, dan 5 at%, di atas substrat FTO. Nanostruktur ini kemudiannya digunakan untuk penderiaan pH potentiometrik merentasi julat pH yang luas antara 4 hingga 12, dengan tumpuan khusus untuk menilai sensitiviti dan kestabilan. Analisis XRD memperlihatkan puncak yang tajam dan keamatan puncak yang tinggi, menandakan hablur yang berkualiti tinggi dalam nanorod ZnO yang telah disintesis. Berdasarkan pemerhatian FESEM, ia menunjukkan pertumbuhan nanorod yang sejajar dengan baik di atas permukaan FTO. Analisis EDX adalah bertujuan untuk mencirikan komposisi unsur dan menjelaskan pengaruh kepekatan dopan Al ke atas sifat struktur. Di samping itu, untuk pencirian PL, keamatan puncak UV (NBE) adalah lebih tinggi untuk 3 at% AZO dengan julat 350 nm hingga 450 nm. Tambahan pula, bagi penderia pH 3 at% AZO menunjukkan sensitiviti yang paling tinggi 43.80 mV/pH dan kelinearan yang lebih tinggi 0.9507. Kestabilan voltan bagi 3 at% AZO juga menunjukkan kestabilan yang tertinggi dengan nilai 2.82 mV/h dan nilai histeresis bagi penderia pH 3 at% AZO adalah menunjukkan paling tinggi dengan nilai 9.63mV.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Bangien_US
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologien_US
dc.rightsTerhad/Restricted-
dc.subjectNanostructured materialsen_US
dc.subjectZinc oxideen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titleSintesis dan pencirian penderia pH potentiometrik berdasarkan nanostruktur ZnO dan ZnO terdop-Alen_US
dc.typeThesesen_US
dc.description.notesTesis ini tidak ada "Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah"en_US
dc.format.pages82en_US
dc.identifier.callnoTA418.9.N35.A386 2024 tesisen_US
dc.identifier.barcode007857en_US
dc.format.degreeSarjana Sainsen_US
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Sintesis dan pencirian penderia ph potentiometrik berdasarkan nanostruktur ZnO dan ZnO terdop Al.pdf
  Restricted Access
Partial474.01 kBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.