Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/784131Full metadata record
| DC Field | Value | Language |
|---|---|---|
| dc.contributor.advisor | Masni Mohd Ali, Prof. Madya Dr. | en_US |
| dc.contributor.advisor | Khairiatul Mardiana Jansar, Dr. | en_US |
| dc.contributor.author | Laila Zulaifah Zulkipli (P110411) | en_US |
| dc.date.accessioned | 2026-07-15T07:17:46Z | - |
| dc.date.available | 2026-07-15T07:17:46Z | - |
| dc.date.issued | 2025-02-26 | - |
| dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/784131 | - |
| dc.description.abstract | Kehadiran plastik dalam persekitaran menimbulkan ancaman besar kepada seluruh ekosistem, dan banyak kajian taburan plastik-mikro telah dijalankan di persekitaran daratan dan akuatik. Walau bagaimanapun, taburan plastik-mikro di kawasan muara sungai masih lagi kurang dikaji, terutamanya di kawasan tropika. Kajian ini bertujuan untuk menentukan taburan, ciri-ciri plastik-mikro dalam air permukaan, sedimen permukaan dan sedimen teras, juga kesan musim kering dan basah kepada taburan plastik-mikro di muara Sungai Pulai dan kawasan sekitarnya. Enam stesen persampelan (SP) dipilih sepanjang muara Sungai Pulai berdasarkan pelbagai guna tanah di kawasan sekitarnya, dan stesen SP3 dan stesen SP4 dipilih bagi sampel sedimen teras. Persampelan dilakukan pada musim kering dan musim lembap. Sampel air dan sedimen permukaan diambil dan disimpan dalam bekas kaca, manakala sampel teras diambil dan dibalut menggunakan kerajang aluminium. Sampel diekstrak sebelum pemerhatian dilakukan di bawah mikroskop-stereo. Kemudian, morfologi plastik-mikro dianalisa menggunakan mikroskop elektron pengimbasan (SEM) dan pencirian polimer dianalisa menggunakan spektroskopi mikro-Fourier Transform Infrared (μ-FTIR) dan spektroskopi mikro-RAMAN (μ-RAMAN). Hasil kajian ini menunjukkan purata kelimpahan plastik-mikro pada musim kering adalah sebanyak 56.7 ± 21.2 partikel/L, dan sebanyak 43.7 ± 19.5 partikel/L pada musim lembap dalam air permukaan. Bagi sedimen permukaan pula, kelimpahan plastik-mikro purata pada musim kering adalah sebanyak 600.0 ± 86.5 partikel/kg, dan pada musim lembap sebanyak 435.6 ± 86.7 partikel/kg. Purata kelimpahan plastik-mikro dalam sedimen teras adalah sebanyak 300 ± 146.3 partikel/kg bagi stesen SP3 dan sebanyak 163.3 ± 50.20 partikel/kg bagi stesen SP4. Ciri-ciri plastik-mikro yang didapati secara dominan dalam sampel air dan sedimen ialah plastik-mikro berbentuk serpihan dan gentian, dengan saiz plastik-mikro berjulat kurang daripada 500 μm, dan plastik-mikro berwarna hitam, lutsinar dan biru. Beberapa jenis polimer plastik-mikro telah dikenal pasti dalam sampel air dan sedimen permukaan, antaranya ethylene propylene diene monomer (EPDM), etilena vinil asetat (EVA), politetrafluoroetilena (PTFE), dan rayon. Polimer yang dikenal pasti bagi sampel teras pula adalah polietilena tereftalat (PET), poliakrilamida (PAM) dan poliester (PES). Terdapat perbezaan beerti (p < 0.05) di antara kelimpahan plastik-mikro dengan stesen persampelan dalam air permukaan, di mana kegiatan antropogenik seperti perkapalan, perikanan, dan sisa domestik meningkatkan kelimpahan plastik-mikro di sekitar kawasan kajian. Perbezaan beerti (p < 0.05) juga ditunjukkan bagi kelimpahan plastik-mikro antara musim kering dan basah dalam sedimen permukaan. Tenaga hidrodinamik yang rendah meningkatkan kadar partikel untuk mendap ke dalam sedimen. Secara keseluruhannya, kajian ini menunjukkan kegiatan manusia mempengaruhi taburan plastik-mikro di muara Sungai Pulai dan hujan lebat meningkatkan kelimpahan plastik-mikro dalam kawasan kajian dan sekitarnya. | en_US |
| dc.language.iso | may | en_US |
| dc.publisher | UKM, Bangi | en_US |
| dc.relation | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi | en_US |
| dc.rights | Terhad/Restricted | - |
| dc.subject | Microplastics | en_US |
| dc.subject | Water -- Pollution | en_US |
| dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | en_US |
| dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | en_US |
| dc.title | Taburan dan pencirian plastik-mikro di muara Sungai Pulai, Johor | en_US |
| dc.type | Theses | en_US |
| dc.description.notes | Tesis ini tidak ada "Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah" | en_US |
| dc.format.pages | 118 | en_US |
| dc.identifier.callno | TD427.P62.L335 2025 tesis | en_US |
| dc.identifier.barcode | 007851 | en_US |
| dc.format.degree | Sarjana Sains | en_US |
| Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi | |
Files in This Item:
| File | Description | Size | Format | |
|---|---|---|---|---|
| Taburan dan pencirian plastik mikro di muara Sungai Pulai Johor.pdf Restricted Access | Partial | 642.88 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.