Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/784125
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorAzimah Hussin, Prof. Madya Dr.en_US
dc.contributor.authorNadhirah Mursidi (P112194)en_US
dc.date.accessioned2026-07-15T07:12:27Z-
dc.date.available2026-07-15T07:12:27Z-
dc.date.issued2025-06-04-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/784125-
dc.description.abstractPermasalahan tanah jerlus di kawasan penanaman padi Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) mula dikenalpasti pada tahun 1999. Ia menjadi ancaman besar kepada para petani kerana ia bukan hanya menjejaskan sifat kebolehkerjaan dan kesuburan tanah sawah tetapi ia turut memberi kesan negatif kepada jumlah pengeluaran beras negara secara keseluruhan. Tanah jerlus yang digunakan dalam kajian ini diambil dari kawasan penanaman padi MADA yang terletak di Kampung Telok Kandih, Alor Setar, Kedah. Objektif utama kajian ini adalah untuk menilai keberkesanan rawatan menggunakan bahan penstabil dolomit terhadap cirian mineralogi dan geokimia tanah jerlus dari kawasan kajian. Prosedur rawatan berskala makmal telah dilaksanakan dengan mencampurkan serbuk dolomit dalam perkadaran 3%, 6%, 9% dan 12% daripada berat kering tanah jerlus. Tanah normal dan tanah jerlus dari kawasan kajian telah terlebih dahulu dianalisis akan sifat geoteknik, kandungan mineral serta kepelbagaian kandungan geokimianya sebelum ditambah dengan bahan penstabil dolomit. Kesan penstabilan dolomit kepada cirian mineralogi dan geokimia tanah jerlus kemudiannya diteliti seusai tempoh rawatan berbeza iaitu 3, 7, 14 dan 28 hari dengan menggunakan kaedah analisis pembelauan sinar-X (XRD), teknik kuantitatif pendaflour sinar- X(XRF), mikroskop pengimbas elektron (FESEM) serta analisis kekuatan mekanikal tidak terkekang (UCS). Hasil kajian yang telah diperolehi menunjukkan tanah jerlus dari kawasan kajian mempunyai pH neutral (7.67–7.82), berkelembapan tinggi (57.85-66.62%), tinggi dengan kandungan bahan organik (9.77-10.87%), mempunyai nilai indeks keplastikan yang tinggi (17.63-18.20%) serta melimpah dengan komposisi mineral lempung jenis kaolinit (48-62%). Tanah jerlus dari kawasan kajian dikenalpasti mengandungi komponen mineral kuarza, kaolinit, muskovit, montmorilonit dan juga goetit. Taburan saiz butiran yang terkandung di dalam tanah jerlus menunjukkan bahawa ia di limpahi dengan komponen bersaiz pasir (9-12%), kelodak (39-50%) serta lempung (48-62%). Hasil analisis geokimia menggunakan teknik XRF membuktikan bahawa tanah jerlus dari kawasan kajian melimpah dengan bahan silika dengan nilai purata SiO2 berjumlah 69.26%, kandungan alumina (Al2O3) yang rendah (21.78%), juga mempunyai nilai yang rendah untuk oksida Fe (3.43%). Sementara itu kandungan TiO2 ialah 1.22%, logam alkali dan alkali bumi seperti Na2O, �2� , CaO dan MgO pula berada dalam julat 0.16-2.09 %. Proses rawatan menggunakan dolomit kepada tanah jerlus memperlihatkan kesan kepada pengurangan indeks keplastikan, menyumbang kepada peningkatan kandungan lembapan, penurunan ketumpatan kering maksimum serta penurunan relatif intensiti puncak XRD bagi mineral kaolinit, kuarza, muskovit dan montmorilonit. Bahan penstabil dolomit juga dikenalpasti turut memberi kesan yang ketara kepada cirian kekuatan tanah jerlus. Keadaan ini diteliti berdasarkan nilai kekuatan mampatan tidak terkekang (UCS) tanah jerlus yang ditambah 12% dolomit direkodkan lebih tinggi (41.95-679.3 kPa). Penemuan ini menunjukkan dolomit boleh dijadikan bahan penstabil alternatif yang berkesan untuk menstabilkan tanah jerlus.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Bangien_US
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologien_US
dc.rightsAkses Terbuka/Open Access-
dc.subjectSoil amendmentsen_US
dc.subjectAcid sulfate soilsen_US
dc.subjectMineralogyen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations -- Academic -- Malaysiaen_US
dc.titleKesan rawatan dolomit terhadap cirian mineralogi dan geokimia tanah jerlus di kawasan penanaman padi MADA, Kg Telok Kandih, Kedahen_US
dc.typeThesesen_US
dc.format.pages130en_US
dc.identifier.callnoS661.7.N333 2024 tesisen_US
dc.identifier.barcode007873en_US
dc.format.degreeSarjana Sainsen_US
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Kesan rawatan dolomit terhadap cirian mineralogi dan geokimia tanah jerlus di kawasan penanaman padi MADA Kg Telok Kandih Kedah.pdf
  Restricted Access
Full-text9.08 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.