Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/784117Full metadata record
| DC Field | Value | Language |
|---|---|---|
| dc.contributor.advisor | Mohd Fuad Jali, Prof. Dr. | en_US |
| dc.contributor.advisor | Junaidi Awang Besar, Dr. | en_US |
| dc.contributor.author | Siti Shariyah Shaari (P90379) | en_US |
| dc.date.accessioned | 2026-07-15T07:02:28Z | - |
| dc.date.available | 2026-07-15T07:02:28Z | - |
| dc.date.issued | 2024-06-20 | - |
| dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/784117 | - |
| dc.description.abstract | Pilihan Raya Umum ke-14 telah membuka kepada persoalan mengenai kerencaman politik dalam menerajui kepimpinan negara. Pasca PRU-14 pula menyaksikan satu pergerakan politik di Malaysia secara dinamik kerana krisis politik yang berterusan mengakibatkan perubahan tiga kerajaan dalam tempoh kurang dari empat tahun. Pendirian politik pemimpin menggusarkan rakyat kerana perubahan yang berlaku. Justeru, objektif kajian ini mengkaji sentimen politik semasa menjelang PRU-14, menganalisis pola pengundian PRU-14 dan menganalisis penerimaan pengundi terhadap kerajaan baru pasca PRU-14. Sampel kajian dipilih secara rawak dengan kaedah persampelan secara sistematik melibatkan seramai 7962 respondan sebelum pilihanraya 2018 manakala seramai 1962 respondan dan enam informan selepas pilihanraya 2018. Instrumen kajian yang digunakan ialah borang soal selidik dan temubual. Data dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Packages For Social Science (SPSS) dengan menggunakan statistik deskriptif dan inferensi manakala perisian Atlas/ti digunakan membina tema dan kategori. Skop kajian ini adalah bidang kajian geografi pilihan raya terhadap pengundi kawasan Parlimen yang terdiri daripada P.005 Jerlun, P.009 Alor Setar, P.027 Tanah Merah, P.026 Ketereh, P.143 Pagoh dan P.161 Pulai. .Hasil dapatan bagi objektif pertama iaitu mengkaji sentimen politik semasa menjelang PRU-14, merujuk kepada kriteria pemilihan parti, majoriti responden memilih kriteria mementingkan parti yang memperjuangkan isu kemanusiaan. Objektif kedua iaitu menganalisis pola pengundian PRU-14 terdapat kontra tipis akan keyakinan pengundi dalam memilih Pakatan Harapan (PH) sebagai kerajaan berbanding BN dan terdapat faktor penarik boleh jangka ke atas kawasan kajian terutamanya di kawasan bandar yang cenderung memilih parti multi etnik. Objektif ketiga iaitu penerimaan pengundi terhadap kerajaan baru pasca PRU-14, majoriti responden tidak berpuas hati dengan pemimpin dan prestasi Kerajaan PH. Lantaran dari krisis politik dalam Kerajaan PH, suatu perubahan besar dalam pentadbiran kerajaan telah berlaku hingga menyebabkan peralihan kuasa yang berpihak kepada blok pembangkang iaitu Perikatan Nasional (PN). Kajian ini memberi implikasi kepada fenomena politik di negara ini dan terdapat kaedah tertentu untuk mengharmonikan senario politik negara mengikut pendekatan masing-masing. Oleh itu, hasil dan analisis kajian ini dapat dijadikan rujukan kepada pengkaji politik pada masa akan datang. | en_US |
| dc.language.iso | may | en_US |
| dc.publisher | UKM, Bangi | en_US |
| dc.relation | Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan | en_US |
| dc.subject | Elections -- Malaysia | en_US |
| dc.subject | Voting -- Malaysia | en_US |
| dc.subject | Public opinion -- Malaysia | en_US |
| dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | en_US |
| dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | en_US |
| dc.title | Sentimen pengundi dan pola pengundian ketika pra dan pasca Pilihan Raya Umum ke-14 di Malaysia | en_US |
| dc.type | Theses | en_US |
| dc.format.pages | 318 | en_US |
| dc.identifier.callno | JQ1062.A979S58 2024 tesis | en_US |
| dc.identifier.barcode | 007893 | en_US |
| dc.format.degree | Ph.D. | en_US |
| dc.description.categoryoftheses | Access Terbuka/Open Access | en_US |
| Appears in Collections: | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan | |
Files in This Item:
| File | Description | Size | Format | |
|---|---|---|---|---|
| Sentimen pengundi dan pola pengundian ketika pra dan pasca pilihan raya umum ke 14 di Malaysia.pdf Restricted Access | Full-text | 8.54 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.