Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/784103| Title: | Penentuan metabolit dan aktiviti antioksidan bagi gaharu Aquilaria malaccensis lam. yang terbentuk melalui aruhan berbeza |
| Authors: | Yashirdisai Sampasivam |
| Supervisor: | Roohaida Othman, Prof Madya Dr. Kamalrul Azlan Azizan, Dr. |
| Keywords: | Aquilaria malaccensis Plant metabolites Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
| Issue Date: | 3-Dec-2025 |
| Abstract: | Gaharu merupakan hasil hutan bukan kayu bernilai tinggi yang diperoleh daripada pokok Aquilaria malaccensis dan diperdagangkan terutamanya dalam industri wangian. Gaharu terbentuk secara semula jadi akibat tekanan biotik dan abiotik berterusan yang mengambil masa yang lama. Justeru itu, perladangan Aquilaria ditanam secara meluas bagi memenuhi permintaan gaharu yang tinggi dan membekalkan gaharu secara lestari serta cepat menggunakan teknik aruhan buatan. Namun begitu, aruhan yang berbeza menghasilkan gaharu dengan kualiti yang berbeza kerana komposisi metabolitnya yang berbeza. Oleh itu, kajian ini dijalankan bertujuan untuk menganalisis profil metabolit ekstrak yang terhasil menggunakan kaedah pengekstrakan yang berbeza bagi gaharu A. malaccensis yang terbentuk secara semula jadi dan aruhan buatan, menentukan aktiviti antioksidan bagi ekstrak gaharu serta mengkaitkan profil metabolit dengan aktiviti antioksidan. Berdasarkan analisis menggunakan pengekstrakan mikro fasa pepejal-kromatografi gas spektrometri jisim (SPME-GCMS), komposisi metabolit didapati berbeza secara signifikan antara aruhan yang berbeza. Gaharu terbentuk secara semulajadi mengandungi lebih banyak seskuiterpena dan monoterpena, manakala gaharu aruhan buatan mengandungi kehadiran sebatian kromon dan lebih sedikit sebatian jenis seskuiterpena. Sebaliknya, sampel kawalan iaitu kayu pokok A. malaccensis tidak teraruh didapati mengandungi lebih banyak aldehid. Sementara itu, profil metabolit gaharu yang diekstrak menggunakan pelarut yang berbeza menunjukkan komposisi metabolit yang berbeza antara sampel, dengan gaharu mengandungi lebih banyak sebatian fenolik. Selain itu, ujian perencatan radikal DPPH, ABTS, serta ujian kuasa antioksidan penurunan ferik (FRAP) menunjukkan perbezaan ketara bagi aktiviti antioksidan ekstrak gaharu berbanding kayu pokok A. malaccensis tidak teraruh. Bagi asai DPPH dan FRAP menggunakan ekstrak etil asetat gaharu yang terbentuk secara semula jadi (71.95%, 83.43%) menunjukkan aktiviti antioksidan yang tinggi secara signifikan berbanding ekstrak gaharu etil asetat diaruh secara buatan (62.53%, 76.39%). Akhir sekali, korelasi antara profil fitokimia ekstrak etanol gaharu dengan aktiviti antioksidan menunjukkan bahawa terdapat korelasi positif antara beberapa sebatian aromatik seperti 4-hidroksibenzoylkolina, 7-(etilamino)-4-metilkumarina, 2-pentanol dan sebatian karbohidrat seperti (D-(+)-trehalosa) dan L-iditol dengan aktiviti antioksidan. Kajian ini mendapati bahawa aruhan yang berbeza memberi kesan terhadap komposisi metabolit gaharu, yang mempengaruhi aktiviti antioksidannya. Kajian ini juga menunjukkan potensi fitokimia gaharu tertentu yang mungkin mempunyai aktiviti antioksidan. |
| Notes: | e-tesis |
| Pages: | 134 |
| Publisher: | UKM, Bangi |
| URI: | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/784103 |
| Appears in Collections: | Institute of Systems Biology / Institut Biologi Sistem (INBIOSIS) |
Files in This Item:
| File | Description | Size | Format | |
|---|---|---|---|---|
| Penentuan metabolit dan aktiviti antioksidan bagi gaharu Aquilaria malaccensis Lam. yang terbentuk melalui aruhan berbeza.pdf Restricted Access | Full-text | 3.08 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.