Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/784100Full metadata record
| DC Field | Value | Language |
|---|---|---|
| dc.rights.license | Tertakluk kepada Dasar Akses Terbuka Tesis dan Disertasi IPT Malaysia | - |
| dc.contributor.advisor | Joy Jacqueline Pereira, Prof. Dr. | en_US |
| dc.contributor.advisor | Nurfashareena Muhamad, Dr. Gs. | en_US |
| dc.contributor.author | Siti Hasniza Muhammad Arshad | en_US |
| dc.date.accessioned | 2026-07-15T01:20:49Z | - |
| dc.date.available | 2026-07-15T01:20:49Z | - |
| dc.date.issued | 2026-02-11 | - |
| dc.identifier.other | P94856 | - |
| dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/784100 | - |
| dc.description.abstract | Kuala Lumpur sering dikaitkan dengan kejadian banjir kilat yang memberikan kesan besar terhadap pembangunan bandar. Walaupun pembinaan Terowong SMART pada tahun 2007 berjaya mengurangkan impak banjir, isu baharu turut muncul iaitu kejadian air bertakung di beberapa kawasan tertentu. Objektif kajian ini adalah untuk menyediakan maklumat asas berkenaan kejadian banjir dan pelbagai unsur yang terdedah; membina pangkalan data bagi pemetaan banjir, infrastruktur kritikal dan penduduk mudah terancam; dan membangunkan model spatial bagi kerentanan dan unjuran senario terburuk bagi keterdedahan infrastruktur kritikal dan kemudahterancaman penduduk terhadap banjir di Kuala Lumpur. Metodologi kajian melibatkan analisis kandungan, pemetaan data serta permodelan spatial untuk mengenalpasti kawasan kerentanan banjir dan unjuran senario terburuk bagi keterdedahan infrastruktur kritikal dan kemudahterancaman penduduk terhadap banjir. Analisis kandungan digunakan untuk mendapatkan maklumat kejadian banjir, lokasi infrastruktur kritikal, dan penduduk mudah terancam daripada pelbagai sumber, termasuk laporan kerajaan, laporan akhbar dan laman sesawang terbuka. Pemetaan data dilakukan dengan memproses maklumat asas berkenaan kejadian banjir, lokasi infrastruktur kritikal dan penduduk mudah terancam daripada bentuk teks kepada format spatial dalam pangkalan data. Permodelan spatial menggunapakai sistem maklumat geografi dan berasaskan senario terburuk, iaitu keadaan di mana seluruh kawasan kerentanan banjir tinggi di Kuala Lumpur ditenggelami air banjir. Hasil kajian mendapati sebanyak 964 insiden banjir telah direkodkan di Kuala Lumpur dari tahun 1977 hingga 2022, khususnya di kawasan seperti Kampung Baru, Kampung Pantai Dalam, Kampung Datok Keramat, Jalan Tun Razak, Batu 3 Jalan Klang Lama, Kampung Pasir, dan Kampung Selamat. Kampung Baru merekodkan kekerapan banjir kilat tertinggi dengan 18 kejadian sepanjang 1977 hingga 2022, diikuti Kampung Pantai Dalam (17) dan Kampung Datuk Keramat (13). Sebanyak 509 infrastruktur kritikal telah dikenalpasti iaitu 33 fasiliti kesihatan, 189 institusi pendidikan, 261 kemudahan perkhidmatan asas dan 26 elemen berkaitan aspek sosial dan ekonomi. Selain itu, 2,786 isi rumah mudah terancam juga telah dikenalpasti. Maklumat tersebut dipaparkan dalam bentuk peta berasaskan sempadan kawasan Parlimen setelah diolah dan disimpan dalam pangkalan data skala tempatan yang dibangunkan khusus untuk Kuala Lumpur. Kajian ini juga mendapati bahawa hampir 60% kawasan Kuala Lumpur berada dalam zon kerentanan banjir pada pelbagai tahap iaitu tahap tinggi (0.6%), sederhana (13.4%) dan rendah (46%). Walaupun keluasan zon kerentanan banjir tinggi adalah kecil ianya meliputi sebahagian besar kawasan pembangunan serta penempatan penduduk. Dalam senario terburuk di zon kerentanan banjir tinggi ini, keterdedahan infrastruktur kritikal didapati berbeza. Elemen berkaitan aspek sosial merekodkan peratusan keterdedahan yang tertinggi (33%), diikuti oleh institusi pendidikan (29%), kemudahan asas (29%), aspek ekonomi (27%), dan fasiliti kesihatan (12%). Daripada segi bilangan, sebanyak 61 aspek sosial, 54 institusi pendidikan, 7 aspek ekonomi, 6 kemudahan asas dan 4 hospital dikenal pasti sebagai terdedah kepada risiko banjir di Kuala Lumpur. Sebanyak 1,810 isi rumah mudah terancam juga turut terdedah kepada risiko banjir dalam senario terburuk, iaitu bersamaan dengan 65% daripada keseluruhan populasi kumpulan ini. Secara keseluruhannya, maklumat ini dapat menyokong perancangan bandar berdaya tahan bencana dengan tumpuan khusus kepada kawasan berkerentanan tinggi bagi mengurangkan keterdedahan infrastruktur kritikal dan penduduk mudah terancam. | en_US |
| dc.language.iso | may | en_US |
| dc.publisher | UKM, Bangi | en_US |
| dc.relation | Institute for Environment and Development / Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI) | en_US |
| dc.rights | Terhad/Restricted | - |
| dc.subject | Floods -- Malaysia -- Kuala Lumpur | en_US |
| dc.subject | Flood risk assessment -- Malaysia -- Kuala Lumpur | en_US |
| dc.subject | City planning -- Malaysia -- Kuala Lumpur | en_US |
| dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | en_US |
| dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | en_US |
| dc.title | Keterdedahan infrastruktur kritikal terhadap bahaya banjir di bandaraya Kuala Lumpur | en_US |
| dc.type | Theses | en_US |
| dc.rights.holder | Universiti Kebangsaan Malaysia | - |
| dc.description.notes | e-tesis | en_US |
| dc.format.pages | 312 | en_US |
| dc.format.degree | Ph.D | en_US |
| Appears in Collections: | Institute for Environment and Development / Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI) | |
Files in This Item:
| File | Description | Size | Format | |
|---|---|---|---|---|
| Keterdedahan infrastruktur kritikal terhadap bahaya banjir di Bandaraya Kuala Lumpur.pdf | Partial | 1.18 MB | Adobe PDF | View/Open |
| Keterdedahan infrastruktur kritikal terhadap bahaya banjir di Bandaraya Kuala Lumpur.pdf Restricted Access | Full-text | 4.21 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.