Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/784093
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.rights.licenseTertakluk kepada Dasar Akses Terbuka Tesis dan Disertasi IPT Malaysia-
dc.contributor.advisorMazlan Ibrahim, Prof. Madya Dr.en_US
dc.contributor.advisorAhmad Yunus, Prof. Madya Dr.en_US
dc.contributor.authorMuhammad Syakirin Mohamed Harisen_US
dc.date.accessioned2026-07-15T01:05:59Z-
dc.date.available2026-07-15T01:05:59Z-
dc.date.issued2026-03-10-
dc.identifier.otherP118501-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/784093-
dc.description.abstractPerkembangan pengkajian tafsir al-Quran kini berhadapan dengan cabaran interpretasi yang dipengaruhi oleh ideologi liberalisme. Fenomena ini memperlihatkan kecenderungan penggunaan kaedah hermeneutik bagi menggantikan disiplin ilmu tafsir sehingga menimbulkan kekeliruan terhadap ketetapan hukum syarak. Senario ini dapat diperhatikan dalam karya al-Mar’ah fī Khiṭāb al-Qurān tulisan Fawzia al-cAshmāwī, seorang sarjana sastera yang menerapkan pendekatan linguistik ke dalam wacana agama. Penyelidikan ini bertujuan untuk menganalisis latar belakang intelektual tokoh dan kandungan buku beliau yang berjudul al-Mar’ah fī Khiṭāb al-Qurān. Selain itu, kajian ini bertujuan mengenal pasti bentuk tafsiran dan hujah dalam naskhah berkenaan, seterusnya mengemukakan penghujahan balas terhadap tafsiran yang dikesan tidak selari dengan pentafsiran ulama yang sahih. Kajian menggunakan reka bentuk kualitatif melalui kaedah analisis kandungan dan komparatif bagi membandingkan hujah tokoh dengan pandangan ulama terdahulu. Data primer diperoleh daripada kitab al-Mar’ah fī Khiṭāb al-Qurān, manakala data sekunder melibatkan rujukan karya ulama terdahulu dan pandangan pakar sarjana Islam dari pelbagai bidang. Hasil kajian mendapati bahawa pentafsiran Fawzia al-cAshmāwī berteraskan pendekatan Hermeneutik yang menghubungkan konteks sejarah dan realiti sosial. Analisis membuktikan wujudnya kebergantungan kepada pertimbangan akal sehingga mengetepikan sumber wahyu, khususnya dalam menghuraikan isu hijab, poligami, pernikahan ahli kitab dan nusyuz. Hal ini mengakibatkan terhasilnya tafsiran yang merombak ketetapan hukum syarak demi menyelaraskan hujah dengan aliran kemodenan dan feminisme. Implikasi kajian ini mampu memberi pendedahan kepada masyarakat awam tentang kecelaruan tafsiran golongan liberal dalam memahami dan mentafsirkan ayat al-Quran. Selain itu, kajian ini dapat digunakan oleh pihak berkuasa untuk membendung penularan fahaman sesat dan ideologi menyeleweng yang disebarkan menerusi buku yang terdapat di pasaran. Secara keseluruhannya, usaha ini menyumbang kepada pemeliharaan pentafsiran al- Quran daripada pengaruh pemikiran asing yang tidak selari dengan prinsip Islam.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Bangien_US
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islamen_US
dc.rightsTerhad/Restricted-
dc.subjectWomen in the Qur'anen_US
dc.subjectFeminism -- Religious aspects -- Islamen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titleAnalisis pemikiran Fawzia al-Ashmawi dalam buku al-Mar'ah fi Khitab al-Quranen_US
dc.typeThesesen_US
dc.rights.holderUniversiti Kebangsaan Malaysia-
dc.description.notese-tesisen_US
dc.format.pages174en_US
dc.format.degreeSarjana Pengajian Islam (Usuluddin dan Falsafah)en_US
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Analisis pemikiran Fawzia Al Ashmawi dalam buku Al Mar Ah Fi Khitab Al Quran.pdfPartial17.44 MBAdobe PDFView/Open
Analisis pemikiran Fawzia Al Ashmawi dalam buku Al Mar Ah Fi Khitab Al Quran.pdf
  Restricted Access
Full-text71.04 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.