Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/784091Full metadata record
| DC Field | Value | Language |
|---|---|---|
| dc.rights.license | Tertakluk kepada Dasar Akses Terbuka Tesis dan Disertasi IPT Malaysia | - |
| dc.contributor.advisor | Muhammad Faisal Ashaari, Dr. | en_US |
| dc.contributor.advisor | Rosmawati Mohamad Rasit, Prof. Madya Dr. | en_US |
| dc.contributor.author | Lily Yaakub | en_US |
| dc.date.accessioned | 2026-07-15T01:03:46Z | - |
| dc.date.available | 2026-07-15T01:03:46Z | - |
| dc.date.issued | 2026-02-14 | - |
| dc.identifier.other | P88167 | - |
| dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/784091 | - |
| dc.description.abstract | Penerbitan buku Indie di Malaysia mula mendapat perhatian khususnya dalam kalangan pembaca muda sejak sekitar tahun 2010, dengan menampilkan pendekatan penulisan yang bersifat mandiri, kreatif dan bebas daripada kerangka penerbitan arus perdana. Genre ini bukan sahaja menyumbang kepada penyegaran budaya membaca dalam kalangan generasi muda, malah memperkenalkan pelbagai tema dan laras bahasa yang berbeza daripada penulisan konvensional. Namun demikian, kebimbangan turut dibangkitkan oleh pelbagai pihak terhadap kandungan sesetengah buku Indie yang didakwa membawa wacana dan pemikiran yang bertentangan dengan norma Melayu- Islam serta nilai keagamaan masyarakat tempatan. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti gaya penulisan, amalan wacana serta menilai elemen pemikiran Islam liberal yang terkandung dalam penulisan buku Indie di Malaysia. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan analisis kandungan sebagai reka bentuk kajian. Sebanyak lima buah buku Indie dipilih sebagai sampel kajian, manakala temu bual separa berstruktur turut dijalankan ke atas lapan orang informan yang terlibat secara langsung dalam penerbitan buku Indie bagi menyokong dan memperkayakan dapatan kajian. Dapatan menunjukkan bahawa penulisan buku Indie tidak terikat kepada satu genre tertentu, sebaliknya memanfaatkan pelbagai bentuk penulisan seperti naratif dan argumentatif, di samping penggunaan laras bahasa yang pelbagai termasuk slanga, bahasa rojak, ungkapan sindiran dan elemen vulgar. Penulisan ini turut mengangkat isu-isu semasa berkaitan kemanusiaan, agama, sosial dan politik. Dari sudut amalan wacana, kajian mendapati bahawa kebebasan berkreatif, penggunaan bahasa yang tidak terikat dengan konvensi serta amalan penerbitan mandiri menyumbang kepada kebolehcapaian dan penerimaan buku Indie dalam kalangan pembaca. Analisis kandungan turut mengenal pasti kehadiran beberapa elemen pemikiran Islam liberal dalam buku Indie yang dikaji, antaranya sekularisme, penekanan terhadap kebebasan individu beracuankan liberalisme Barat, sokongan terhadap pluralisme agama, kecenderungan kepada rasionalisme melampau serta peminggiran autoriti wahyu dan syariat. Elemen-elemen ini berpotensi mencabar kefahaman akidah dan kerangka nilai Islam sekiranya diterima tanpa penilaian kritikal. Oleh itu, kajian ini mencadangkan keperluan kepada penelitian dan pemantauan kandungan penerbitan buku Indie secara lebih sistematik bagi memastikan keselarasan dengan nilai agama dan budaya masyarakat. Dapatan kajian diharapkan dapat memberi sumbangan kepada pembuat dasar, institusi agama dan pihak berkepentingan dalam merangka pendekatan pengurusan penerbitan yang lebih seimbang dan berteraskan konteks tempatan. | en_US |
| dc.language.iso | may | en_US |
| dc.publisher | UKM, Bangi | en_US |
| dc.relation | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam | en_US |
| dc.rights | Akses Terbuka/Open Access | - |
| dc.subject | Liberalism -- Religious aspects -- Islam | en_US |
| dc.subject | Islam and literature -- Malaysia | en_US |
| dc.subject | Authorship -- Religious aspects -- Islam | en_US |
| dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | en_US |
| dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | en_US |
| dc.title | Gaya penulisan dan kandungan pemikiran Islam liberal dalam buku Indie di Malaysia | en_US |
| dc.type | Theses | en_US |
| dc.rights.holder | Universiti Kebangsaan Malaysia | - |
| dc.description.notes | e-tesis | en_US |
| dc.format.pages | 337 | en_US |
| dc.format.degree | Ph.D | en_US |
| Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam | |
Files in This Item:
| File | Description | Size | Format | |
|---|---|---|---|---|
| Gaya penulisan dan kandungan pemikiran Islam liberal dalam buku Indie di Malaysia.pdf | Full-text | 3.61 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.