Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/784088Full metadata record
| DC Field | Value | Language |
|---|---|---|
| dc.rights.license | Tertakluk kepada Dasar Akses Terbuka Tesis dan Disertasi IPT Malaysia | - |
| dc.contributor.advisor | Goh Choo Ta, Prof. Dr. | en_US |
| dc.contributor.author | Mohd Norhisyam Omar | en_US |
| dc.date.accessioned | 2026-07-15T00:54:06Z | - |
| dc.date.available | 2026-07-15T00:54:06Z | - |
| dc.date.issued | 2026-03-31 | - |
| dc.identifier.other | P79479 | - |
| dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/784088 | - |
| dc.description.abstract | Kualiti Udara Dalaman (Indoor Air Quality, IAQ) yang tidak memuaskan boleh menjejaskan kesihatan penghuni bangunan dan menyumbang kepada pelbagai masalah seperti gangguan pernafasan, kerengsaan mata, alahan, bronkitis, pneumonia dan sinusitis, khususnya dalam persekitaran tempat kerja. Di Malaysia, pengurusan dan penguatkuasaan IAQ di tempat kerja adalah di bawah tanggungjawab Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) dengan rujukan kepada Tataamalan Industri Kualiti Udara Dalaman 2010 (ICOP IAQ 2010). Walau bagaimanapun, penaksiran IAQ lazimnya dijalankan secara reaktif apabila berlaku aduan atau situasi tertentu tanpa suatu sistem pemarkahan yang komprehensif bagi menentukan tahap keseluruhan IAQ secara berstruktur. Ketiadaan kaedah penarafan yang standard menyukarkan Penaksir membuat rumusan yang seragam, membandingkan tahap pematuhan antara premis, serta menggambarkan keadaan IAQ secara menyeluruh berdasarkan dapatan penaksiran. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan membangunkan satu skor penarafan IAQ yang sistematik, berwajaran dan boleh diguna pakai sebagai panduan dalam merumuskan tahap kualiti udara dalaman di tempat kerja. Skor penarafan yang dibangunkan adalah berasaskan empat (4) skop utama penaksiran iaitu pengurusan IAQ, pemeriksaan lintas lalu, pemantauan parameter dan tinjauan gejala kesihatan. Setiap skop dirangka berdasarkan kehendak ICOP IAQ 2010, rujukan kepustakaan berkaitan serta perbincangan bersama pihak berkepentingan yang terlibat secara langsung dalam pelaksanaan dan penguatkuasaan IAQ. Instrumen yang dibangunkan ini melalui proses validasi kandungan bersama dua (2) kumpulan pihak berkepentingan iaitu kumpulan pakar dalam bidang IAQ dan pegawai penguatkuasa yang menjalankan penguatkuasaan IAQ. Proses validasi ini adalah bagi memastikan kesesuaian, kejelasan dan kerelevanan setiap kriteria dan kandungan yang telah ditetapkan dalam versi pertama skor penarafan ini termasuk kaedah pemarkahan. Seterusnya, dua (2) peringkat uji cuba dijalankan melibatkan Penaksir IAQ bagi menilai kefahaman terhadap kaedah pengisian dan pemarkahan, kebolehgunaan serta keseragaman dalam pemberian skor. Dapatan dari proses uji cuba ini menunjukkan akan kefahaman dan kebolehgunaan yang tinggi dari kalangan Penaksir. Dalam menilai persefahaman dan konsistensi untuk menggunakan skor penarafan ini, analisis menggunakan Fleiss-kappa dan Cronbach’s alpha telah dijalankan dengan dapatan analisis menunjukkan tahap persefahaman dan konsistensi yang amat tinggi dari kalangan Penaksir, sekali gus membuktikan kestabilan dan kebolehpercayaan sistem yang dibangunkan. Pemberat skor ditetapkan sebanyak 20% bagi pengurusan IAQ, 25% bagi pemeriksaan lintas lalu, 40% bagi pemantauan parameter dan 15% bagi tinjauan gejala kesihatan, menjadikan jumlah keseluruhan 100%. Skor keseluruhan kemudiannya diklasifikasikan kepada lima (5) kategori penarafan iaitu A hingga E, disertakan dengan huraian naratif bagi setiap gred sebagai panduan dalam merumuskan dapatan penaksiran. Secara keseluruhannya, kajian ini menyumbang kepada pembangunan satu pendekatan penarafan IAQ yang lebih sistematik dan seragam, serta berpotensi menyokong usaha penguatkuasaan dan penambahbaikan pengurusan IAQ di tempat kerja di Malaysia. Skor penarafan ini juga akan dapat membantu Penaksir dalam membuat rumusan kepada penaksiran yang dijalankan berdasarkan kepada keterangan bagi setiap gred yang diperoleh sebagai satu panduan dalam membuat rumusan kepada penaksiran tersebut. | en_US |
| dc.language.iso | may | en_US |
| dc.publisher | UKM, Bangi | en_US |
| dc.relation | Institute for Environment and Development / Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI) | en_US |
| dc.rights | Akses Terbuka/Open Access | - |
| dc.subject | Indoor air pollution -- Malaysia | en_US |
| dc.subject | Air quality management -- Malaysia | en_US |
| dc.subject | Industrial hygiene -- Malaysia | en_US |
| dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | en_US |
| dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | en_US |
| dc.title | Pembangunan skor penarafan kualiti udara dalaman bagi tempat kerja di Malaysia berdasarkan skop tataamalan industri kualiti udara dalaman 2010 | en_US |
| dc.type | Theses | en_US |
| dc.rights.holder | Universiti Kebangsaan Malaysia | - |
| dc.description.notes | e-tesis | en_US |
| dc.format.pages | 342 | en_US |
| dc.format.degree | Ph.D. | en_US |
| Appears in Collections: | Institute for Environment and Development / Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI) | |
Files in This Item:
| File | Description | Size | Format | |
|---|---|---|---|---|
| Pembangunan skor penarafan kualiti udara dalaman bagi tempat kerja di Malaysia berdasarkan skop tataamalan industri kualiti udara dalaman 2010.pdf | Full-text | 4.24 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.