Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/783965
Title: Kepimpinan kebaktian dan tingkah laku kerja inovatif: penghantaran keterlibatan kerja, tingkah laku bersuara dan perkongsian pengetahuan
Authors: Mohammad Nasaruddin Mahdzir (P106461)
Supervisor: Rohayu Abdul Ghani, Prof. Madya Dr.
Zaleha Yazid, Prof. Madya Dr.
Keywords: Servant leadership
Leadership
Organizational behavior
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 20-Apr-2025
Abstract: Tingkah laku kerja inovatif pegawai tadbir universiti awam memainkan peranan penting dalam meningkatkan prestasi penyampaian perkhidmatan, kemapanan dan daya saing organisasi. Walau bagaimanapun, terdapat stigma terhadap pegawai tadbir universiti awam yang dianggap kurang cekap, tidak mampu menyokong keperluan akademia serta berfikiran jumud, yang telah menghalang keberkesanan tingkah laku kerja inovatif mereka. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan antara kepimpinan kebaktian dengan tingkah laku kerja inovatif dan peranan keterlibatan kerja, tingkah laku bersuara dan perkongsian pengetahuan sebagai pengantaraan. Kajian ini menggunakan Teori Pemuliharaan Sumber dan Teori Kepimpinan Kebaktian untuk membentuk model konseptual. Responden kajian terdiri daripada 374 pegawai tadbir Pengurusan dan Profesional Gred N41-N54 di 20 universiti awam Malaysia, menggunakan teknik pensampelan bertujuan. Analisis data menggunakan Permodelan Persamaan Struktur Kovarians (CB-SEM). Keputusan kajian mendapati bahawa kepimpinan kebaktian mempunyai hubungan langsung yang signifikan dengan tingkah laku kerja inovatif, keterlibatan kerja, tingkah laku bersuara dan perkongsian pengetahuan. Tingkah laku bersuara dan perkongsian pengetahuan mempunyai hubungan positif yang signifikan dengan tingkah laku kerja inovatif. Tingkah laku bersuara dan perkongsian pengetahuan berperanan sebagai pengantara dalam hubungan antara kepimpinan kebaktian dan tingkah laku kerja inovatif. Dari perspektif teoretikal, hubungan langsung antara kepimpinan kebaktian dan tingkah laku kerja inovatif, keterlibatan kerja, tingkah laku bersuara dan perkongsian pengetahuan mencerminkan reaksi empati, manakala tingkah laku bersuara dan perkongsian pengetahuan berfungsi sebagai vektor motivasi yang mengantara hubungan kepimpinan kebaktian dengan tingkah laku kerja inovatif. Secara praktikal, pengurusan universiti awam, ketua jabatan dan pegawai tadbir berperanan mengiktiraf usaha inovatif, menggalakkan komunikasi terbuka serta memberi lebih autonomi kepada pegawai tadbir untuk mengambil inisiatif dalam penjanaan dan pelaksanaan idea inovatif dalam menangani penyampaian perkhidmatan universiti awam.
Pages: 312
Call Number: HM1261.M846 2025 tesis
Publisher: UKM, Bangi
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/783965
Appears in Collections:Faculty of Economy and Management / Fakulti Ekonomi dan Pengurusan



Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.