Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/783956Full metadata record
| DC Field | Value | Language |
|---|---|---|
| dc.contributor.advisor | Hafizhah Zulkifli, Dr. | en_US |
| dc.contributor.advisor | Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff, Prof. Dr. | en_US |
| dc.contributor.author | Mohd Amirul Bashah (P113325) | en_US |
| dc.date.accessioned | 2026-07-03T03:21:49Z | - |
| dc.date.available | 2026-07-03T03:21:49Z | - |
| dc.date.issued | 2025-06-19 | - |
| dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/783956 | - |
| dc.description.abstract | Etika digital merupakan salah satu elemen di dalam Kewarganegaraan Digital. Penggunaan dan kebergantungan pelajar terhadap teknologi digital semakin meningkat dan telah menyebabkan akhlak pelajar semakin goyah akibat daripada penyalahgunaan seperti buli siber, pornografi, perkongsian berita palsu, plagiarisme dan lain-lain lagi. Kajian ini bertujuan untuk (1) mengenal pasti tahap kesedaran pelajar terhadap etika digital, (2) mengenal pasti tahap pembentukan akhlak pelajar, (3) perbezaan tahap kesedaran pelajar terhadap etika digital berdasarkan demografi jantina, masa penggunaan internet dan tahap pendapatan ibu bapa dan (4) hubungan tahap kesedaran etika digital dengan tahap pembentukan akhlak pelajar. Reka bentuk kajian ini adalah kajian kuantitatif yang menggunakan borang soal selidik. Peserta kajian adalah terdiri daripada 361 orang pelajar tingkatan empat di daerah Bangsar Pudu, Kuala Lumpur. Pemilihan peserta kajian ini dilakukan dengan menggunakan teknik pensampelan rawak mudah. Analisis data dibuat secara deskriptif dan inferensi menggunakan perisian IBM Statistical Package for Social Science (SPSS) Versi 29.0. Hasil kajian menunjukkan tahap kesedaran pelajar terhadap etika digital berada pada tahap yang tinggi (M=4.07, SP=0.43). Ujian-t Sampel Bebas menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan tahap kesedaran etika digital berdasarkan demografi jantina (t=-3.44, sig=0.001). Analisis Ujian Anova Satu Hala menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap kesedaran berdasarkan masa penggunaan internet (F=2, 358, sig=0.292) manakala terdapat perbezaan yang signifikan berdasarkan demografi tahap pendapatan ibu bapa (F=2, 358, sig=0.001). Ujian Korelasi Pearson juga menunjukkan terdapat hubungan positif yang signifikan antara tahap kesedaran etika digital dengan tahap pembentukan akhlak pelajar. Implikasi kajian menunjukkan pembentukan akhlak pelajar dapat dibangunkan melalui kesedaran etika digital. Justeru itu penekanan terhadap elemen etika digital dapat menjadikan pelajar sebagai warga digital yang berakhlak mulia. | en_US |
| dc.language.iso | may | en_US |
| dc.publisher | UKM, Bangi | en_US |
| dc.relation | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan | en_US |
| dc.subject | Online etiquette | en_US |
| dc.subject | Internet -- Moral and ethical aspects | en_US |
| dc.subject | Digital media -- Moral and ethical aspects | en_US |
| dc.subject | Educational technology -- Moral and ethical aspects | en_US |
| dc.subject | Internet in education -- Moral and ethical aspects | en_US |
| dc.subject | Internet and teenagers | en_US |
| dc.subject | Internet and youth | en_US |
| dc.subject | Social media -- Psychological aspects | en_US |
| dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | en_US |
| dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | en_US |
| dc.title | Kesedaran pelajar terhadap etika digital dan hubungannya dengan pembentukan akhlak | en_US |
| dc.type | Theses | en_US |
| dc.format.pages | 180 | en_US |
| dc.identifier.callno | TK5105.878.M63485 2025 tesis | en_US |
| dc.identifier.barcode | 007784 | en_US |
| dc.format.degree | Sarjana Pendidikan | en_US |
| dc.description.categoryoftheses | Access Terbuka/Open Access | en_US |
| Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan | |
Files in This Item:
| File | Description | Size | Format | |
|---|---|---|---|---|
| Kesedaran pelajar terhadap etika digital dan hubungannya dengan pembentukan akhlak.pdf | Full-text | 2.9 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.