Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/783955
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorSyar Meeze Mohd Rashid, Dr.en_US
dc.contributor.advisorMohd Hana Mohd Yasin, Prof.en_US
dc.contributor.authorNur Hanini Anne Abdullah (P121088)en_US
dc.date.accessioned2026-07-03T03:20:40Z-
dc.date.available2026-07-03T03:20:40Z-
dc.date.issued2025-04-17-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/783955-
dc.description.abstractKajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kompetensi guru Pendidikan Khas dalam melaksanakan pengajaran Kemahiran Vokasional Spesifik (KVS) kepada Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) Pembelajaran di negeri Sarawak. Guru merupakan tonggak utama sistem pendidikan dan pelaksana dasar serta objektif kurikulum yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Namun, terdapat beberapa isu yang membimbangkan dalam pelaksanaan pengajaran KVS, termasuk kekurangan latihan khusus dalam bidang vokasional, kesukaran mengadaptasi kaedah pengajaran untuk memenuhi keperluan pembelajaran MBPK yang pelbagai, dan cabaran dalam menilai kemajuan pembelajaran murid secara berkesan. Selain itu, terdapat dapatan mengenai sikap sambil lewa sesetengah guru dalam menerapkan pengajaran kreatif yang boleh menjejaskan kemahiran praktikal yang diperlukan oleh MBPK. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian lapangan dengan pendekatan kuantitatif. Instrumen kajian yang digunakan ialah soal selidik yang diedarkan kepada 80 orang guru Pendidikan Khas yang mengajar KVS kepada MBPK Pembelajaran di Sarawak. Data yang dikumpul dianalisis menggunakan Statistical Package for Social Sciences (SPSS) versi 29. Analisis melibatkan dua pendekatan: analisis deskriptif yang melibatkan pengiraan min, sisihan piawai, kekerapan dan peratusan, serta analisis inferensi yang melibatkan ujian korelasi Pearson dan analisis regresi linear. Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru Pendidikan Khas di Sarawak memiliki tahap kompetensi yang sederhana tinggi hingga tinggi dalam ketiga-tiga aspek yang dikaji. Nilai min bagi aspek pengetahuan ialah 4.26 (SP = 0.45), kemahiran 4.26 (SP = 0.45), dan sikap 3.86 (SP = 0.45). Analisis korelasi Pearson mendedahkan terdapat hubungan positif yang signifikan antara ketiga-tiga aspek kompetensi: kesediaan pengetahuan dengan kesediaan kemahiran (r = .569, p < .001), kesediaan pengetahuan dengan sikap (r = .580, p < .001), dan kesediaan kemahiran dengan sikap (r = .543, p < .001). Analisis regresi linear pula menunjukkan bahawa tahap pengetahuan mempunyai pengaruh yang signifikan bagi tahap kemahiran guru (t = 6.113, p < .001, β = .608), dan tahap sikap guru (t = 6.290, p < .001, β = .606), selain tahap kemahiran mempunyai pengaruh yang signifikan ke atas tahap sikap guru (t = 5.705, p < .001, β = .530). Kajian ini memberi sumbangan penting kepada bidang pendidikan khas dengan menyediakan pemahaman yang lebih mendalam tentang kompetensi guru Pendidikan Khas dalam melaksanakan pengajaran KVS. Dapatan kajian membuktikan keberkesanan usaha KPM dan Bahagian Pendidikan Khas (BPKhas) dalam memperkasakan kompetensi guru. Hubungan signifikan yang ditemui antara ketiga-tiga komponen kompetensi menunjukkan kepentingan pendekatan holistik dalam pembangunan profesionalisme guru. Penemuan bahawa tahap pengetahuan mempunyai hubungan signifikan dengan kemahiran guru memberi panduan strategik untuk intervensi masa hadapan. Hasil kajian ini boleh dimanfaatkan oleh pihak KPM dan BPKhas dalam beberapa aspek: merancang program latihan dan pembangunan profesional yang lebih berkesan, menilai keberkesanan program sedia ada, dan merancang penambahbaikan berdasarkan jurang kompetensi yang dikenal pasti. Kajian ini juga menyediakan asas yang kukuh untuk penyelidikan masa hadapan dalam bidang pembangunan profesional guru Pendidikan Khas.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Bangien_US
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikanen_US
dc.subjectVocational teachers -- Malaysia -- Sarawak -- Training ofen_US
dc.subjectVocational education -- Malaysia -- Sarawaken_US
dc.subjectSpecial education teachers -- Malaysia -- Training ofen_US
dc.subjectSpecial education teachers -- Malaysiaen_US
dc.subjectEffective teachingen_US
dc.subjectTeenagers with disabilities -- Malaysia -- Vocational educationen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titleKompetensi guru terhadap pengajaran kemahiran vokasional spesifik murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK) pembelajaran di Sarawaken_US
dc.typeThesesen_US
dc.format.pages259en_US
dc.identifier.callnoLC1047.85.N8377 2025 tesisen_US
dc.identifier.barcode007783en_US
dc.format.degreeSarjana Pendidikanen_US
dc.description.categoryofthesesAccess Terbuka/Open Accessen_US
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan



Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.