Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/783949| Title: | Pentaksiran autentik kemahiran lisan dalam pendekatan bertema bahasa Melayu sekolah rendah |
| Authors: | Norliza Ramlan (P112645) |
| Supervisor: | Wan Muna Ruzan Wan Mohammad, Dr. Zamri Mahamod, Prof. Dr. Hj. |
| Keywords: | Malay language -- Study and teaching (Primary) Malay language -- Usage Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
| Issue Date: | 24-Jun-2025 |
| Abstract: | Guru memainkan peranan penting dalam membentuk murid menguasai kemahiran bahasa, khususnya kemahiran lisan bahasa Melayu. Kualiti pentaksiran yang dilaksanakan oleh guru secara langsung mempengaruhi keberkesanan penguasaan kemahiran lisan dalam kalangan murid. Namun, pentaksiran kemahiran lisan sering terabai akibat ketiadaan pendekatan pelaksanaan yang relevan, menyebabkan pentaksiran tersebut tidak mencapai tahap optimum. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan meneroka pelaksanaan pentaksiran autentik kemahiran lisan dalam pendekatan bertema bahasa Melayu di sekolah rendah dengan memberi fokus kepada empat objektif kajian iaitu meneroka kefahaman guru, membahas aspek kemahiran lisan, menganalisis bentuk aktiviti autentik dan merumuskan langkah pelaksanaan pentaksiran autentik. Kajian menggunakan reka bentuk penyelidikan kualitatif melalui kaedah kajian kes yang melibatkan 10 orang guru dari lima buah sekolah di lima negeri bagi mewakili setiap zon dalam Malaysia. Data dikumpulkan menerusi temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen, kemudian dianalisis secara tematik dengan menggunakan perisian Nvivo14. Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru Bahasa Melayu memiliki pemahaman yang baik mengenai pelaksanaan pentaksiran autentik dalam kemahiran lisan bertema. Enam aspek kemahiran lisan yang menjadi tumpuan dalam pentaksiran ini ialah sebutan dan intonasi, tatabahasa dan kosa kata, kefasihan dan kelancaran, struktur ayat dan makna, adab dan tatasusila serta gaya dan ekspresi. Selain itu, kajian mendapati guru melaksanakan tujuh bentuk aktiviti autentik, iaitu main peranan, bercerita, bahan rangsangan, soal jawab, didik hibur, pembentangan, dan permainan bahasa. Aktiviti ini dilaksanakan menerusi empat langkah utama, iaitu perancangan, pelaksanaan, penilaian dan refleksi guru. Kajian ini memberikan sumbangan penting dalam memperbaiki amalan pelaksanaan pentaksiran autentik kemahiran lisan agar lebih holistik dan relevan. Penemuan baharu kajian ini ialah cadangan garis panduan dan rubrik pentaksiran yang menjadi inovasi utama dalam membantu guru merancang serta melaksanakan pentaksiran dengan lebih sistematik dan bermakna. Garis panduan ini dirangka berdasarkan pendekatan bertema dan prinsip pentaksiran autentik, manakala rubrik pentaksiran disusun dengan mengambil kira aspek kemahiran lisan yang relevan dan ditekankan melalui aktiviti autentik. Kajian ini memberi impak yang signifikan terhadap pelaksanaan pentaksiran yang lebih berkesan serta menjadi asas strategik kepada pembuat dasar dan penyelidik dalam memperkukuh hala tuju pendidikan negara. Sumbangan ini turut memacu pembangunan program latihan profesional guru yang lebih berfokus, sekali gus memperkasa amalan pentaksiran abad ke-21 yang relevan dan responsif terhadap keperluan pendidikan semasa. |
| Pages: | 460 |
| Call Number: | PL5105.N64735 2025 tesis |
| Publisher: | UKM, Bangi |
| URI: | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/783949 |
| Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
| File | Description | Size | Format | |
|---|---|---|---|---|
| Pentaksiran autentik kemahiran lisan dalam pendekatan bertema Bahasa Melayu sekolah rendah.pdf | Full-text | 6.38 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.