Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/783948
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMohamad Sattar Rasul, Prof. Ts. Dren_US
dc.contributor.advisorMohd Effendi @ Ewan Mohd Matore, Prof. Madya. Dr.en_US
dc.contributor.advisorNorzaini Azman, Prof. Dr.en_US
dc.contributor.authorRosman Bahri (P90020)en_US
dc.date.accessioned2026-07-03T03:01:40Z-
dc.date.available2026-07-03T03:01:40Z-
dc.date.issued2025-06-24-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/783948-
dc.description.abstractPelaksanaan pendidikan berasaskan hasil dalam konteks Kolej Vokasional (KV) memainkan peranan kritikal dalam memastikan graduan memenuhi keperluan industri serta standard kemahiran nasional. Kajian ini dijalankan untuk menilai tahap pelaksanaan pendidikan berasaskan hasil dalam kalangan pensyarah KV dari aspek pengetahuan, kemahiran, sikap, tingkah laku pengajaran, efikasi kendiri dan kepercayaan. Kajian ini menggunakan reka bentuk kuantitatif berbentuk tinjauan rentas dan melibatkan seramai 338 orang pensyarah KV yang dipilih melalui persampelan rawak mudah daripada populasi seramai 9,623 orang pensyarah pendidikan berasaskan hasil di seluruh Malaysia. Data dikumpulkan menggunakan soal selidik yang dibangunkan berasaskan Model Penilaian Kirkpatrick (1959, 1996) dan diuji kesahihan serta kebolehpercayaannya, dengan nilai Cronbach’s Alpha melebihi .800 bagi semua konstruk. Data dianalisis menggunakan SPSS versi 22, yang merangkumi statistik deskriptif, korelasi Pearson, regresi berganda, dan analisis pengantaraan menggunakan teknik Bootstrapping. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap pelaksanaan pendidikan berasaskan hasil berada pada tahap tinggi bagi semua dimensi yang dikaji, dengan efikasi kendiri (M = 4.13, SD = 0.44) dan kepercayaan (M = 4.10, SD = 0.47) merupakan penyumbang utama kepada tingkah laku pengajaran. Korelasi Pearson menunjukkan hubungan yang signifikan dan sederhana hingga kuat antara pengetahuan (r = .48), kemahiran (r = .52), sikap (r = .46), efikasi kendiri (r = .59), dan kepercayaan (r = .61) dengan tingkah laku pelaksanaan pendidikan berasaskan hasil. Regresi berganda menunjukkan bahawa efikasi kendiri dan kepercayaan menjelaskan sebanyak 41% daripada varians dalam tingkah laku (R² = .41, p < .01). Selain itu, analisis pengantaraan mengesahkan bahawa efikasi kendiri dan kepercayaan bertindak sebagai mediator yang signifikan antara pemboleh ubah kognitif (pengetahuan, kemahiran, sikap) dan tingkah laku pengajaran. Kajian ini memberi implikasi penting kepada pembuat dasar dan pihak pentadbir institusi agar dapat menyusun strategi pelaksanaan pendidikan berasaskan hasil yang bersifat holistik dan disesuaikan dengan keperluan sebenar pensyarah vokasional.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Bangien_US
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikanen_US
dc.subjectVocational education -- Malaysiaen_US
dc.subjectVocational evaluation -- Malaysiaen_US
dc.subjectEducational evaluation -- Malaysiaen_US
dc.subjectCompetency-based educationen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titlePenilaian amalan pendidikan berasaskan hasil bagi program diploma di kolej vokasionalen_US
dc.typeThesesen_US
dc.format.pages334en_US
dc.identifier.callnoLC1047.M4R6479 2025 tesisen_US
dc.identifier.barcode007776en_US
dc.format.degreePh.D.en_US
dc.description.categoryofthesesTerhad/Restricteden_US
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Penilaian amalan pendidikan berasaskan hasil bagi program diploma di Kolej Vokasional.pdfPartial463.39 kBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.