Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/783900Full metadata record
| DC Field | Value | Language |
|---|---|---|
| dc.contributor.advisor | Aniza Ismail, Dr. | en_US |
| dc.contributor.advisor | Hanafiah Mohd Salleh, Prof. Madya Dr. | en_US |
| dc.contributor.author | Fairus Zana Mohd Rathi | en_US |
| dc.date.accessioned | 2026-06-29T07:59:17Z | - |
| dc.date.available | 2026-06-29T07:59:17Z | - |
| dc.date.issued | 2008-05-22 | - |
| dc.identifier.other | P30413 | en_US |
| dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/783900 | - |
| dc.description.abstract | Pengenalan: Kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi tahap aktiviti fizikal pelajar-pelajar sekolah menengah di Daerah Petaling. Kajian ini yang dilakukan secara keratan rentas telah dijalankan dikalangan pelajar-pelajar sekolah menengah yang berumur 14 dan 16 tahun. Objektif utama adalah untuk mengetahui prevalens tahap aktiviti fizikal dikalangan pelajar serta memahami faktor-faktor yang mempengaruhi aktiviti fizikal tersebut. Kaedah Kajian: Seramai 519 responden dipilih dengan menggunakan kaedah persampelan berperingkat yang dilakukan secara rawak. Responden telah dibahagikan kepada dua kumpulan berdasarkan tahap aktiviti fizikal mereka. Ini ditentukan dengan menggunakan kiraan met-minit seminggu berdasarkan boring soal selidik IPAQ. Responden yang mempunyai kiraan met-minit seminggu kurang dari 600 dikategorikan sebagai tidak aktif manakala responden yang mempunyai kiraan met-minit seminggu bersamaan atau melebihi 600 dikategorikan sebagai aktif. Faktor-faktor seperti halangan peribadi, sokongan keluarga dan rakan-rakan, pengetahuan, sikap serta faktor persekitaran dan kaitannya di dalam menentukan tahap aktiviti fizikal remaja telah diambil kira di dalam kajian ini. Keputusan: Kadar respon subjek di dalam kajian ini adalah 95.4% dan prevalens pelajar tidak aktif adalah 20.8%. Remaja lelaki adalah lebih aktif daripada remaja perempuan (NO-1.995, SK=1.125- 3.536). Remaja yang mempunyai ibu yang tidak bekerja (NO-2.076 SK-1.223-3.525), remaja yang menganggap diri mereka aktif (NO-2.438, SK-1.169-5.083), remaja yang tidak aktif disebabkan oleh kekurangan masa (NO-2.318, SK-1.271-4.228), remaja yang suka bersenam hanya jika mempunyai lebih masa (NO-2.339, SK=1.338-4.090) dan remaja yang suka melakukan aktiviti regangan sebelum melakukan aktiviti fizikal (NO-4.162, SK-1.698-10.200) adalah kurang aktif berbanding remaja yang tidak mempunyai faktor di atas. Kesimpulan: Prevalens tidak aktif dikalangan remaja perempuan adalah lebih tinggi daripada remaja lelaki. Remaja yang mempunyai ibu yang tidak bekerja, kesuntukkan masa untuk melakukan aktiviti fizikal, hanya mahu bersenam bila ada masa, serta suka melakukan aktiviti regangan sebelum sebarang aktiviti fizikal mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menjadi tidak aktif berbanding remaja lain di dalam kajian ini. Langkah-langkah wajar perlu diambil bagi mengelakkan faktor-faktor ini menjadi penyebab utama kepada penurunan tahap aktiviti fizikal remaja sekolah pada masa kini. | en_US |
| dc.language.iso | may | en_US |
| dc.publisher | UKM, Kuala Lumpur | en_US |
| dc.relation | Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan | en_US |
| dc.rights | Terhad/Restricted | en_US |
| dc.subject | Physical fitness | en_US |
| dc.subject | Physical education and training | en_US |
| dc.subject | Adolescent | en_US |
| dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | en_US |
| dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | en_US |
| dc.title | Faktor-faktor yang mempengaruhi tahap aktiviti fizikal pelajar-pelajar sekolah menengah di daerah Petaling | en_US |
| dc.type | Theses | en_US |
| dc.rights.holder | UKM | en_US |
| dc.description.notes | Tesis ini tidak ada "Perakuan Tesis Sarjana" | en_US |
| dc.format.pages | 44 | en_US |
| dc.identifier.callno | QT255.F163f 2008 9HUKM tesis | en_US |
| dc.identifier.barcode | 00001529324 | en_US |
| dc.format.degree | Ijazah Sarjana Kesihatan Masyarakat | en_US |
| Appears in Collections: | Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan | |
Files in This Item:
| File | Description | Size | Format | |
|---|---|---|---|---|
| Faktor-faktor yang mempengaruhi tahap aktiviti fizikal pelajar-pelajar sekolah menengah di daerah Petaling.pdf | Partial | 5.82 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.