Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/783856| Title: | Stres pekerjaan dan penggunaan strategi daya tindak di kalangan anggota polis di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya |
| Authors: | Hasmaizal Hassim |
| Supervisor: | Noor Hassim Ismail, Prof. Dr. |
| Keywords: | Occupational Stress -- prevention & control Coping Skills -- methods Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
| Issue Date: | 19-Mar-2007 |
| Abstract: | Kajian irisan lintang ini dijalankan di antara bulan Ogos 2006 sehingga Oktober 2006 (12 minggu) di kalangan anggota Polis DiRaja Malaysia di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Ia bertujuan mengkaji prevalen stres pekerjaan dan faktor yang menyumbang kepada stres di kalangan anggota polis di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Kajian ini juga menyelidik fungsi daya tindak dalam menentukan stres anggota polis. Kajian keratan rentas ini dilakukan dengan menggunakan kaedah persampelan rawak berkelompok. Kajian ini melibatkan 6 buah balai polis dengan jumlah sampel seramai 453 orang. Alatan kajian yang digunakan adalah borang soal selidik isi sendiri yang mengumpul maklumat berkaitan dengan faktor sosiodemografi, faktor pekerjaan, persepsi terhadap punca-punca stres dalam keluarga (faktor stres keluarga), kekerapan mengalami gejala-gejala stres yang diukur dengan skala gejala stres 52 soalan dan soal selidik strategi daya tindak. Kaedah lengkungan ROC telah digunakan bagi mencari titik penentu stres. Kadar respon kajian adalah 84.32%. Kadar prevalen stres adalah 53.7%. Faktor sosiodemografi yang mempunyai hubungan dengan kadar stres ialah faktor jantina, kenaikan pangkat, umur dan tempoh berkhidmat (p<0.05). Hasil kajian menunjukkan keterukan beban kerja, kurang sokongan organisasi dan keterukan stres Kerja merupakan faktor stres kerja yang mempengaruhi status stres (p<0.05). Faktor stres personal yang mempengaruhi status stres adalah faktor tidak cukup masa, persekitaran luar rumah berbahaya, berselisih dengan pasangan, tekanan dari saudara, memperbaiki rumah, kekecewaan seksual dan perselisihan dengan anak (p<0.05). Strategi daya tindak yang mempunyai hubungan bererti dengan status stres adalah strategi penyelesaian masaalah, mencari sokongan, pengelakkan, penerimaan, penggunaan bahan dan humor (p<0.05). Anggota polis yang mengalami punca stres yang berlainan akan menggunakan strategi daya tindak yang berlainan. Didapati strategi daya tindak negatif seperti penunjukkan emosi, penerimaan dan pengelakkan tidak dapat mengurangkan stres. Faktor keterukan beban kerja, tidak cukup masa dengan keluarga, kekecewaan seksual, memperbaiki rumah, tiada penjaga anak, fokus dalam menunjukkan emosi, peralihan kelakuan, peralihan penumpuan mental, kembali pada agama dan penilaian positif menerangkan 63.5% variasi dalam nilai skor gejala stres. Program pencegahan stres perlu diadakan bagi menangani masalah stres di kalangan polis. |
| Notes: | Tesis ini tidak ada "Perakuan Tesis Sarjana" |
| Pages: | 107 |
| Call Number: | QT162.S8H344s 2007 9HUKM tesis |
| Publisher: | UKM, Kuala Lumpur |
| URI: | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/783856 |
| Appears in Collections: | Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan |
Files in This Item:
| File | Description | Size | Format | |
|---|---|---|---|---|
| Stres pekerjaan dan penggunaan strategi daya tindak di kalangan anggota polis di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.pdf | Partial | 6.21 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.