Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/783774
Title: Kesan suntikan Intraperitoneal Hidroksitirosol dos tunggal dalam model kecederaan otak traumatik ikan zebra
Authors: Hooi Yoong Khuen
Supervisor: Teoh Seong Lin, Prof. Madya Dr.
Mohamad Fairuz Yahaya, Dr.
Keywords: Brain Injuries, Traumatic -- drug therapy
3,4-dihydroxyphenylethanol
Issue Date: 12-May-2026
Abstract: Kecederaan otak traumatik (TBI) merupakan salah satu penyebab utama ketidakupayaan di seluruh dunia dan memberi cabaran yang besar kepada keluarga pesakit dan perkhidmatan kesihatan. Sehingga hari ini, tiada rawatan khusus yang berkesan untuk merawat TBI disebabkan oleh kecederaan neuron yang bersifat kekal akibat TBI. Terdapat banyak ubat atau herba tradisional telah dikaji menggunakan modal haiwan untuk merawat TBI. Hidroksitirosol (HT) merupakan satu agen antioksida dan antiinflamasi yang berupaya mempamerkan kesan neuroprotektif terutamanya untuk penyakit neurodegeneratif seperti penyakit Alzheimer dan Parkinson. Justeru itu, kajian ini dijalankan untuk menilai kesan rawatan HT terhadap model TBI ikan zebra. Model TBI dihasilkan melalui kecederaan tikaman pada telensefalon, diikuti dengan suntikan intraperitoneal HT pada dos 10 dan 100 mg/kg atau plasebo. Ekspresi gen inflamasi dan proliferasi sel dianalisis menggunakan qPCR pada hari ke-3 dan ke-21 selepas TBI. Tahap kebimbangan ikan zebra dinilai menggunakan Novel Tank Test pada hari pertama, ke-14 dan ke-21 selepas kecederaan. Kematian sel neuron dianalisis menggunakan ujian TUNEL pada 4 jam dan hari ke-3 selepas TBI. Hasil kajian menunjukkan dos HT pada 10 mg/kg berupaya untuk mengurangkan proses inflamasi pada peringkat awal TBI dengan menunjukkan penurunan signifikan (p<0.05) dalam ekspresi gen illfma dan infa berbanding dengan plasebo serta mengurangkan kematian sel neuron pada peringkat awal TBI. Rawatan HT juga didapati tidak memberikan kesan yang signifikan terhadap pengurangan tahap kebimbangan ikan zebra selepas TBI. Kesimpulannya, HT berpotensi dikembangkan sebagai satu agen terapeutik bagi rawatan sampingan untuk TBI.
Pages: 89
Publisher: UKM, Kuala Lumpur
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/783774
Appears in Collections:Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan



Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.