Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/783487
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMohd Rozi Umor, Dr.en_US
dc.contributor.advisorAbd Ghani Mohd Rafek, Prof. Dr.en_US
dc.contributor.authorMohamad Anuri Ghazali (P85924)en_US
dc.date.accessioned2026-05-22T03:48:03Z-
dc.date.available2026-05-22T03:48:03Z-
dc.date.issued2021-09-17-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/783487-
dc.description.abstractKajian pemetaan geobahaya dijalankan untuk penentuan faktor keselamatan cerun serta menilai kaedah pemetaan geobahaya yang sesuai bergantung kepada keadaan cerun. Lokasi kawasan kajian adalah di Empangan Sultan Mahmud, Tasik Kenyir , Kuala Berang , Terengganu. Kawasan kajian dipilih kerana mempunyai cerun-cerun yang berbeza potongan bahan bumi, iaitu cerun potong batuan, cerun potong tanah, dan cerun campuran tanah dan batuan. Lokasi kawasan kajian adalah merupakan kawasan kawalan yang mana perlu kebenaran untuk memasuki kawasan kajian ini. Objektif kajian ini ialah untuk membuat penilaian keberkesanan kaedah pemetaan potensi tanah runtuh dan runtuhan batuan mengunakan kaedah pemetaan geobahaya yang sesuai seperti, Faktor Penilaian Geobahaya Tanah Runtuh (LHEF), Sistem Penilaian Cerun Model-B (SAS-B), Pemetaan Terain Geologi, Perkadaran Jasad Batuan (SMR) dan Pemetaan Geomorfologi. Objektif kedua adalah mengenalpasti parameter tanah runtuh dan permodelan serta penilaian pemetaan geobahaya serta analisis kestabilan cerun. Manakala objektif ketiga merupakan penentuan kaedah pemetaan geobahaya yang sesuai berasaskan kepada keadaan cerun dan hubungkait dengan faktor keselamatan cerun (FOS). Kaedah kajian adalah melibatkan inventori cerun, pemetaan geobahaya seperti kaedah LHEF, SAS-B, SMR, pemetaan geomorfologi dan pemetaan terrain geologi. Manakala kajian terhadap profil bawah tanah melibatkan kaedah penyiasatan tanah, ujian keberintangan geoelektrik dan ujian makmal terhadap sampel batuan dan tanah. Terdapat dua hasil tindanan peta geobencana, iaitu jenis A dan jenis B dari kajian ini. Tindanan peta geobahaya jenis A adalah tindanan peta terhadap peta geomorfologi, LHEF dan SMR, manakala peta geobahaya jenis B adalah tindanan peta geomorfologi, terain dan SAS-B. Gabungan peta dilakukan dengan mempertimbangkan parameter yang hampir sama untuk diantara kaedah pemetaan geobahaya. Skor geohazard yang paling rendah akan dijadikan sebagai mewakili poligon cerun tersebut. Hasil daripada kajian peta geobahaya yang sesuai untuk keadaan cerun potong berbatu dan cerun tanah berbatu adalah LHEF dan SMR, manakala cerun tanah potong adalah LHEF dan SAS-B. Selain itu , pemetaan terain adalah lebih sesuai bagi pemetaan cerun tanah semulajadi. Faktor keselamatan cerun dianalisi dengan mengunakan keratan rentas yang terpilih. Didapati peta geobahaya jenis B tidak sesuai sebagai kaedah pemetaan geobahaya cerun dikawasan cerun berbatu dan tanah bercampur batuan. Kaedah pemetaan geobahaya jenis A paling sesuai bagi kawasan cerun berbatuan, tanah bercampur batuan dan cerun tanah potong. Peramalan terhadap faktor keselamatan cerun adalah seperti tahap geobahaya sangat tinggi adalah 0.4665 hingga 1.1029, geobahaya tinggi 0.8103 hingga 1.2659, sederhana 1.1738 hingga 1.4707 dan tahap geobahaya rendah adalah faktor keselamatan melebihi 1.5373.Nilai faktor keselamatan ini adalah hasil utama kajian ini yang boleh digunapakai oleh ahli geologi bagi menentukan keselamatan cerun yang mempunyai bahan bumi yang berbeza.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Bangien_US
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologien_US
dc.rightsUKMen_US
dc.rightsTerhad/Restricted-
dc.subjectGeomorphologyen_US
dc.subjectDam safety -- Malaysiaen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titleKajian penilaian keberkesanan geobahaya (hazard map) dalam penentuan kestabilan cerun (faktor keselamatan) di Empangan Sultan Mahmud, Tasik Kenyir, Kuala Berang, Terengganuen_US
dc.typeThesesen_US
dc.rights.holderUKM-
dc.format.pages387en_US
dc.identifier.callnoGB401.5.M634 2021 tesisen_US
dc.identifier.barcode007751en_US
dc.format.degreePh.Den_US
dc.description.categoryofthesesTerhad/Restricteden_US
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi



Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.