Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/783476
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorHarun Baharudin, Prof. Madya Dr.en_US
dc.contributor.advisorMohd Isa Hamzah, Dr.en_US
dc.contributor.advisorMaimun Aqsha Lubis, Prof. Madya Dr.en_US
dc.contributor.authorAisyah Sjahrony (P78651)en_US
dc.date.accessioned2026-05-22T03:20:44Z-
dc.date.available2026-05-22T03:20:44Z-
dc.date.issued2025-01-22-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/783476-
dc.description.abstractKajian mengenai kefahaman bacaan teks berbahasa Arab dalam kalangan mahasiswa masih terus mendapat perhatian yang meluas sama ada membabitkan pembelajaran bahasa kedua (B2) atau bahasa ketiga (B3). Namun, dalam peringkat pengajian tinggi masih belum meluas kajian dilakukan terhadap pembelajaran bahasa Arab sebagai bahasa ketiga. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengukur tahap kemahiran kefahaman bacaan dalam kalangan mahasiswa UiTM cawangan Selangor ketika melaksanakan aktiviti kemahiran membaca bahasa Arab dan kaitannya dengan motivasi serta pencapaian. Oleh itu, kajian ini menggunakan rekabentuk kuantitatif secara kaedah tinjauan menggunakan ujian kefahaman bacaan kloz bahasa Arab dan soal selidik sebagai instrumen kajian. Seramai 350 orang mahasiswa telah dipilih sebagai responden kajian melalui prosedur pensampelan rawak berstrata. Data kajian yang diperolehi telah melalui proses penganalisisan secara deskriptif dan inferensi. Data kuantitatif tersebut menggunakan skor min, peratus, sisihan piawai, ujian T tidak bersandar, ANOVA sehala dan Regresi Berganda. Dapatan bagi analisis deskriptif menunjukkan: (i) tahap kefahaman bacaan kloz bahasa Arab dalam kalangan mahasiswa berada pada tahap sederhana, (ii) tahap motivasi membaca mahasiswa secara keseluruhannya tinggi, (iii) pencapaian kursus mata pelajaran bahasa Arab adalah sederhana. Manakala pelaporan analisis inferensi pula mendapati: (iv) tiada perbezaan yang signifikan motivasi membaca dan tahap kefahaman bacaan kloz berdasarkan jantina, (v) terdapat perbezaan yang signifikan motivasi membaca dan tahap kefahaman bacaan kloz berdasarkan latar belakang akademik pembelajaran bahasa Arab dan (vi) terdapat hubungan signifikan antara motivasi membaca dengan pencapaian. Akhir sekali (vii) terdapat pengaruh yang signifikan antara tahap kefahaman bacaan dengan pencapaian, sekaligus memberi sumbangan kepada pencapaian bahasa Arab. Kesimpulannya, dapatan kajian ini menggambarkan bahawa mahasiswa memerlukan bimbingan dalam membaca teks bahasa Arab dan belum mampu untuk membaca serta memahami teks tersebut secara bersendirian. Kajian ini diharap dapat memberi impak dalam kalangan pihak berkenaan untuk mempertingkatkan tahap motivasi para mahasiswa dan membantu mereka menguasai kemahiran membaca bahasa Arab.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Bangien_US
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikanen_US
dc.rightsUKMen_US
dc.rightsAccess Terbuka/Open Access-
dc.subjectArabic language -- Study and teaching (Higher) -- Malaysiaen_US
dc.subjectCloze procedureen_US
dc.subjectReading comprehension -- Malaysiaen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titleTahap kefahaman bacaan kloz bahasa Arab dan kaitannya dengan motivasi serta pencapaian dalam kalangan mahasiswa UiTM cawangan Selangoren_US
dc.typeThesesen_US
dc.rights.holderUKM-
dc.format.pages355en_US
dc.identifier.callnoPJ6068.M4A479 2025 tesisen_US
dc.identifier.barcode007757en_US
dc.format.degreePh.Den_US
dc.description.categoryofthesesAccess Terbuka/Open Accessen_US
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan



Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.