Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/783411| Title: | Amalan pengajaran guru Pemulihan Khas dalam pengajaran Bahasa Melayu di sekolah kebangsaan dengan murid Orang Asli |
| Authors: | Amirah Azhar (P121080) |
| Supervisor: | Zamri Mahamod, Prof. Dr. |
| Keywords: | Special education Special education educators Malay language -- Study and teaching Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
| Issue Date: | 6-Jan-2025 |
| Abstract: | Guru Pemulihan Khas merupakan tonggak penting dalam sistem pendidikan negara. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk meneroka amalan pengajaran guru Pemulihan Khas di sekolah kebangsaan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu murid Pemulihan Khas Orang Asli. Kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh guru Pemulihan Khas di sekolah kebangsaan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu murid Pemulihan Khas Orang Asli. Selain itu, kajian ini turut meneroka cara mengatasi masalah yang digunakan oleh guru Pemulihan Khas dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu murid Pemulihan Khas Orang Asli di sekolah kebangsaan. Seramai empat orang guru Pemulihan Khas dari empat buah sekolah kebangsaan di daerah Jempol, Negeri Sembilan telah dipilih sebagai peserta kajian ini. Kajian kualitatif ini menggunakan reka bentuk kajian kes. Bagi memperoleh data kajian, data temu bual digunakan dan disokong dengan analisis dokumen. Model Shulman (1987) telah diadaptasi dalam kajian ini dengan mengetengahkan Pengetahuan Pedagogi Isi Kandungan (PIPK) yang perlu dikuasai oleh guru Pemulihan Khas iaitu pengetahuan pedagogi dan isi kandungan. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat amalan tertentu yang dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran dari aspek perancangan, pelaksanaan dan penilaian. Bagi aspek perancangan, kajian ini memfokuskan kepada aspek pemilihan sukatan pelajaran dan penulisan Rancangan Pengajaran Harian. Untuk aspek pelaksanaan pula meliputi permulaan pengajaran, set induksi dan teknik pengajaran guru Pemulihan Khas manakala aspek penilaian merangkumi soal jawab, menyemak latihan dan imlak. Namun demikian, terdapat masalah yang dihadapi oleh guru Pemulihan Khas dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu murid Pemulihan Khas Orang Asli iaitu tiada sokongan keluarga untuk belajar, tahap kesediaan murid pada tahap yang rendah dan masalah bahasa. Kaedah insentif seperti ganjaran, pujian, dendaan dan kata-kata motivasi telah diaplikasikan oleh guru bagi mengatasi masalah ini. Penggunaan Bahan Bantu Mengajar yang menarik dan bersesuaian juga dapat mengatasi masalah guru Pemulihan Khas ketika mengajar murid Pemulihan Khas Orang Asli. Implikasi kajian ini adalah menerusi amalan pengajaran guru Pemulihan Khas di sekolah kebangsaan yang sistematik dapat memberi manfaat yang signifikan kepada murid Pemulihan Khas Orang Asli dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. |
| Pages: | 142 |
| Call Number: | LC3965.A465 2024 tesis |
| Publisher: | UKM, Bangi |
| URI: | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/783411 |
| Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
| File | Description | Size | Format | |
|---|---|---|---|---|
| Amalan pengajaran guru pemulihan khas dalam pengajaran bahasa Melayu di sekolah kebangsaan dengan murid Orang Asli.pdf Restricted Access | Full-text | 1.62 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.