Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/783409Full metadata record
| DC Field | Value | Language |
|---|---|---|
| dc.contributor.advisor | Khairul Azhar Jamaludin, Dr. | en_US |
| dc.contributor.author | Nor'Aqilah Ahmad Zabidi (P121073) | en_US |
| dc.date.accessioned | 2026-05-20T06:40:37Z | - |
| dc.date.available | 2026-05-20T06:40:37Z | - |
| dc.date.issued | 2025-01-03 | - |
| dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/783409 | - |
| dc.description.abstract | Kesan pencemaran alam sekitar akibat lambakan sisa fabrik mendesak peningkatan trend industri fesyen yang lestari. Oleh itu, pelaksanaan amalan kelestarian dalam pendidikan fesyen oleh guru yang berkualiti tinggi dan kompeten sebagai tunjang ilmu adalah amat penting bagi membentuk bakal pereka fesyen yang lestari dalam dunia fesyen yang kompetitif. Namun, guru Seni Reka Fesyen sering menghadapi kesukaran untuk melaksanakan amalan kelestarian pendidikan fesyen dalam pengajaran mereka. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan untuk meninjau tahap kompetensi guru Seni Reka Fesyen dari domain orientasi ilmu, instruksional, pelibatan komuniti dan kualiti peribadi, mengenal pasti tahap amalan kelestarian pendidikan fesyen guru Seni Reka Fesyen, mengenal pasti perbezaan antara latar belakang pendidikan ijazah pertama dan pengalaman mengajar dalam melaksanakan amalan kelestarian pendidikan fesyen serta mengenal pasti hubungan antara tahap kompetensi guru Seni Reka Fesyen dengan amalan kelestarian pendidikan fesyen di kolej vokasional. Kajian kuantitatif kaedah tinjauan ini menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian. Seramai 173 orang guru Seni Reka Fesyen daripada 199 orang di 19 buah kolej vokasional seluruh Malaysia dijadikan sebagai sampel kajian. Data dianalisis menggunakan perisian SPSS Statistics for Mac versi 29.0 bagi menghasilkan analisis deskriptif yang merangkumi frekuensi, nilai peratusan, min dan sisihan piawai manakala analisis inferensi menerusi ujian ANOVA sehala dan ujian korelasi. Hasil analisis deskriptif menunjukkan bahawa tahap kompetensi guru Seni Reka Fesyen kolej vokasional berada pada tahap tinggi iaitu domain orientasi ilmu (M=3.82, SP=0.301), instruksional (M=3.83, SP=0.388), pelibatan komuniti (M=3.85, SP=0.399) dan kualiti peribadi (M=3.86, SP=0.291). Tahap amalan kelestarian pendidikan fesyen guru Seni Reka Fesyen (M=4.169, SP=0.342) turut berada pada tahap tinggi. Analisis ANOVA sehala menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan antara amalan kelestarian pendidikan fesyen guru Seni Reka Fesyen berdasarkan latar belakang pendidikan ijazah pertama, manakala tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara amalan kelestarian pendidikan fesyen guru Seni Reka Fesyen berdasarkan pengalaman mengajar. Dapatan analisis Korelasi Pearson menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang positif dengan kekuatan yang sederhana antara tahap kompetensi dengan tahap amalan kelestarian pendidikan fesyen dalam kalangan guru Seni Reka Fesyen di kolej vokasional. Justeru, polisi pengambilan guru yang lebih strategik serta penyediaan latihan intensif amat diperlukan bagi meningkatkan kompetensi guru yang bukan bidang seni reka fesyen bagi memperkukuh keberkesanan pelaksanaan amalan kelestarian pendidikan fesyen. | en_US |
| dc.language.iso | may | en_US |
| dc.publisher | UKM, Bangi | en_US |
| dc.relation | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan | en_US |
| dc.rights | UKM | en_US |
| dc.rights | Access Terbuka/Open Access | - |
| dc.subject | Teacher effectiveness | en_US |
| dc.subject | Vocational education | en_US |
| dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | en_US |
| dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | en_US |
| dc.title | Kompetensi guru Seni Reka Fesyen dalam pelaksanaan amalan kelestarian pendidikan fesyen di kolej vokasional | en_US |
| dc.type | Theses | en_US |
| dc.rights.holder | UKM | - |
| dc.format.pages | 209 | en_US |
| dc.identifier.callno | LB1775.N637 2025 tesis | en_US |
| dc.identifier.barcode | 007611 | en_US |
| dc.format.degree | Sarjana Pendidikan | en_US |
| dc.description.categoryoftheses | Access Terbuka/Open Access | en_US |
| Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan | |
Files in This Item:
| File | Description | Size | Format | |
|---|---|---|---|---|
| Kompetensi guru seni reka fesyen dalam pelaksanaan amalan kelestarian pendidikan fesyen di Kolej Vokasional.pdf Restricted Access | Full-text | 5.89 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.