Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/783405Full metadata record
| DC Field | Value | Language |
|---|---|---|
| dc.contributor.advisor | Ruhizan Mohammad Yasin, Prof. Dr. | en_US |
| dc.contributor.author | Noor Fazida Ismail (P109074) | en_US |
| dc.date.accessioned | 2026-05-20T06:35:31Z | - |
| dc.date.available | 2026-05-20T06:35:31Z | - |
| dc.date.issued | 2024-09-19 | - |
| dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/783405 | - |
| dc.description.abstract | Ledakan teknologi telah mendesak perubahan dalam pelbagai bidang termasuklah pendidikan. Sebagai penggerak utama pendidikan negara, guru mempunyai peranan besar untuk menyampaikan ilmu dalam pelbagai kaedah dan strategi yang difikirkan sesuai. Sejauh manakah guru-guru Bahasa Melayu di sekolah rendah di Malaysia bersedia menyahut arus perubahan ini masih menjadi tanda tanya. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis tahap adaptasi pendekatan pembelajaran teradun guru Bahasa Melayu menggunakan teori UTAUT (Unified Theory of Acceptance and Use of Technology) dengan meneliti faktor pengalaman serta hubungan Jangkaan Prestasi, Jangkaan Usaha, Pengaruh Sosial, Keadaan Kemudahan, dan Niat Tingkah Laku terhadap penerimaan dan penggunaan pendekatan pembelajaran teradun. Rekabentuk kajian ini dijalankan menggunakan reka bentuk kaedah tinjauan dengan menggunakan instrumen soal selidik menggunakan skala likert berdasarkan lima skala tahap persetujuan. Seramai 400 orang sampel terlibat di dalam kajian ini terdiri daripada guru opsyen Bahasa Melayu seluruh Malaysia yang dipilih secara rawak. Analisis inferensi ANOVA dan korelasi digunakan untuk menganalisis tahap adaptasi pendekatan pembelajaran teradun guru Bahasa Melayu. Data dianalisis berdasarkan maklumat demografi dan enam konstruk UTAUT iaitu Jangkaan Prestasi, Jangkaan Usaha, Pengaruh Sosial, Keadaan Kemudahan, Niat Tingkah laku dan Tingkah laku Penggunaan. Dapatan kajian ini mendapati bahawa terdapat perbezaaan yang signifikan terhadap pengalaman mengajar guru Bahasa Melayu dengan tahap adaptasi pembelajaran teradun. Seterusnya, terdapat hubungan yang signifikan antara konstruk Jangkaan Prestasi, Jangkaan Usaha, Pengaruh Sosial dan Keadaan Kemudahan dengan Niat Tingkah Laku adaptasi pendekatan pembelajaran teradun dalam pengajaran guru Bahasa Melayu. Rumusannya, kajian ini membuktikan kesediaan guru Bahasa Melayu beradaptasi dengan pendekatan pembelajaran teradun dalam pengajaran. | en_US |
| dc.language.iso | may | en_US |
| dc.publisher | UKM, Bangi | en_US |
| dc.relation | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan | en_US |
| dc.rights | UKM | en_US |
| dc.subject | Blended learning | en_US |
| dc.subject | Malay language -- Study and teaching | en_US |
| dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | en_US |
| dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | en_US |
| dc.title | Kesediaan guru Bahasa Melayu mengadaptasi pendekatan pembelajaran teradun | en_US |
| dc.type | Theses | en_US |
| dc.description.notes | Tesis ini tidak ada "Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah" | en_US |
| dc.format.pages | 135 | en_US |
| dc.identifier.callno | LB1028.5.N636 2024 tesis | en_US |
| dc.identifier.barcode | 007607 | en_US |
| dc.format.degree | Sarjana Pendidikan | en_US |
| dc.description.categoryoftheses | Terhad/Restricted | en_US |
| Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan | |
Files in This Item:
| File | Description | Size | Format | |
|---|---|---|---|---|
| Kesediaan guru bahasa Melayu mengadaptasi pendekatan pembelajaran teradun.pdf Restricted Access | Partial | 571.58 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.