Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/783404| Title: | Pengaruh strategi pemetaan semantik terhadap penguasaan kosa kata imbuhan Bahasa Arab pelajar prauniversiti di negeri Selangor |
| Authors: | Siti Khadizah Yahya (P121067) |
| Supervisor: | Harun Baharudin, Dr. |
| Keywords: | Arabic language -- Study and teaching Learning strategies Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
| Issue Date: | 7-Dec-2024 |
| Abstract: | Kosa kata imbuhan merupakan bidang yang perlu diberi perhatian khusus dalam kajian penguasaan bahasa Arab. Aspek kedalaman kata dalam kosa kata imbuhan adalah penting untuk memahami makna kata dengan tepat dan mengikut konteks. Tahap penguasaan kosa kata imbuhan yang lemah boleh menyebabkan kesilapan yang serius dalam kemahiran berbahasa. Antara faktor yang mempengaruhi tahap penguasaan pelajar ialah penggunaan strategi pengajaran. Justeru kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti tahap penguasaan kosa kata imbuhan dan pengaruh penggunaan strategi pemetaan semantik terhadap penguasaan kosa kata imbuhan pelajar. Kajian kuantitatif berbentuk kaedah tinjauan keratan lintang digunakan bagi mengumpul data yang melibatkan responden yang ramai. Populasi kajian melibatkan pelajar prauniversiti di sekolah menengah agama dalam negeri Selangor. Pensampelan secara pensampelan rawak berstrata digunakan untuk memilih 230 daripada 421 orang pelajar prauniversiti di lima sekolah menengah agama yang terlibat. Kajian ini menggunakan satu set instrumen soal selidik. Data kajian dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 27. Analisis deskriptif yang dijalankan melibatkan kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai. Manakala analisis inferensi pula melibatkan ujian Korelasi Pearson dan regresi linear mudah bagi melihat hubungan dan sumbangan di antara pemboleh ubah yang dikaji. Dapatan kajian menunjukkan pelajar prauniversiti adalah menguasai kosa kata imbuhan(Min=57.8, SP=7.79) manakala tahap penggunaan strategi pemetaan semantik guru berada pada tahap tinggi (Min=4.12, SP=0.65). Dapatan kajian juga mendapati tiada hubungan yang signifikan antara tahap penguasaan kosa kata imbuhan pelajar dengan penggunaan strategi pemetaan semantik [r(230)=0.01, p>0.05]. Selain itu, analisis regresi mendapati bahawa strategi ini tidak memberikan sumbangan yang signifikan, [F(1,228) = 0.01, p=0.92; p>0.05] dengan nilai sifar (R2=0.00). Dapatan kajian ini turut memberi nilai tambah secara holistik dan empirikal kepada penggunaan strategi pemetaan semantik dalam pengajaran aspek kedalaman kata bahasa Arab. Implikasi kajian ini juga diharap guru dapat memanfaatkan strategi pengajaran lain yang berkesan untuk meningkatkan tahap penguasaan kosa kata imbuhan bahasa Arab pelajar prauniversiti di Malaysia. |
| Pages: | 214 |
| Call Number: | LB1025.S5383 2024 tesis |
| Publisher: | UKM, Bangi |
| URI: | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/783404 |
| Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
| File | Description | Size | Format | |
|---|---|---|---|---|
| Pengaruh strategi pemetaan semantik terhadap penguasaan kosa kata imbuhan bahasa Arab pelajar prauniversiti di negeri Selangor.pdf Restricted Access | Full-text | 3.83 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.