Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/783400Full metadata record
| DC Field | Value | Language |
|---|---|---|
| dc.contributor.advisor | Hafizhah Zulkifli, Dr. | en_US |
| dc.contributor.advisor | Ab. Halim Tamuri, Prof. Dato’ Dr. | en_US |
| dc.contributor.author | Siti Fairuz Mahmud (P113333) | en_US |
| dc.date.accessioned | 2026-05-20T06:29:02Z | - |
| dc.date.available | 2026-05-20T06:29:02Z | - |
| dc.date.issued | 2024-11-25 | - |
| dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/783400 | - |
| dc.description.abstract | Amalan pengajaran yang cemerlang adalah tonggak utama pembangunan negara kerana ia membentuk asas pendidikan yang berkualiti. Kaedah pengajaran tilawah Al-Quran sangat penting dan perlu diberi penekanan dalam melahirkan generasi yang celik Al-Quran. Justeru, kaedah pengajaran terkini perlu diaplikasikan dalam pengajaran tilawah Al-Quran. Namun begitu, terdapat segelintir Guru Pendidikan Islam (GPI) masih menggunakan kaedah tradisional dan tidak mengintegrasikan elemen teknologi dalam pengajaran tilawah Al-Quran bagi meningkatkan pengalaman pembelajaran dan memastikan relevansi dalam konteks dunia yang semakin canggih. Lantaran itu, kajian ini dijalankan untuk meneroka amalan pengajaran tilawah Al-Quran dalam kalangan Guru Cemerlang Pendidikan Islam (GCPI) di sekolah rendah dan memahami masalah yang dihadapi oleh GCPI semasa pengajaran tilawah Al-Quran. Kajian ini berbentuk kajian kes dengan menggunakan pendekatan kualitatif sepenuhnya. Tiga GCPI di beberapa sekolah di Negeri Melaka telah dipilih sebagai peserta kajian melalui kaedah persampelan bertujuan. Data dikumpul melalui temu bual separa struktur dan analisis kandungan dokumen. Data ini akhirnya dianalisis secara tematik dengan bantuan perisian ATLAS.ti 9.0. Bagi memastikan kesahan dan keboleh percayaan data, kaedah triangulasi telah digunakan melalui temu bual dan analisis dokumen. Selain itu, semakan pakar dan rakan turut digunakan untuk mengesahkan data tersebut. Hasil kajian menunjukkan ketiga-tiga peserta kajian telah melaksanakan amalan pengajaran tilawah Al-Quran secara sistematik dan holistik melalui empat fasa iaitu fasa permulaan, pengembangan, penilaian dan penutup. Tema yang terhasil daripada data kajian ini dalam pelaksanaan amalan pengajaran tilawah Al-Quran yang terdiri daripada perancangan pengajaran, kaedah pengajaran, interaksi dua hala, latihan, aktiviti PAK21, soal jawab dan pengukuhan. Selain itu, dapatan kajian turut membuktikan bahawa, kesemua peserta kajian telah mengintegrasikan kaedah pengajaran konvensional dan kaedah pengajaran terkini dengan memanfaatkan bahan pengajaran digital dalam amalan pengajaran tilawah al-Quran. Seterusnya sifat mahmudah GCPI menjadi nilai tambah dalam meningkatkan keberkesanan pengajaran tilawah al-Quran. Walaupun GCPI mempunyai kompetensi yang tinggi, namun terdapat beberapa kekangan yang mempengaruhi keberkesanan pengajaran tilawah al-Quran. Cabaran guru dalam pengajaran tilawah al-Quran seperti limitasi masa pelaksanaan aktiviti, limitasi kemampuan murid, limitasi fasiliti, limitasi bahan bantu mengajar dan limitasi kemampuan guru. Implikasi kajian ini dapat memenuhi keperluan semasa kepada Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) khususnya Guru Pendidikan Islam dan dapat memantapkan amalan pengajaran tilawah al-Quran di sekolah rendah. | en_US |
| dc.language.iso | may | en_US |
| dc.publisher | UKM, Bangi | en_US |
| dc.relation | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan | en_US |
| dc.rights | UKM | en_US |
| dc.subject | Islamic education | en_US |
| dc.subject | Qurʼan | en_US |
| dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | en_US |
| dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | en_US |
| dc.title | Amalan pengajaran tilawah al-Quran dalam kalangan guru cemerlang Pendidikan Islam di sekolah rendah | en_US |
| dc.type | Theses | en_US |
| dc.format.pages | 273 | en_US |
| dc.identifier.callno | LC903.S568 2024 tesis | en_US |
| dc.identifier.barcode | 007602 | en_US |
| dc.format.degree | Sarjana Pendidikan | en_US |
| dc.description.categoryoftheses | Access Terbuka/Open Access | en_US |
| Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan | |
Files in This Item:
| File | Description | Size | Format | |
|---|---|---|---|---|
| Amalan pengajaran tilawah Al quran dalam kalangan guru cemerlang pendidikan Islam di sekolah rendah.pdf Restricted Access | Full-text | 3.39 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.