Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/783398
Title: Keberkesanan penggunaan modul komik perniagaan terhadap pencapaian penguasaan fakta murid tingkatan empat
Authors: Chitra Devi Raja Krishnan (P107281)
Supervisor: Radin Siti Aishah Radin A Rahman, Dr.
Norasmah Othman, Prof. Dr.
Keywords: Business education
Academic achievement
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 12-Jun-2024
Abstract: Perniagaan menyumbang kepada peningkatan sumber pendapatan sosioekonomi negara. Oleh yang demikian generasi muda perlu memberi fokus dalam dunia perniagaan untuk melahirkan bakal usahawan yang berjaya pada masa hadapan. Maka pendidikan perniagaan merupakan titik permulaan dalam membentuk peribadi keusahawanan sejak bangku sekolah lagi. Mata pelajaran Perniagaan sering mendapat peratus lulus yang rendah jika dibandingkan dengan mata pelajaran lain. Justeru untuk meningkatkan pencapaian ini, maka pelbagai kaedah pengajaran telah digunakan guru antaranya melalui pendekatan konstruktivisme. Pendekatan ini menjadikan suasana pembelajaran lebih kreatif dan interaktif, seterusnya menarik minat murid untuk menguasai mata pelajaran tersebut. Oleh itu, wujud keperluan menggunakan modul komik perniagaan walaupun keberkesanannya masih belum pasti. Justeru, kajian ini dilaksanakan bagi tujuan mengenal pasti keberkesanan modul komik mata pelajaran Perniagaan tingkatan empat. Reka bentuk kuasi eksperimen digunakan ke atas 60 murid tingkatan 4 melalui teknik persampelan bertujuan. Instrumen kajian pula melibatkan borang soal selidik dan ujian penilaian. Manakala proses kesahan dan kebolehpercayaan item dalam instrumen soal selidik dan ujian penilaian diperoleh melalui proses pengesahan pakar dan kajian rintis. Seterusnya, data dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan inferensi. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penggunaan modul komik berdasarkan dimensi kebergunaan, kepuasan dan kemudahgunaan berada pada tahap min persetujuan yang tinggi. Sementara itu, pencapaian markah ujian pra dan pasca bagi kumpulan kawalan dan rawatan turut menunjukaan perbezaan yang signifikan. Selanjutnya, analisis ujian t- sampel bebas menunjukkan bahawa terdapat perbezaan purata skor pencapaian bagi kumpulan kawalan dan rawatan melalui dua kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berbeza. Ujian regresi berganda juga turut menunjukkan pengaruh yang kuat antara elemen kebergunaan, kepuasan dan kemudahgunaan dengan pencapaian penguasaan fakta murid kumpulan rawatan. Hasil kajian ini jelas terbukti bahawa penggunaan bahan bantu mengajar yang interaktif berasaskan pengajaran dan pembelajaran abad ke 21 dan penerapan nilai-nilai sosial kontruktivisme dapat meningkatkan pencapaian murid. Oleh itu, implikasi kajian ini menyumbang kepada kebolehgunaan teori pengajaran sosial konstruktivisme dalam meningkatkan pencapaian penguasaan fakta mata pelajaran Perniagaan murid tingkatan empat.
Pages: 166
Call Number: HF1106.C485 2024 tesis
Publisher: UKM, Bangi
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/783398
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Keberkesanan penggunaan modul komik perniagaan terhadap pencapaian penguasaan fakta murid tingkatan empat.pdf
  Restricted Access
Full-text1.51 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.