Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/783393
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMohd Izham Mohd Hamzah, Prof. Madya Dr.en_US
dc.contributor.advisorJamalul Lail Abdul Wahaben_US
dc.contributor.authorMohd Fahmi Asyraf Mohd Nor Azmi (P113218)en_US
dc.date.accessioned2026-05-20T06:20:29Z-
dc.date.available2026-05-20T06:20:29Z-
dc.date.issued2024-07-05-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/783393-
dc.description.abstractKepimpinan digital merupakan gaya kepimpinan terkini yang menuntut guru besar untuk mengamalkannya di sekolah bagi mendepani cabaran dunia digital pada masa kini. Kepimpinan digital yang diamalkan oleh guru besar berperanan dalam memastikan guru-guru mengintegrasikan teknologi digital dalam proses pengajaran. Walau bagaimanapun, isu kompetensi digital guru menjadi aspek kritikal yang menghalang pengintegrasian teknologi digital dalam proses pengajaran. Justeru itu, kajian ini bertujuan bagi menentukan tahap amalan kepimpinan digital guru besar dan hubungannya dengan tahap kompetensi digital guru Sekolah Berprestasi Tinggi di Kuala Lumpur. Kajian ini berbentuk kuantitatif dengan menggunakan kaedah tinjauan sebagai reka bentuk kajian. Sampel kajian terdiri daripada 212 orang guru dari tujuh buah sekolah telah dipilih kaedah persampelan rawak sistematik. Borang soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian. Data yang diperoleh telah dianalisis secara deskriptif dan inferensi menggunakan perisian SPSS Versi 28. Dapatan kajian menunjukkan tahap amalan kepimpinan digital guru besar berada pada tahap yang tinggi (min = 4.07). Dapatan juga menunjukkan tahap kompetensi digital guru Sekolah Berprestasi Tinggi di Kuala Lumpur berada pada tahap yang tinggi (min = 4.27). Selain itu, analisis ANOVA menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan amalan kepimpinan digital guru besar berdasarkan faktor demografi. Dapatan juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap kompetensi digital guru berdasarkan faktor demografi. Analisis korelasi Pearson pula menunjukkan bahawa terhadap hubungan positif yang signifikan pada tahap yang sederhana antara kepimpinan digital guru besar dengan tahap kompetensi digital guru (r=0.350). Analisis regresi berganda mendapati bahawa amalan kepimpinan digital merupakan peramal yang menyumbang kepada tahap kompetesi digital guru. Kajian ini membuktikan bahawa amalan kepimpinan digital dalam kalangan guru besar memainkan peranan yang penting dalam meningkatan tahap kompetensi digital guru. Implikasi kajian ini ialah guru besar perlu memberikan sokongan secara berterusan dan latihan yang sesuai perlu kepada guru-guru untuk meningkatkan tahap kompetensi digital guru. Kesimpulannya, amalan kepimpinan digital perlu diamalkan oleh guru besar yang kerana ia memberi impak positif dalam meningkatkan tahap kompetensi digital guru.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Bangien_US
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikanen_US
dc.rightsUKMen_US
dc.rightsAccess Terbuka/Open Access-
dc.subjectEducational leadershipen_US
dc.subjectSchool management and organizationen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations -- Academic -- Malaysiaen_US
dc.titlePersepsi guru terhadap amalan kepimpinan digital guru besar dan hubungannya dengan tahap kompetensi digital guru sekolah berprestasi tinggi di Kuala Lumpuren_US
dc.typeThesesen_US
dc.rights.holderUKM-
dc.format.pages169en_US
dc.identifier.callnoLB2806.M6349 2024 tesisen_US
dc.identifier.barcode007579en_US
dc.format.degreeSarjana Pendidikanen_US
dc.description.categoryofthesesAccess Terbuka/Open Accessen_US
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan



Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.