Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/783333
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorAzian Abd.Latiff, Prof. Madya Dr.en_US
dc.contributor.advisorMohd.Roslan Sulaiman, Prof. Dr.en_US
dc.contributor.authorMohamed Hanief Khalid (P45004)en_US
dc.date.accessioned2026-05-15T07:32:50Z-
dc.date.available2026-05-15T07:32:50Z-
dc.date.issued2012-10-04-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/783333-
dc.description.abstractZingiber zerumbet (L.) Smith, spesis halia liar dan dikenali dengan nama "lempoyang", biasanya digunakan didalam perubatan tradisional Melayu sebagai pembuka selera atau untuk mengubati sakit perut, sakit gigi, terseliuh, dan juga untuk merawat bengkak dan luka. Kajian ini dilaksanakan bagi menguji aktiviti antinosiseptif minyak pati Zingiber zerumbet (EOZZ) dan menganalisa beberapa mekanisma yang mungkin berkaitan dengannya. Dalam kajian ini, kesan EOZZ ke atas aktiviti antinosiseptif dinilai menggunakan model nosisepsi kimia, iaitu ujian penggeliatan abdomen aruhan asid asetik dan ujian penjilatan tapak kaki aruhan formalin. Rawatan EOZZ yang diberi secara intraperitoneal (i.p.) dan secara oral (p.o.) pada dos 50, 100, 200 and 300 mg/kg menghasilkan perencatan bersandarkan dos pada aktiviti antinosiseptif dalam ujian penggeliatan abdomen aruhan asid asetik dengan pemberian secara i.p. didapati lebih berkesan. Pada dos yang sama, EOZZ menghasilkan perencatan bersandarkan dos yang signifikan dalam ujian penjilatan tapak kaki aruhan formalin dengan merencat kedua-dua fasa neurogenik dan inflamatori ujian tersebut. Ujian rota-rod pula mengesahkan aktiviti EOZZ tidak melibatkan sebarang kesan sedatif mahupun relaksan otot. Kajian ketoksikan akut dan sub- akut tidak menghasilkan sebarang kesan ketoksikan yang signifikan walaupun pada dos yang tinggi, menggambarkan EOZZ mempunyai batas keselamatan yang baik. Suntikan kapsaisin, glutamat dan forbol 12- miristat 13-asetat(FMA) secara intraplantar (i.pl.) juga menghasilkan corak perencatan yang sama pada aktiviti antinosiseptif. Juga dibuktikan dalam kajian ini, pra-rawatan L-arginina dan glibenklamida merencat kesan antinosiseptif EOZZ secara signifikan, mencadangkan aktiviti antinosiseptif aruhan EOZZ mungkin berkaitan dengan kemampuannya dalam merencat laluan L-arginina/nitrik oksida, diikuti pengaktifan saluran K* sensitif ATP. Kajian pada sistem GABAergik mendapati EOZZ memodulasi perencatan menurun menerusi reseptor GABAA, bukan GABAB.Ekspresi c-fos, protein penanda pengaktifan neuron, dikaji secara imunohistokimia pada kawasan tanduk dorsal korda spina pada tikus yang diberi rawatan EOZZ. Kajian mendapati kumpulan rawatan EOZZ menghasilkan perencatan yang signifikan dalam tingkah laku nosiseptif aruhan formalin dan juga menurunkan ekspresi protein c-fos jika dibandingkan dengan kumpulan kawalan. Berdasarkan data-data ini, boleh dirumuskan bahawa EOZZ mempunyai aktiviti antinosiseptif periferi dan sentral seterusnya mewajarkan kegunaannya dalam budaya setempat untuk melegakan kesakitan.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Kuala Lumpuren_US
dc.relationFaculty of Medicine / Fakulti Perubatanen_US
dc.rightsUKMen_US
dc.rightsTerhad/Restricted-
dc.subjectAnalgesicsen_US
dc.subjectPain Managementen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titleMekanisme aktiviti antinosiseptif yang diaruh oleh minyak pati zingiber zerumbeten_US
dc.typeThesesen_US
dc.rights.holderUKM-
dc.description.notesTesis ini tidak ada "Perakuan Tesis Sarjana"en_US
dc.format.pages102en_US
dc.identifier.callnoQS20.5.M697m 2012 9HUKM tesisen_US
dc.identifier.barcode00002210159en_US
dc.format.degreeIjazah Sarjana Sains Perubatanen_US
dc.description.categoryofthesesTerhad/Restricteden_US
Appears in Collections:Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Mekanisme aktiviti antinosiseptif yang diaruh oleh minyak pati zingiber zerumbet.pdf
  Restricted Access
Partial4.05 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.