Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/783328Full metadata record
| DC Field | Value | Language |
|---|---|---|
| dc.contributor.advisor | Khadijah Shamsuddin, Prof. Madya Dr. | en_US |
| dc.contributor.author | Rosliza Abdul Manaf (P24489) | en_US |
| dc.date.accessioned | 2026-05-15T02:10:36Z | - |
| dc.date.available | 2026-05-15T02:10:36Z | - |
| dc.date.issued | 2005-03-27 | - |
| dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/783328 | - |
| dc.description.abstract | Fenomena wanita merokok terutamanya wanita muda yang tinggal di bandar sudah menjadi suatu kebiasaan pada masakini. Tujuan kajian ini dijalankan ialah untuk mengukur prevalens perokok wanita serta faktor-faktor yang mempengaruhinya. Kajian telah dijalankan di kalangan pelajar-pelajar wanita Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) sekitar Kuala Lumpur dan Selangor yang mewakili wanita muda yang tinggal di bandar. Satu kajian irisan lintang dengan pensampelan rawak mudah berperingkat telah dijalankan di tiga IPTS pada tahun 2005. Ujian analisa kandungan karbon monoksida dalam udara pernafasan dan borang soalselidik yang diisi sendiri oleh responden telah digunakan dalam pengumpulan data. Sejumlah 408 orang pelajar wanita IPTS yang berumur 18 hingga 25 tahun terlibat dalam kajian ini. Prevalens pernah merokok di kalangan wanita muda dalam kajian ini ialah 27.2% dan perokok semasa ialah 18.6%. Umur purata mula merokok ialah 15.9 ± 2.8 tahun dan sebab utama mereka mula merokok ialah untuk keseronokan dan atas desakan teman. Analisis menunjukkan faktor individu yang boleh mempengaruhi tabiat merokok secara signifikan ialah mempunyai kuasa membeli yang tinggi dan kecenderungan untuk menyukai imej kurus. Responden yang mempunyai kawan baik perokok (OR=4.3, 95% CI=2.1-8.6) dan adik-beradik lelaki perokok (OR=2.4, 95% CI=1.2- 4.7) mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk merokok. Lebih ramai perokok mempunyai anggapan bahawa tabiat wanita merokok diterima oleh masyarakat (OR=2.8, 95% CI=1.4-5.5) berbanding dengan bukan perokok. Iklan rokok juga didapati mempengaruhi tabiat merokok seseorang di mana lebih ramai perokok memiliki barangan berjenama rokok (OR=3.2, 95% CI=1.4-7.3) dan lebih ramai perokok pernah ditawarkan rokok percuma oleh promoter syarikat rokok (OR=2.2, 95% CI=1.1-4.8). Hasil kajian menunjukkan risiko seseorang perokok itu untuk terlibat dengan tingkahlaku negatif adalah lebih tinggi berbanding dengan bukan perokok iaitu 3.9 kali ganda risiko untuk keluar lewat malam, 27 kali ganda risiko untuk mengunjungi disko dan pub, 8.5 kali ganda risiko untuk melakukan hubungan seks luar nikah, 7.9 kali ganda risiko untuk minum alkohol serta 16.5 kali ganda risiko bahan-bahan yang boleh untuk terlibat dengan penyalahgunaan bahan-bahan mengkhayalkan. Hasil kajian menunjukkan bahawa prevalens perokok wanita adalah tinggi di kalangan pelajar-pelajar wanita IPTS yang tinggal di bandar iaitu 18.6% jika dibandingkan dengan prevalens perokok wanita kebangsaan iaitu 3.5%. Dari kajian ini, beberapa faktor yang berpotensi mempengaruhi golongan ini untuk merokok telah dikenalpasti dan maklumat ini boleh digunakan untuk merangka program pencegahan yang lebih berkesan bagi wanita muda yang tinggal di bandar. | en_US |
| dc.language.iso | may | en_US |
| dc.publisher | UKM, Kuala Lumpur | en_US |
| dc.relation | Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan | en_US |
| dc.rights | UKM | en_US |
| dc.rights | Terhad/Restricted | - |
| dc.subject | Smoking -- Malaysia | en_US |
| dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | en_US |
| dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | en_US |
| dc.title | Kajian merokok serta faktor-faktor yang mempengaruhinya di kalangan pelajar wanita Institusi Pengajian Tinggi Swasta di Kuala Lumpur dan Selangor | en_US |
| dc.type | Theses | en_US |
| dc.rights.holder | UKM | - |
| dc.description.notes | Tesis ini tidak ada "Perakuan Tesis Sarjana" | en_US |
| dc.format.pages | 145 | en_US |
| dc.identifier.callno | HV5740.R788k 2006 n.1 9HUKM tesis | en_US |
| dc.identifier.barcode | 00001402169 | en_US |
| dc.format.degree | Ijazah Sarjana Kesihatan Masyarakat | en_US |
| dc.description.categoryoftheses | Terhad/Restricted | en_US |
| Appears in Collections: | Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan | |
Files in This Item:
| File | Description | Size | Format | |
|---|---|---|---|---|
| Kajian merokok serta faktor-faktor yang mempengaruhinya di kalangan pelajar wanita Institusi Pengajian Tinggi Swasta di Kuala Lumpur dan Selangor.pdf Restricted Access | Partial | 7.37 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.