Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/783247
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMohd Farhan Md Ariffin, Dr.en_US
dc.contributor.authorFadzil Sohar (P106142)en_US
dc.date.accessioned2026-05-07T01:47:02Z-
dc.date.available2026-05-07T01:47:02Z-
dc.date.issued2025-07-09-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/783247-
dc.description.abstractKajian terdahulu mengenai modal insan berintegriti lebih menjurus pada perbincangan umum dengan mengambil teori daripada barat. Justeru kajian yang sedemikian hanya terbatas pada pencapaian manusia di alam dunia sedangkan destinasi hidup muslim adalah kejayaannya di alam akhirat. Kajian tersebut tidak menepati tujuan penciptaan manusia di dunia ini kerana ia mementingkan pada pencapaian serta kejayaan yang dinilai manusia. Sebagai seorang muslim, kehidupan di dunia bukan sekadar bermuamalah sesama manusia tetapi diperluaskan dengan hubungan dengan Tuhan. Objektif kajian ini adalah untuk mengaitkan maksud integriti dengan personaliti muslim sejati sebagaimana yang disifatkan oleh Rasulullah SAW. Empat sifat yang menjadi tumpuan kajian iaitu muhasabah, sabar, kejujuran dan syukur digabungkan menjadi satu elemen paling utama iaitu sifat amanah dengan disertakan dalil daripada hadis nabi yang sahih. Selain daripada itu, kajian ini juga menekankan kepentingan institusi masjid bagi melahirkan modal insan berintegriti yang dapat menjadi suri tauladan dalam masyarakat. Metode kajian ini adalah kajian kualitatif. Seramai empat orang individu berpengaruh dan berperanan besar dalam Bahagian Pengurusan Masjid dan Surau Jabatan agama Johor telah dipilih untuk menjalani sesi temu bual bagi mengetahui kefahaman mereka tentang maksud integriti. Dapatan keseluruhan kajian ini menggambarkan bahawa memaksimakan fungsi masjid sebagai tempat yang utama untuk melahirkan generasi muslim sejati perlu dilaksanakan agar matlamat tersebut akan terealisasi dengan jayanya. Justeru apabila generasi muslim sejati ini berjaya dibentuk, maka sifat amanah yang menjadi teras integriti akan menjadi identiti utama kemenjadian mereka. Cadangan kajian agar institusi selain masjid yang berfungsi seperti masjid contohnya surau dan musolla diberi tanggungjawab yang sama dalam melahirkan modal insan berintegriti dari sudut aktiviti pengimarahan kerana lokasi tempat tersebut lebih dekat dengan masyarakat. Kesimpulannya mengimarahkan masjid dan yang seumpama dengannya memberi impak besar dalam masyarakat kerana dapat menghasilkan individu yang beketerampilan memimpin ummah selari dengan syariat Islam.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Bangien_US
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islamen_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectMosque officers -- Malaysia -- Johoren_US
dc.subjectHadith --Textsen_US
dc.subjectIntegrity -- Religious aspects -- Islamen_US
dc.subjectMosques -- Malaysia -- Johor -- Organization and administrationen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titlePembangunan modal insan berintegriti menurut perspektif al-Hadith: peranan dan cabaran institusi masjid di Johoren_US
dc.typeThesesen_US
dc.format.pages161en_US
dc.identifier.callnoBP185.F339 2025 tesisen_US
dc.identifier.barcode007805en_US
dc.format.degreeSarjana Pengajian Islam (Pengajian Al-Quran dan Al-Sunnah)en_US
dc.description.categoryofthesesAccess Terbuka/Open Accessen_US
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Pembangunan modal insan berintegriti menurut perspektif Al ḥadith peranan dan cabaran institusi masjid di Johor.pdf
  Restricted Access
Full-text150.92 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.