Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/783246| Title: | Pelaksanaan rukhsah dalam isu ibadah mangsa banjir di pusat pemindahan sementara |
| Authors: | Illiyin Samsudin (P113047) |
| Supervisor: | Muhammad Adib Samsudin, Dr. |
| Keywords: | Conditions (Islamic law) Remission (Islamic law) Obligations (Islamic law) Islam -- Customs and practices Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
| Issue Date: | 25-Jun-2025 |
| Abstract: | Kitab-kitab fiqah tidak membincangkan secara khusus aplikasi pelaksanaan rukhsah berkaitan menutup aurat, bersuci dan solat ketika banjir di pusat pemindahan sementara. Walaupun begitu, pelaksanaan rukhsah ketika menghadapi kesulitan tetap berlaku dalam pelbagai situasi termasuk kesukaran yang dihadapi oleh mangsa banjir di pusat pemindahan sementara. Ini menunjukkan mangsa banjir sebahagiannya faham dan sebahagian yang lain kurang faham mengenai pelaksanaan rukhsah di pusat pemindahan sementara. Pada masa yang sama, ada kemungkinan terdapat perkaitan antara tahap kefahaman dengan tahap pengamalan yang menyebabkan sebahagian beramal dan sebahagian mangsa banjir tidak mengamalkan rukhsah. Sehubungan itu, objektif kajian ini ialah mengenalpasti konsep rukhsah berkaitan menutup aurat, bersuci dan solat ketika banjir di pusat pemindahan sementara Sri Medan, Batu Pahat, menganalisis tahap kefahaman konsep rukhsah dalam pelaksanaan hukum hakam khusus berkaitan aurat, bersuci dan solat dalam kalangan mangsa banjir di pusat pemindahan sementara Sri Medan, Batu Pahat, menganalisis tahap pengamalan konsep rukhsah dalam pelaksanaan hukum hakam khusus berkaitan aurat, bersuci dan solat dalam kalangan mangsa banjir di pusat pemindahan sementara Sri Medan, Batu Pahat dan menganalisis hubungan antara tahap kefahaman dengan tahap pengamalan konsep rukhsah berkaitan aurat, bersuci dan solat dalam kalangan mangsa banjir di pusat pemindahan sementara Sri Medan, Batu Pahat. Kajian ini merupakan sebuah kajian kuantitatif dan kualitatif yang menggunakan reka bentuk kajian tinjauan menerusi pendekatan soal selidik dan temu bual. Kajian dijalankan di Seri Medan dan melibatkan 291 orang responden yang terdiri daripada mangsa banjir beragama Islam yang berada di pusat pemindahan sementara. Pendekatan temu bual digunakan untuk mendapatkan data daripada pandangan ahli akademik mengenai konsep rukhsah berkaitan menutup aurat, bersuci dan solat ketika banjir di pusat pemindahan sementara. Hasil data temu bual menunjukkan keringanan dalam menutup aurat bagi mangsa banjir wanita ialah mereka dibenarkan mendedahkan pergelangan tangan hingga ke siku. Manakala buku lali diharuskan untuk dibuka ketika berkeperluan sahaja. Berkaitan bersuci, mangsa banjir dibenarkan untuk beristinjak menggunakan selain air. Keringanan dalam solat pula, mangsa banjir dibenarkan solat jamak suri dan jamak tanpa qasar. Pendekatan soal selidik pula diedarkan kepada mangsa banjir dianalisis menggunakan perisian SPSS 29.0. Hasil analisis tahap deskriptif menunjukkan majoriti mangsa banjir di pusat pemindahan sementara mempunyai tahap kefahaman yang tinggi. Manakala tahap pengamalan mangsa banjir berada pada tahap sederhana. Seterusnya hasil kajian mendapati hubungan antara tahap kefahaman dan tahap pengamalan dalam bersuci adalah tidak signifikan dengan nilai r =-0.011 dan p > 0.05. Dapatan hubungan dalam solat dan aurat adalah signifikan dengan nilai solat r = -0.179 dan p < 0.05 dan aurat r = 0.291 dan p < 0.05. Kajian ini diharapkan dapat membantu pengkaji fiqh semasa untuk menyusun parameter aplikasi konsep rukhsah dalam perintah menutup aurat, bersuci dan solat bagi mangsa banjir di pusat pemindahan sementara. |
| Pages: | 210 |
| Call Number: | BP158.C5924I435 2025 tesis |
| Publisher: | UKM, Bangi |
| URI: | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/783246 |
| Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
| File | Description | Size | Format | |
|---|---|---|---|---|
| Pelaksanaan rukhsah dalam isu ibadah mangsa banjir di pusat pemindahan sementara.pdf Restricted Access | Partial | 912.96 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.