Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/783243
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorSabri Mohamad, Dr.en_US
dc.contributor.advisorHamdi Ishak, Prof. Madya Dr.en_US
dc.contributor.authorNor Mazlan Abdul Hamid (P124723)en_US
dc.date.accessioned2026-05-07T01:38:08Z-
dc.date.available2026-05-07T01:38:08Z-
dc.date.issued2025-07-08-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/783243-
dc.description.abstractKemampuan membaca al-Quran adalah sangat penting supaya setiap anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) boleh mempraktikkannya dengan betul. Oleh itu, ATM telah menggunakan Modul CBQ 2 sebagai satu pendekatan untuk mempertingkatkan tahap kemampuan membaca al-Quran dalam kalangan anggota tentera. Permasalahan utama yang dikenal pasti adalah tahap kemampuan membaca al-Quran dalam kalangan anggota tentera masih membimbangkan dan perlu diberi perhatian yang serius. Berdasarkan statistik tahap kebolehan bacaan al-Quran yang telah dikeluarkan oleh Markas ATM melalui Sel Agama Tentera Darat (TD), bagi tahun 2023 dan 2024 menunjukkan lebih 76% anggota TD masih belum mencapai tahap lancar dalam bacaan al-Quran. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara kandungan Modul CBQ 2, sokongan pengurusan atasan dan peranan jurulatih dengan peningkatan kemampuan membaca al-Quran dalam kalangan anggota ATM. Reka bentuk kajian ialah kuantitatif dengan menggunakan pendekatan tinjauan. Pengumpulan data melalui borang soal selidik yang telah diedarkan kepada 561 orang responden terdiri daripada anggota yang telah menyertai kursus CBQ 2. Seterusnya data yang diperolehi telah dianalisis melalui teknik statistik deskriptif, korelasi Pearson, ujian-t, ANOVA sehala dan regresi berganda melalui perisian Statistical Packages for Social Science (SPSS) versi 30.0. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap kandungan modul (r = 0.631), sokongan pengurusan atasan (r = 0.622) dan peranan jurulatih (r = 0.662) berada pada tahap tinggi. Ini menunjukkan bahawa pengajaran dan pembelajaran (PdP) menggunakan Modul CBQ 2 boleh meningkatkan kemampuan membaca al-Quran dalam kalangan anggota ATM. Kesimpulan kajian ini membuktikan bahawa kandungan modul, sokongan pengurusan atasan dan peranan jurulatih mempunyai hubungan yang signifikan bagi meningkatkan kemampuan membaca al-Quran dalam kalangan anggota ATM dengan menggunakan Modul CBQ 2. Ini selaras dengan Dasar Pembinaan Mental dan Kerohanian Islam (DPMKI) yang menekankan kepentingan kemampuan membaca al-Quran dalam kalangan warga ATM, sekaligus memperkukuh pembangunan sahsiah mereka sebagai benteng pertahanan negara.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Bangien_US
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islamen_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectQur'an -- Readingsen_US
dc.subjectQur'an -- Study and teachingen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titleHubungan modul cepat baca al-Quran 2 dengan kemampuan membaca al-Quran dalam kalangan Angkatan Tentera Malaysiaen_US
dc.typeThesesen_US
dc.format.pages148en_US
dc.identifier.callnoBP131.5.N6776 2025 tesisen_US
dc.identifier.barcode007800en_US
dc.format.degreeSarjana Pengajian Islamen_US
dc.description.categoryofthesesAccess Terbuka/Open Accessen_US
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Hubungan modul cepat baca Al quran 2 dengan kemampuan membaca Al quran dalam kalangan angkatan tentera Malaysia.pdf
  Restricted Access
Full-text3.58 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.