Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/783238
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorZaini Nasohah, Prof. Madya Dr.en_US
dc.contributor.advisorNik Abdul Rahim Nik Abdul Ghani, Dr.en_US
dc.contributor.authorNur Hazirah Zainal Abidin (P99720)en_US
dc.date.accessioned2026-05-07T01:23:36Z-
dc.date.available2026-05-07T01:23:36Z-
dc.date.issued2025-04-26-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/783238-
dc.description.abstractPelanggaran fatwa merupakan suatu kesalahan di bawah undang-undang jenayah syariah di Malaysia. Jika pelanggaran berlaku, maka penguatkuasaan perlu dilakukan bagi membendung perkara tersebut. Namun demikian, pelaksanaan penguatkuasaan itu mempunyai banyak cabaran. Kajian ini bertujuan mengkaji autoriti fatwa dalam institusi pemerintahan, mengkaji prosedur penguatkuasaan fatwa di Wilayah Persekutuan, menganalisis kategori fatwa yang telah dikuatkuasakan di Wilayah Persekutuan dan menganalisis cabaran penguatkuasaan fatwa setelah diwartakan di Wilayah Persekutuan. Kajian ini merupakan kajian kualitatif dengan menggunakan pendekatan analisis kandungan dalam mengumpulkan data. Metode yang digunakan dalam kajian ini ialah analisis dokumen yang diperoleh daripada sumber primer dan sekunder. Data-data tersebut dianalisis secara induktif dan deduktif. Selain itu, pengumpulan data dilakukan secara temu bual separa berstruktur. Data tersebut dianalisis menggunakan teknik pengkodan hasil daripada interpretasi data temu bual yang telah dibuat. Hasil kajian mendapati, mufti bertanggungjawab dalam memastikan fatwa yang dikeluarkan adalah selaras dengan kehendak hukum syarak dan memberikan panduan yang tepat dalam urusan-urusan yang melibatkan umat Islam di Wilayah Persekutuan. Mufti turut memberikan nasihat kepada kerajaan dalam merangka dasar-dasar yang melibatkan hal ehwal agama Islam. Autoriti fatwa dalam institusi pemerintahan di Wilayah Persekutuan menjelaskan tanggungjawab mufti dalam membantu dan menasihati Yang Di Pertuan Agong dalam perkara yang melibatkan hukum syarak. Hal berkaitan fatwa serta autoriti yang diberikan kepada institusi fatwa adalah menerusi peruntukan Akta di Wilayah-Wilayah Persekutuan. Berdasarkan limitasi tempoh kajian, hanya tiga kes fatwa di bawah kategori akidah yang membabitkan pelanggaran fatwa dan telah dibuat penguatkuasaan di Wilayah Persekutuan. Namun, hanya dua kes kesalahan akidah yang sampai ke peringkat pendakwaan. Ini bermakna, tidak banyak kes pelanggaran fatwa yang diwarta telah dibuat penguatkuasaan dan berjaya sehingga ke peringkat pendakwaan. Perkara ini boleh menimbulkan persepsi negatif di kalangan masyarakat Islam terhadap kesungguhan pihak berkuasa agama dalam mengurus hal berkaitan isu penguatkuasaan fatwa. Manakala cabaran utama yang dihadapi di peringkat Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) ialah kesukaran dalam memenuhi elemen pembuktian kesalahan fatwa, kurang kepakaran khusus dalam hal berkaitan dengan penyiasatan dan risikan serta kekurangan kakitangan Pegawai Penguatkuasa Agama. Keadaan ini memberi kesan kepada Bahagian Penguatkuasaan dalam melaksanakan penguatkuasaan fatwa di negeri ini. Oleh kerana itu, Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) perlu membuat penambahbaikan dalam isu-isu yang dibangkitkan agar undang-undang dan peraturan yang ditetapkan dapat memberi keadilan dan dihormati semua pihak.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Bangien_US
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islamen_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectFatwas -- Malaysia -- Wilayah Persekutuanen_US
dc.subjectAdvisory opinions (Islamic law) -- Malaysia -- Wilayah Persekutuanen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titlePenguatkuasaan fatwa setelah diwartakan di Wilayah Persekutuanen_US
dc.typeThesesen_US
dc.format.pages306en_US
dc.identifier.callnoBP158.F3.N877 2025 tesisen_US
dc.identifier.barcode007795en_US
dc.format.degreePh.Den_US
dc.description.categoryofthesesAccess Terbuka/Open Accessen_US
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Penguatkuasaan fatwa setelah diwartakan di Wilayah Persekutuan.pdf
  Restricted Access
Full-text2.59 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.