Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/783237| Title: | Pemerkasaan institusi tahfiz al-Quran di negeri Selangor melalui Dasar Pendidikan Tahfiz Negara (DPTN) |
| Authors: | Muhammad Hafiz Muhammad Haneefa (P70909) |
| Supervisor: | Wan Nasyrudin Wan Abdullah, Dr. Sabri Mohamad, Dr. Mohd Faizulamri Mohd Saad, Dr. |
| Keywords: | Qur'an -- Memorizing Islamic education -- Malaysia Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
| Issue Date: | 19-Jun-2025 |
| Abstract: | Dasar Pendidikan Tahfiz Negara adalah satu usaha Kerajaan Malaysia bagi memberi pengiktirafan kepada institusi tahfiz. Namun aliran pendidikan ini bergerak secara bersendirian dan mempunyai model dan kurikulum yang berbeza mengikut halatuju institusi masing-masing. Terdapat pelbagai cabaran yang dihadapi oleh institusi tahfiz al-Quran seperti isu pendaftaran JAIS, tiada pengiktirafan pensijilan tahfiz peringkat menengah, masalah pengurusan pentadbiran dan keselamatan. Justeru, kajian ini dilakukan bagi mengenalpasti sejarah tahfiz dan mengkaji cabaran yang dihadapi oleh institusi tahfiz al-Quran di Negeri Selangor. Kajian ini juga menganalisis sumbangan Persatuan Institusi Tahfiz al-Quran Negeri Selangor (PITAS) dalam memperkasakan pendidikan tahfiz di Negeri Selangor. Kajian ini merupakan kajian kualitatif menggunakan reka bentuk kajian kes. Pengumpulan data dilakukan melalui dokumen dokumen yang diperolehi daripada pihak berautoriti dan juga temubual dengan pakar pakar berkaitan dengan pengesahan tema menggunakan cohen kappa. Data kajian pula dianalisis secara deskriptif dan tema. Dapatan kajian menunjukkan terdapat tujuh model tahfiz yang digunakan di Negeri Selangor dengan model tahfiz sepenuh masa yang tertinggi. Terdapat juga pelbagai kurikulum dan kaedah hafazan yang tidak seragam menjadikan kualiti pendidikan dan penilaian tidak setara. Kajian ini diharapkan dapat memberi solusi kepada pihak berwajib dalam mewujudkan satu standard pengurusan, kurikulum dan penilaian di institusi tahfiz persendirian di Negeri Selangor. |
| Pages: | 297 |
| Call Number: | LC915.M33.M848 2025 tesis |
| Publisher: | UKM, Bangi |
| URI: | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/783237 |
| Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
| File | Description | Size | Format | |
|---|---|---|---|---|
| Pemerkasaan institusi tahfiz Al quran di negeri Selangor melalui dasar pendidikan tahfiz negara DPTN.pdf Restricted Access | Partial | 36.55 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.