Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/783205| Title: | Penilaian kualiti dan cabaran penyumber luaran sistem maklumat hospital awam Malaysia |
| Authors: | Muhd Siv Azhar Merican Abdullah (P107701) |
| Supervisor: | Mohd Rizal Abdul Manaf, Prof. Dr. Azimatun Noor Aizuddin, Prof. Dr. |
| Keywords: | Hospital Information Systems Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
| Issue Date: | 23-Apr-2026 |
| Abstract: | Kualiti Sistem Maklumat Hospital (SMH) yang disumberluarkan di hospital awam merupakan faktor penentu kritikal dalam penjagaan kesihatan di negara membangun, namun masih kurang dikaji. Kajian ini meneliti kualiti SMH di hospital awam Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), berpandukan Model Kejayaan Sistem Maklumat DeLone dan McLean 2003 (D&M), Teori Agensi, dan Teori Kos Transaksi Ekonomi, dengan empat objektif: menentukan tahap kualiti sistem, maklumat, perkhidmatan, kebergunaan, dan kepuasan pengguna; menguji peranan kepuasan pengguna sebagai pengantara; menilai peranan pengalaman ICT dan latihan sebagai penyederhana; serta meneroka cabaran pelaksanaan penyumberluaran. Kajian menggunakan reka bentuk kaedah campuran penjelasan berurutan. Fasa 1 melibatkan soal selidik terhadap 1,376 kakitangan klinikal dan bukan klinikal di enam hospital awam merentas tiga zon geografi, dianalisis menggunakan CB-SEM melalui SPSS dan AMOS. Fasa 2 menjalankan temu bual mendalam bersama 15 informan dan semakan dokumen di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS), dipilih berdasarkan dapatan ANOVA post-hoc Fasa 1. Dapatan menunjukkan ketiga-tiga dimensi kualiti berada pada tahap sederhana iaitu Kualiti Sistem (min = 5.43), Kualiti Maklumat (min = 6.28), dan Kualiti Perkhidmatan (min = 6.25) di mana Kualiti Sistem dan Kualiti Perkhidmatan merupakan peramal signifikan terhadap Kepuasan Pengguna (β = 0.477 dan β = 0.438–0.481), manakala Kualiti Maklumat tidak signifikan akibat ketiadaan integrasi antara sistem dalam persekitaran klinikal multi-sistem. Manfaat Bersih mencatatkan min tertinggi (7.60), mencerminkan fenomena resigned satisfaction berbanding kepuasan aktif berasaskan kualiti. ANOVA mengenal pasti dua kumpulan hospital berbeza: Kumpulan A (min = 5.75–5.89) dan Kumpulan B (min = 6.12–6.18), manakala pengalaman ICT dan latihan tidak berfungsi sebagai penyederhana yang signifikan. Dapatan kualitatif mengenal pasti tujuh cabaran sistemik, termasuk caj change request berbayar, perkakasan lapuk, downtime sistem, ketiadaan integrasi antara sistem, peruntukan naik taraf tidak mencukupi, digital dependency trap, dan masalah multi-principal dalam kelulusan belanjawan. Kajian ini menyumbang secara teoritikal melalui pengembangan model D&M dalam konteks SMH yang disumberluarkan di negara membangun, serta secara praktikal dengan mengesyorkan klausa naik taraf teknologi mandatori dalam kontrak penyumberluaran dan penggunaan piawaian interoperabiliti HL7 FHIR. |
| Notes: | e-tesis |
| Pages: | 272 |
| Publisher: | UKM, Kuala Lumpur |
| URI: | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/783205 |
| Appears in Collections: | Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan |
Files in This Item:
| File | Description | Size | Format | |
|---|---|---|---|---|
| Penilaian kualiti dan cabaran penyumber luaran sistem maklumat hospital awam Malaysia.pdf Restricted Access | Partial | 1.65 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.