Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/783204
Title: Pembangunan dan kebolehgunaan modul realiti maya bagi menyokong keperluan spiritual pesakit muslim yang sedang menjalani rawatan hemodialisis di Pusat Hemodialisis MAIWP
Authors: Rozaine Osman (P114384)
Supervisor: Siti Zuhaida, Dr.
Ariff Atarhim, Dr.
Zainal Rasyid, Dr.
Keywords: Kidney Diseases
Renal Dialysis
Virtual Reality Exposure Therapy
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 6-Apr-2026
Abstract: Penyakit Buah Pinggang Kronik (CKD) merupakan masalah kesihatan yang semakin membimbangkan di Malaysia, dengan lebih 3.8 juta rakyat terjejas kebanyakannya akibat diabetes dan hipertensi. Rawatan hemodialisis yang berpanjangan memberi impak bukan sahaja kepada fizikal, tetapi turut menjejaskan kesejahteraan emosi dan spiritual pesakit. Bagi pesakit Muslim, amalan doa, zikir dan refleksi diri berperanan sebagai sumber kekuatan spiritual dalam menghadapi cabaran penyakit kronik. Namun, kekangan masa, keletihan fizikal dan jadual rawatan yang padat sering membatasi penglibatan aktif dalam amalan spiritual. Justeru, kajian ini dilaksanakan untuk membangunkan dan menilai kebolehgunaan aplikasi realiti maya (VR) berasaskan elemen spiritual Islam sebagai satu bentuk sokongan inovatif bagi meningkatkan pengalaman spiritual pesakit hemodialisis. Kajian ini menggunakan pendekatan Design and Development Research (DDR) yang melibatkan tiga fasa. Fasa pertama menumpukan analisis keperluan melalui temu bual separa berstruktur dengan 14 pesakit Muslim bagi mengenal pasti elemen spiritual utama. Fasa kedua melibatkan reka bentuk dan pembangunan kandungan spiritual VR berdasarkan dapatan fasa pertama, diikuti proses pengesahan pakar menggunakan kaedah Fuzzy Delphi melibatkan 11 pakar dari pelbagai disiplin. Fasa ke tiga menilai kebolehgunaan dan keberkesanan intervensi VR memalui kajian eksperimental benar melibatkan 100 responden dalam fasa ketiga yang dibahagikan kepada kumpulan intervensi (n = 50) dan kumpulan kawalan (n = 50). Dapatan menunjukkan peningkatan signifikan dalam pengalaman spiritual harian peserta intervensi (DSES = 4.89) dan skor keberkesanan VR (β±SE = 5.27, p <0.001). Ujian kebolehgunaan turut menunjukkan aplikasi berada pada tahap sederhana dengan ketidakselesaan fizikal yang minimum, menunjukkan potensi praktikal VR dalam persekitaran rawatan sebenar. Kajian ini mengisi jurang literatur dengan menyediakan intervensi VR Islamik yang bukan sahaja memaparkan kandungan spiritual, tetapi terbukti secara empirik meningkatkan kesejahteraan spiritual dalam konteks rawatan dialisis. Nilai tambah utama kajian ini ialah penemuan bahawa integrasi zikir, doa, selawat dan visualisasi ibadah dan keindahan alam semula jadi dalam VR mampu menyokong ketenangan jiwa, mengurangkan tekanan rawatan serta memudahkan pesakit mengekalkan amalan spiritual meskipun berhadapan keterbatasan fizikal. Hasil membuktikan bahawa VR Islamik ialah pendekatan inovatif yang berpotensi memperkukuhkan penjagaan kesihatan holistik dan spiritual, serta memperdalamkan hubungan pesakit dengan Allah secara lebih bermakna berbanding pendekatan tradisional.
Notes: e-tesis
Pages: 263
Publisher: UKM, Kuala Lumpur
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/783204
Appears in Collections:Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan



Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.