Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/783189
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMohd Helmy Mokhtar, Prof. Madya Dr.en_US
dc.contributor.advisorAzizah Ugusman, Prof. Madya Dr.en_US
dc.contributor.authorAllia Najmie Muhammad Yusuf (P113463)en_US
dc.date.accessioned2026-04-30T04:34:29Z-
dc.date.available2026-04-30T04:34:29Z-
dc.date.issued2026-04-14-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/783189-
dc.description.abstractKesediaan endometrium adalah suatu tempoh terhad yang berlaku apabila endometrium berada dalam keadaan kondusif untuk penempelan embrio berlaku. Sebarang gangguan kepada reseptor steroid seks atau tapak jalan pengisyaratan faktor rencatan leukemia (LIF) semasa tempoh ini boleh menjejaskan kejayaan proses penempelan. Gangguan biosintesis androgen seperti hiperandrogenisme, dikaitkan dengan disfungsi endometrium yang boleh menjejaskan kesediaan endometrium serta berpotensi menjadi salah satu faktor penyebab ketidaksuburan dalam kalangan wanita. Oleh yang demikian, kajian ini dijalankan untuk mengkaji kesan testosteron pada dos suprafisiologi ke atas perubahan morfologi endometrium, paras hormon steroid seks, ekspresi mRNA dan taburan protein reseptor steroid seks serta komponen tapak jalan pengisyaratan LIF semasa tempoh kesediaan endometrium. Dalam kajian ini, sebanyak 30 ekor tikus betina hamil jenis Sprague–Dawley dibahagikan kepada satu kumpulan kawalan dan empat kumpulan rawatan. Kumpulan kawalan menerima suntikan minyak kacang tanah, manakala kumpulan rawatan menerima suntikan subkutin testosteron pada dos suprafisiologi (1 mg/kg/hari) sahaja atau dalam kombinasi bersama perencat seperti anastrozole, finasteride atau kedua-duanya, bermula dari hari pertama hingga hari ketiga kehamilan. Prosedur eutanasia telah dijalankan pada petang hari keempat kehamilan bagi tujuan penilaian morfologi endometrium menggunakan teknik pewarnaan hematoksilin dan eosin (H&E), paras hormon steroid seks menerusi kaedah ELISA, serta ekspresi gen dan taburan protein seperti reseptor steroid seks (reseptor androgen (AR), reseptor progesteron (PR), dan reseptor estrogen alfa (ERα)), komponen tapak jalan pengisyaratan LIF (LIF, reseptor LIF, janus kinase 1 (JAK1), penghantar isyarat dan pengaktif transkripsi 3(STAT3)) dan musin 1 (MUC1) menggunakan teknik qPCR dan imunohistokimia. Menerusi kajian yang dijalankan, rawatan testosteron pada dos suprafisiologi, dengan atau tanpa perencat, telah mengurangkan ketebalan miometrium dan purata bilangan kelenjar rahim secara signifikan berbanding kumpulan kawalan. Walau bagaimanapun, penurunan signifikan ketebalan endometrium hanya diperhatikan dalam kumpulan rawatan gabungan testosteron dan perencat berbanding kumpulan kawalan. Sementara itu, paras hormon estradiol dan progesteron juga menurun dengan signifikan berbanding kumpulan kawalan. Selain itu, terdapat penurunan yang signifikan dalam ekspresi mRNA dan taburan protein bagi PR, ERα, LIF, LIFR, JAK1, dan STAT3 merentasi semua kumpulan rawatan berbanding kumpulan kawalan. Sebaliknya, ekspresi mRNA dan taburan protein bagi MUC1 didapati meningkat dengan signifikan pada semua kumpulan rawatan berbanding kumpulan kawalan. Seterusnya, ekspresi mRNA AR menunjukkan peningkatan signifikan dalam semua kumpulan rawatan berbanding dengan kumpulan kawalan. Keputusan ini menunjukkan bahawa testosteron pada dos suprafisiologi boleh mengganggu kesediaan endometrium dengan mengubah morfologi endometrium, paras hormon steroid seks serta ekspresi mRNA dan taburan protein bagi reseptor steroid seks dan komponen tapak jalan pengisyaratan LIF. Penemuan ini dapat menjadi asas untuk memahami kesan testosteron dos suprafisiologi terhadap kesediaan endometrium bagi membangunkan pendekatan terapeutik yang dapat memulihkan gangguan kesediaan endometrium yang disebabkan oleh androgen.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Kuala Lumpuren_US
dc.relationFaculty of Medicine / Fakulti Perubatanen_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectDrug effectsen_US
dc.subjectTestosterone -- administration & dosageen_US
dc.subjectLeukemia Inhibitory Factoren_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titleKesan dos suprafisiologi testosteron ke atas reseptor steroid seks dan tapak jalan pengisyaratan faktor rencatan leukemia semasa fasa kesediaan endometrium dalam model tikus Universiti Kebangsaan Malaysiaen_US
dc.typeThesesen_US
dc.description.notese-tesisen_US
dc.format.pages227en_US
dc.format.degreePh.D.en_US
dc.description.categoryofthesesAccess Terbuka/Open Accessen_US
Appears in Collections:Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan



Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.