Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/783185
Title: Model kecemerlangan prestasi Hospital UKM (HUKM) berasaskan nilai (VBTPEM): fokus organisasi
Authors: Norhishah Elias (P74579)
Supervisor: Nur Riza Muhd Suradi, Prof. Madya Dr.
Keywords: Organizational effectiveness -- Measurement
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 29-Jul-2015
Abstract: Model kecemerlangan prestasi tidak banyak diamalkan atau dilaksanakan di dalam organisasi, khususnya di Malaysia. Pengukuran prestasi organisasi banyak menggunakan model lain seperti Penunjuk Prestasi Utama (KPI), Skor Kad Terimbang (Balanced Scorecard) dan Bidang Keberhasilan Utama (KRA). Malahan pendedahan organisasi terhadap model kecemerlangan prestasi juga adalah kurang berbanding negara-negara maju seperti di Amerika Syarikat yang mempunyai Malcolm Baldrige National Quality Award (MBNQA), di Eropah mempunyai European Foundation for Quality Management Award (EFQM) dan di Jepun mempunyai Deming Award (DP). Pengukuran prestasi amat penting kepada organisasi, untuk menentukan pencapaian semasa berbanding matlamat yang telah ditetapkan. Kajian ini menggunakan Model Kecemerlangan Prestasi Berasaskan Nilai (VBTPM) sebagai alat kajian dan memberi fokus kepada Nilai-nilai Teras dalam Fokus Organisasi (VBOF) yang melibatkan kriterium fokus pekerja, fokus produktiviti dan fokus pelanggan/pemegang taruh. Tujuan utama kajian ini untuk melihat keketaraan nilai teras yang wujud dalam kriterium VBOF serta melihat kesannya ke atas prestasi organisasi yang didokong oleh kriterium kepimpinan sebagai peneraju utama. Kawasan kajian adalah melibatkan Hospital UKM (HUKM), Cheras, Kuala Lumpur. Kaedah kajian menggunakan teknik kuantitatif dan data primer yang diperoleh daripada soal selidik ke atas Warga HUKM. Analisis data menggunakan analisis deskriptif, min, taburan silang dan ujian khi kuasa dua. Bagi melihat hubungan dan kesignifikan serta ujian ke atas hipotesis yang dibentuk, kajian ini menggunakan Kaedah Kuasa Dua Terkecil Separa (KDTS) serta memilih model laluan terbaik melalui strategi persaingan model. Hasil kajian mendapati model alternatif kajian yang menghubungkan fokus produktiviti dan fokus pelanggan kepada prestasi memperlihatkan peningkatan prestasi HUKM keseluruhannya. Disamping kesan tidak langsung kriterium fokus pekerja kepada prestasi HUKM. Kajian ini akhirnya dapat dijadikan rujukan kepada HUKM dalam membentuk satu Model Kecemerlangan Berasaskan Nilai yang paling baik untuk meningkatkan prestasi HUKM sebagai salah sebuah hospital pengajar yang terunggul di Malaysia dan dunia.
Notes: Tesis ini tidak ada "Perakuan Tesis Sarjana"
Pages: 36
Call Number: HD58.9.N822m 2015 9HUKM tesis
Publisher: UKM, Kuala Lumpur
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/783185
Appears in Collections:Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Model kecemerlangan prestasi Hospital UKM (HUKM) berasaskan nilai (VBTPEM) fokus organisasi Norhishah Elias.pdf
  Restricted Access
Partial10.56 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.